Tips menghadiri sesi temuduga di UniKL MIAT

Pertama sekali, tahniah AirAsri.com ucapkan buat semua pemohon yang berjaya ke fasa kedua iaitu temu duga ataupun interview. Buat pengetahuan anda sebelum anda masuk ke UniKL MIAT anda disaring sekali lagi dengan melalui ujian IQ dan sesi temu duga. Ramai yang beranggapan nama-nama yang berjaya ke sesi temu duga adalah berjaya juga masuk ke UniKL MIAT. Buat pengetahuan anda, hanya UniKL MIAT (Kejuruteraan Penerbangan) dan UniKL MIMET (Kejuruteraan Maritim) sahaja yang mempunyai sesi temu duga.
Prosedur kemasukan ke UniKL MIAT
Proses kemasukan ke UniKL MIAT adalah melalui dua fasa iaitu online application dan interview session. Bagi permohonan dalam talian (online application) hanya pemohon yang mendapat minimum 5 6 Kredit dalam SPM serta Kredit dalam Bahasa Inggeris sahaja akan berjaya ke halaman seterusnya. Jika keputusan SPM anda di bawah 5 6 Kredit, sistem permohonan dalam talian akan menolak anda keluar secara automatik kerana pemilihan ke UniKL hanyalah bagi yang layak mengikut syarat yang ditetapkan sahaja. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kelayakan Diploma, hanya mereka yang CGPA 2.50 ke atas sahaja layak bagi memohon kemasukan ke UniKL secara amnya.
UPDATE: Entry requirement baru dari UniKL MIAT dan DCA bagi lepasan SPM:- English dan Fizik minimun mesti kredit. Selain itu, mata pelajaran sains teknikal mesti juga kredit ( Sekolah Menengah Teknik) bagi melayakkan anda menduduki lesen DCAM Part-66.
UPDATE #2: Hanya Asasi Sains Fizikal sahaja diberi keutamaan berbanding Asasi Sains Hayat/Perubatan. Secara jelas Asasi Sains Fizikal paling kompeten dan lebih layak untuk memohon.
Berbalik kepada tajuk utama iaitu apakah soalan interview UniKL MIAT? Untuk pengetahuan anda, AirAsri.com mendapat kunjungan pelawat paling ramai pada kata kunci ini dan setiap kali kemasukan ke UniKL MIAT dan apa sahaja yang berkaitan degan UniKL MIAT, AirAsri.com akan terpapar di halaman pertama keputusan carian (search result) anda.
Tempat
Sebelum kami memberikan anda sedikit tips tentang bagaimana ujian temu duga dan ujian IQ itu dijalankan, kami ingin memberikan anda sedikit gambaran bagaimanakah, apakah dan di manakah sesi ujian kemasukan ke UniKL MIAT dijalankan. Bagi mereka yang tinggal di semenanjung Malaysia, sesi temu duga diadakan di kampus UniKL MIAT di Dengkil, Selangor. Pada mereka yang jauh di Sabah dan Sarawak, tempat temu duga akan dinyatakan dalam senarai temu duga anda.
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute Of Aviation Techonology (UniKL MIAT)
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu, Jenderam Hulu,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8768 8487 / Fax : 03-8768 8485
Koordinat tetapan GPS:
Latitude : 2.851636
Longitude : 101.73578
Waktu
Sesi bermula pada pukul 9:00 pagi di mana ini ialah waktu puncak di mana kebanyakan pelajar UniKL MIAT hadir ke kelas. Kelas di UniKL MIAT paling awal pun bermula pada pukul 8:30 pagi dan tamat pada 11:00 malam bergantung kepada jadual anda.
Siapakah panel penemuduga anda?
Para panel temu duga terdiri daripada pensyarah UniKL MIAT sendiri, License Aircraft Engineer jemputan, anggota TUDM dan mereka yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran UniKL MIAT. Interview dan Ujian IQ adalah 100% dalam Bahasa Inggeris. Tempat di mana anda akan ditemu duga dan menduduki ujian IQ (IQ test) adalah di Perpustakaan UniKL MIAT dan dewan serba guna (multi-purpose hall) UniKL MIAT. Ia boleh jadi salah satu, sama ada anda ditemu duga dan menjalani IQ test di perpustakaan atau pun menduduki IQ test bersama semua calon di dewan dan temu duga di perpustakaan. Tempat pendaftaran, mengambil nombor giliran dan menunggu adalah di Lobby UniKL MIAT iaitu di hadapan pejabat pentadbiran.
Untuk mendapat tempat terawal, sila lah datang awal dan anda akan mendapat nombor giliran yang kecil. Kalau nombor giliran anda besar, boleh jadi juga seharian menunggu macam menunggu di Klinik Desa atau bank.
Untuk soalan semasa sesi temuduga:
Apakah soalan yang selalu ditanya?
Etika berpakaian dan apakah yang anda perlu pakai?
Kami ingin menyentuh mengenai pakaian para calon pada hari interview. Memandangkan panel penemu ramah ialah pensyarah UniKL MIAT dan juga pensyarah kami, mereka sering mengeluh yang calon lelaki yang lepasan SPM kebanyakannya mempunyai rambut yang berfesyen dan panjang.
Ramai juga calon yang ditolak bulat-bulat hanya kerana gaya rambut dan rambut panjang. Anda kini selangkah di alam kerjaya, anda perlu tahu yang majlis rasmi seperti ini dan lebih-lebih lagi ingin melanjutkan pelajaran dalam lapangan kejuruteraan, rambut mestilah sentiasa kemas, pendek, rapi dan disikat sama ada ke belakang atau tepi. Fesyen rambut layer, Korea, spike, Mohawk, gothic dan berwarna (dye) pula adalah sama sekali dilarang dalam mana-mana sesi temu duga. Ingat, pandangan pertama (first impression) seorang penemu ramah terhadap anda adalah sangat penting.
Selain itu juga, pemakaian mestilah yang kemas dan elok. Ini adalah sesi temu ramah dan bukanya majlis berkabung, penggunaan warna gelap terutamanya hitam adalah tidak digalakkan. Ini termasuk juga buat calon perempuan. Bagi calon lelaki, penggunaan bow tie dan tie nipis dan halus serta kemeja berjalur warna warni (ala-ala clubbing) memang tidak boleh sama sekali. Pernah sekali kami terlihat calon yang hanya memakai t-shirt polo dan diikat pula dengan tali leher.
Bagi calon perempuan, anda mestilah menjadi tumpuan di UniKL MIAT nanti. Dengan nisbah 100 lelaki dan 1 perempuan, anda mesti mendapat perhatian jejaka UniKL MIAT yang sengaja buat-buat berdiri, duduk-duduk, berlegar-legar di perkarangan lobby, cakap guna handphone kuat-kuat, sengaja keluar masuk lobby admin dan sebagainya. Calon perempuan yang bukan Muslim, hendaklah memakai pakaian yang sopan dan yang calon perempuan Muslim mesti lah kena lagi bersopan dan menutup aurat.
Selepas temuduga
Selesai sahaja anda menduduki ujian IQ dan temu duga, keputusan layak masuk ke UniKL MIAT dan surat tawaran masuk universiti akan dikeluarkan secara online. Ini mungkin mengambil masa kira-kira 3 minggu hingga sebulan ataupun lebih selepas tamat tempoh temu duga. Oleh itu, senantiasa lah menyemak status permohonan anda lagi sekali dari masa ke semasa.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebelum menghadiri mana-mana interview, sila pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Persediaan yang terbaik adalah dengan datang awal daripada waktu bermula. Ini bagi menghilangkan tekanan dan stress anda sepanjang perjalanan dan juga mengurangkan perasaan gugup dan takut menghadapi panel penemuduga.
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Aero Carnival UniKL MIAT 2010
Entri Seterusnya → Tarikh keputusan kemasukan ke UniKL MIAT bagi sesi Julai 2011

















{ 1 trackback }
{ 178 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Assalamualaikum bro,
1) Models aircrafts selalu tanya models apa, yang sinonim ditanya? Hanya mahu ‘double check’ sekali lagi, terima kasih.
2) Pada application saya, my ‘last choice’ adalah engineering dalam helikopter, akan tetapi dua pilihan utama saya masih lagi aircrafts. Encik Asri ada cadangan dimana boleh saya dapatkan info yang lengkap tentang helikopter? jikalau info tentang kapal terbang, AIRASRI.COM adalah pilihan utama saya. hehe.Tapi Asri ada cadangan links untuk heli pula tak? Atau pada masa interview nanti tidak ditanya tentang helikopter?
3) Adakah pengetahuan tentang UNIKL MIAT mungkinnya akan ditanya pada sesi temuduga? terima kasih Asri:)
Waalaikumussalam.
1) Model kapal terbang kami tidak pasti, perlu diingatkan di sini yang soalan interview adalah rambang dan bukanya skrip. Oleh itu, setiap intake UniKL MIAT memang ada soalan-soalan baru. Namun, tipikal model kapal terbang yang ada di Malaysia adalah Airbus dan Boeing. Boleh juga mereka tanya, sebutkan salah satu nama pesawat dalam hangar UniKL MIAT?
2) Untuk helikopter, kami tiada lagi rujukan, kerana student helicopter dan aeroplane amat berbeza, asas kejuruteraan penerbangan memang sama, namun kami fixed wings dan helikopter adalah rotorcraft.
Soalan pertama yang selalu ditanya, “Where did you found out about UniKL MIAT?” Pada saat anda sebut sahaja daripada blog pelajar UniKL MIAT, AirAsri.com, misi blog ini dalam mempromosikan kejuruteraan penerbangan telah pun tercapai ;-)
3) Mestilah mereka akan tanya, basic interview adalah company background. How far do you know about the organization. Mungkin mereka akan tanya siapakah dekan UniKL MIAT?
Terima kasih Asri, awak banyak membantu kami.Saham akhirat.haha..Terima kasih sekali lagi :D
Sama-sama. Ini blog education, kalau awak tak faham kena tanya. Mana yang kami tahu kami akan tolong jawabkan.
Hey Asri, this is a really good article. Can’t commend you enough on the quality of your content and the astounding look & efficiency of the website. You really know your stuff. Overall I am very much impressed! :)
Anyway, I wrote a little article quite related to yours on UNIKL.ORG, and linked it to here as well. Check it out http://unikl.org/2011/04/16/admission-unikl-tips-tricks/
Well, thank you very much UNIKL.ORG. By the way you praised me too much {facepalm} (~.~)v
I did read your article about this and it is very useful to share with. Anyway, I already featured UNIKL.ORG as my ‘Likes’ at the left of AirAsri’s Facebook page. It is good to have a forum for UniKL’s community and I do hope if UNIKL.ORG could do the same :-) Do check it out too.
Assalamualaikum.
Saya hendak bertanya tentang dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa interview nanti. Adakah dokumen-dokumen tersebut perlu disahkan oleh pengetua sekolah menengah saya dahulu? Bolehkah dokumen-dokumen tersebut di sahkan oleh lecturer MIAT?
Esok adalah hari interview saya. Terima kasih atas info-info dan tips untuk interview dalam website ini. Ia amat membantu.
Waalaikumussalam,
Dokumen-dokumen apa yang perlu dibawa itu sila lihat arahan dalam senarai temuduga. Dokumen-dokumen bagi kami (peribadi) tidak perlu disahkan jikalau anda membawa original copy dan lagipun senarai temuduga dikeluarkan hari Jumaat. Awak datang sahaja dan bawa dokumen yang perlu semasa interview nanti. Dokumen interview ialah apa sahaja pencapaian anda masa sekolah dahulu.
Sama-sama, kami berbesar hati dengan penghargaan awak (~.~)v
salam,,bolehkah saya menggunakan bahasa rojak(english-malay) ketika sesi temududa???bagaimana tawaran pekerjaan pula??adakah syarikat seperti MAS dan AIRASIA menerima pelajar MIAT?berapa lama untuk mendapat pinjaman?terima kasih
W’salam,
Penggunaan bahasa rojak tidak boleh, jikalau anda guna juga, peluang anda tipis kerana di ‘overshadow’ oleh mereka yang good spoken in English. MAS dan AirAsia ialah salah satu daripada berpuluh tempat yang pelajar UniKL MIAT buat on-job-training. Pinjaman apa?
salam abang asri. buat on-job-training tu apa maksudnya ??
OJT atau nama lainnya latihan industri, industrial training (intra) atau pun practical.
i have a question.. can give a view on how the aviation management schedule every day??? how many credit hours study a day??
Sila lihat website UniKL MIAT dan cari informasi tentang setiap kos, semua ada di sana.
salam, abang asri sy ingin bertanya apakah syarat-syarat untuk program degree di miat bagi lepasan STPM?dan apakah maksud “penawaran dalaman sahaja.”
W’salam,
Syarat kemasukan ke UniKL bagi lepasan STPM
Perlu mendapat 3 prinsipal termasuk subjek Pengajian Am dan kredit mata pelajaran Matematik
di peringkat SPM
atau
2 prinsipal 2 subsid termasuk subjek Pengajian Am dan kredit mata pelajaran Matematik di
peringkat SPM.
Syarat kemasukan ke UniKL MIAT bagi lepasan STPM
Lulus STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal atau 2 prinsipal dan 2 lulus dan Lulus Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.
*Penawaran Dalaman Sahaja bermaksud bagi dua jurusan tersebut pada kamasukan tersebut hanya terbuka buat pelajar Foundation UniKL dan Exes-UniKL MIAT sahaja.
p/s: Sila komen dengan ayat penuh selepas ini :-)
assalamualaikum ~ penawaran dalaman bg dua jurusan tersebut. dua jurusan tersebut maknanya?
Untuk pelajar Diploma UniKL MIAT yang nak masuk Degree sahaja.
assalamualaikum…
saya sudah pun menjejakkan kaki saya di miat sebagai seorang pelajar FIST… saya nak tanya pasal zone 700 landing gear boleh abang asri terangkan apakah itu zone 700 landin gear?
Waalaikumussalam,
Setiap kapal terbang dibahagikan mengikut zon, setiap maintenance crew berkerja mengikut setiap zon yang diagihkan dan yang paling penting, setiap model kapal terbang zon nya berbeza mengikut saiz dan model. Jadi zon 700 itu untuk landing gear dan kapal terbang mana? :-) Penerangan lanjut boleh cari di internet sahaja kerana kami nak terangkan secara kasar pun banyak.
boleh tak bagi laman web apa yang tepat untuk mencari maklumat tentang zone 700 landing gear?
assalamualaikum,
“UPDATE: Entry requirement baru dari UniKL MIAT dan DCA bagi lepasan SPM:- English dan Fizik minimun mesti kredit. Selain itu, mata pelajaran sains teknikal mesti juga kredit ( Sekolah Menengah Teknik) bagi melayakkan anda menduduki lesen DCAM Part-66.”
- petikan tersebut menyatakan bahawa pelajar lepasan spm yang kredit fizik, english dan sains teknikal sahaja layak untuk menduduki lesen DCAM part-66, saya seorang lepasan spm yang bukan beraliran sains, iaitu tiada basic fizik dan sains teknikal, tetapi saya telah terpilih untuk mengikuti program diploma aircraft maintenance technology(manufacturing), itu bermakna, adakah saya tidak layak untuk menduduki lesen DCAM part-66? terima kasih
W’salam
Layaklah, sebab itulah anda dapat masuk ke UniKL MIAT, syarat masuk ke UniKL MIAT tidak sama dengan syarat nak ambil peperiksaan DCAM-Part 66, syarat masuk MIAT lebih ketat dan banyak requirement. Tak kan awak tak baca syarat nak masuk MIAT sebelum memohon dan tak kan awak tak ambil General Science?
layak walaupun tidak mengambil subjek fizik dan sains teknikal? general science tu ambil, tapi tidak ambil subjek fizik dan sains teknikal lah
Ya, syarat masuk ke UniKL MIAT ada di laman UniKL Admission. Mesti ada Sains atau Sains Teknikal, kalau macam tu, pelajar aliran sastera sampai bila-bila tidak boleh belajar engineering. Yang penting Bahasa Inggeris kena lulus kerana itu requirement oleh DCA.
layak juga la kalau tiada subjek fizik dan sains teknikal dalam spm? general science tu ambil dan telah cemerlang dalam subjek tersebut, tapi tiada fizik lah, minta tolong ringkaskan, :) terima kasih
Tahniah, sila lihat respon kami terhadap komen awak yang sebelum ini.
Greetings sir,
Ade kawan ni ayah dia kerja dekat DCA, dia kate MIAT ade DCA approval
tapi kerajaan tak iktiraf. Ape maksud dia & bukan DCA tu government-based ke?
Salam,
Pertanyaan anda agak kabur terutamnya tentang ‘kerajaan’ tak iktiraf. Sepanjang pengetahuan kami, ‘kerajaan’ tidak approve tetapi DCA approve tidak pernah dengar ;-)
p/s: Sila guna ayat penuh dalam komen ;-)
Saya hanya mengulangi ape yang kawan saya katakan,saya juga tidak memahami sepenuhnya ape yang dikatakan.
Salam… saya telah mendaftar secara online untuk kemasukan ke unikl miat bulan lepas dan status-nya akan dikeluarkan hari jumaat ini… saya ingin tahu apakah jenis soalan yang akan ditanya oleh para para juri nanti… bkaitan dengan kapal terbang? apakah saya perlu tahu nanti pasal kapal terbang… saya memerlukan pertolongan abang asri..? harap asri balas secepat mungkin dan dapat menghilangkan kerungsingan saya…:)
Wassalam. Awak hanya perlu banyakkan membaca dan membuat ulang kaji subjek SPM yang berkaitan. Kami pun perlu jaga kualiti universiti penerbangan ini kerana inilah satu-satunya yang ada di Malaysia ;-)
Subjek-subjek yang berkaitan tu subjek apa yang berkaitan dengan kapal terbang ? saya ada ambil 11 subjek dan salah satunya fizik. adakah saya perlu khatamkan subejk fizik atau hanya tumpu kepada bab aerofoil sahaja ??
Tidak perlu. Ia hanya IQ test sahaja.
IQ test soalannya objektif atau subjektif ?
what an outstanding blog..!!…really admire me..
Thank you Felix.
Salam.. saya nak tanya sikit la.. there are 2 session, which are interview and IQ test.. So IQ test ni kena dapat berapa brape out of 50? if lets say i get lower, less than 25 for IQ test but my interview was good, what are the chances like? how will they calculate and rate based on these 2 sessions.. Is it 50% each or they will just focus more on IQ test.. Please advice..
Wassalam,
Kalau IQ test tidak lepas, awak tidak layak untuk ditemduga. Kalau bawah 25 memang tidak layak la untuk ditemuduga. Jadi nombor giliran awak akan disebut sebagai tidak layak dan awak boleh balik.
Bagaimana UniKL MIAT pilih itu diluar daripada kuasa calon dan tidak layak dipertikaikan kerana mereka terdiri daripada golongan professional. Senang kata, kalau keputusan awak, SPM atau apa sahaja, IQ test dan interview awak semua buat yang terbaik, mereka akan pilih awak.
Seperti biasa, intake adalah terhad. Semoga berjaya.
salam saudara asri,maaf menganggu…saya ingin bertanyakan kepada saudara bagaimanakah bentuk2 dan contoh2 soalan interview nanti?saya betul2 mengharapkan bantuan saudara kerana saya masih tidak dapat gambaran jelas tentang soalan yang akan ditanya nanti..saya amat mengharapkan saudara dapat membantu saya..terima kasih..
Mestilah anda tidak dapat gambaran jelas, kami pun tidak boleh beri apa yang masuk bulat-bulat sungguhpun kami tahu kerana demi menjaga kualiti universiti. Cuma blog ini adalah untuk perkongsian ilmu sahaja dan sedikit sebanyak pengalaman kami. Calon yang datang memang tiada siapa pun yang tahu apa yang masuk dalam ujian temuduga dan mereka tidak bersedia, jika mereka lepas ujian bertulis, merekalah calon yang layak untuk ditemuduga ;-)
Abang asri , saya baru berumur 16 tahun dan bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Aircraft Engineering Technology . Soalan saya , Adakah MATA setaraf UNIKL MIAT ?
Terpulang, jika awak masuk UniKL MIAT pun awak ada Degree dan kelebihan masuk UniKL MIAT adalah sambil buat Degree boleh juga buat lesen nak jadi jurutera. Ia seperti sambil menyelam nimum air ;-)
MATA adalah ATO ke-5 yang diiktiraf oleh DCAM. Namun kelebihan ada pada UniKL MIAT selain berstatus sebuah ‘universiti’ yang juga dibawah MOHE serta dalam kelompak Excellent dalam penilaian SETARA 2009, awak juga boleh ambil Degree dan dalam masa yang sama buat lesen selain dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Mengenai soalan awak, kalau dari segi ATO ya, sebab semua ATO yang diiktiraf oleh DCAM semuanya melepasi standard dan setakat ini ada 5 buat sahaja. Secara amnya UniKL MIAT adalah yang terbaik. Eh anda tanya budak UniKL MIAT, apa jawapan yang anda jangkakan dari kami? ;-)
assalamualaikum abg asri….
sya nak tanya…..betul ka orang yang ada masalah penglihatan/rabun tak boleh masuk akademik ni/jadi pilot??
Wassalam,
Susah sebenarnya kami nak cakap kerana ada juga pilot yang berkaca mata, abaikan sahaja apa yang anda dengar. Jika dapat tawaran ditemuduga pergi sahaja. Tetapi dalam kejurueraan penerbangan, rabun warna tidak dibenarkan kerana banyak sistem seperti saliran dan avionic menggunakan ‘color coding’.
what a awesome blog !!!
salam.
sy ingin bertanya mengenai syarat-syarat menjadi pilot dan cara permohonannya… tolong saya saya benar-benar berminat ingin menjadi pilot, saya ingin tahu cara permohonannya? terima kasih.
boleh saja pergi ke DCA kat google
salam,,saya sedang menunggu keputusan SPM sekarang. boleh saya tahu adakah kalau saya tidak mendapat A dalam additional mathematics tapi A untuk physic dan chemistry melayakkan saya untuk apply course seperti ini dan di university ini??tolong reply,saya buntu.
Wassalam. Ya, anda masih boleh masuk ke UniKL MIAT walaupun Matematik Tambahan tidak A.
Syarat Kemasukan Ke UniKL MIAT 2012
Syarat Minimum:
Lulus SPM/SPMV dengan sekurangkurangnya lima (5) kepujian dalam
subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains / Teknikal**
e. Dan satu (1) subjek lain.
assalamualaikum abang asri,
saya faham akan tanggungjawab abang untuk menjaga kualiti universiti ini.. tapi bolehkah abang hanya bagi salah satu contoh tajuk yang akan disoal semasa temuduga tersebut.. saya bukan minta contoh soalan.. tetapi contoh tajuk soalan atau soalan yang akan ditanya berkaitan dengan ape? harap abang boleh tolong..
terima kasih
Wassalam.
Tidak boleh kerana itu akan menjejaskan integriti kami sebagai seorang mahasiswa. Mana-mana universiti berhak menerima calon pelajar yang layak seterusnya dapat meningkatkan kualiti universiti. Namun adalah disarankan anda membaca semua artikel dan komen di blog AirAsri.com, mana tahu jika ia membantu? ;-)
Salam admin… kalau rabun adakah masih boleh jadi flight enginer?dan flight engineer nih kerja dia adakah berada bersama pilot di cockpit/plane atau dia hanya di hangar/ground airport sahaja?
Wassalam,
Flight Engineer ini hanya bagi kapal terbang yang model lama sahaja dimana semuanya perlu dipantau secara manual dan pilot tidak boleh hilang fokus ketika membawa kapal terbang jadi FE akan membantu pilot. Kini, semua kapal terbang komersial tiada lagi FE kerana semuanya adalah fully automatic dan computerized.
Mengenai rabun kalau rabun fokal iaitu rabun jauh atau dekat masih boleh lagi memasuki aviation sebagai License Aircraft Engineer, namun jika buta warna tidak boleh kerana dalam aviation engineering banyak mengguna pakai ‘color identification’ seperti pipelines, wires serta avionics components.
salam bang…….
saya nak tanya………boleh ka saya masuk akademik menjadi pilot ini??
walhal….subjek elektif saya semasa sekolah menengah ialah
1.kimia
2.add math
3.prinsip akaun
4.biology
saya tidak mengambil subjek fizik…….tetapi saya berminat dengan bidang pilot ini…….
Wassalam,
Boleh. Syarat kemasukan adalah 5 Kredit bagi lepasan SPM dan English, Matematik dan Sains (setiap jurusan mesti ada Sains sama ada Art/Pure Science/Technical Science) mesti kredit serta 2 lagi kredit bagi subjek lain. Namun kalau ada soalan lanjut anda boleh bertanya kepada mana-mana flying school di Malaysia ni kerana anda mesti dapat surat perakuan daripada DCA dahulu, mana tahu dah tahun baru ini DCA dah tukar syarat kemasukan.
owh……..
DCA tu pa bang???
surat perakuan tu pulak dari siapa mahu di ambil??
Anda kena ada surat perakuan daripada Department of Civil Aviation Malaysia (DCAM) atau Melayunya Jabatan Penerbangan Awam. Rasanya anda kena mohon di Flying School dahulu, lepas tu ada ujian IQ dan selepas lulus pemeriksaan kesihatan baru lah boleh masuk. Kami pun kurang pasti prosedur dia yang mana satu dahulu namun memang kena ada surat perakuan daripada DCA. Namun jangan bebankan kepala kerana ini ialah prosedur. Anda hanya perlu cuba hubungi DCA atau flying school sahaja.
Bukan untuk melunturkan semangat anda namun kos pengajian di mana-mana flying school kebanyakannya adalah self-sponsored. PTPTN tidak memberi pinjaman kerana ini bukan universiti, dan jurusan piloting bukan mendapat perakuan MQA dan MARA pula tahun lepas 2 orang kawan kami mohon pinjaman MARA pun MARA kata tidak dapat kerana dana tidak mencukupi serta ada sebab-sebab lain lagi walhal kawan kami adalah pelajar dibawah tanggungan MARA sendiri. Kebanyakkan yang masuk piloting ni adalah daripada pinjaman/biasiswa Yayasan dan pinjaman bank-bank tempatan. RM 250K mesti nak kena ada dalam tangan sebab jumlah pertama anda kena bayar ialah RM70K-RM80K sebelum masuk.
Oleh yang demikian, setelah melihat pengalaman kawan kami yang baru-baru ini serta yang sudah-sudah, perkara paling pokok tentang kos piloting adalah kewangan dalam erti kata lain duit. Jadi saranan kami, cuba cari dan bertanya dahulu daripada siapa anda boleh dapatkan sumber kewangan, namun kalau keluarga anda mampu apa salahnya. Minimum RM240K-RM270K adalah jumlah yang pasti bagi yuran pengajian piloting.
Diharap anda dapat sedikit sebanyak tentang latar belakang piloting course ini dan jangan luntur semangat, teruskan usaha jika anda betul-betul berminat. Tujuan kami memberitahu anda kerana tidak mahu anda menunggu benda yang tidak pasti dan dalam masa yang sama kawan-kawan anda sudah masuk universiti serta sudah pun memulakan pengajian di semester pertama. Setiasalah sediakan payung sebelum hujan ;-)
salam..
abang asri, boleh bagi tips untuk mengukuhkan pertuturan bahasa inggeris tak? this is my biggest problem T.T
Wassalam,
Kami pun bukanya hebat sangat dalam English. Sedang-sedang sahaja, cuma semakin lama anda belajar dan tinggal di universiti semakin banyak buat presentation, public speaking dan assignment semakin meningkat penguasaan English anda. Bagi kami, bertutur macam native speaker dengan loghat dan dialect English sesebuah negara yang English as mother-tounge memang tak akan dapat sampai bila-bila kecuali anda belajar luar negara.
Cuma praktiskan bercakap dengan lecturer dalam English atau dengan kawan-kawan, call TM Streamyx ke, Pizza Hut atau anycall dan lagi satu di Malaysia kita menggunakan ‘Commutative English’ maksudnya grammar, vocabulary dan pronunciation tak betul tapi as long as orang faham tak menjadi masalah. Walaupun ia bukan contoh yang baik ‘Englsih Pua Chu Kang’ dan ‘Singlish’ adalah salah satu cara nak berkomunikasi dalam English dan yang paling penting jangan malu-malu ;-)
salam..
nak tanya,.. masalah rabun menjadi penghalang tak kalau nak belajar dalam bidang ni..?
terima kasih..
Wassalam,
Rabun fokal (dekat dan jauh) boleh, rabun warna tidak boleh sebab dalam penerbangan color identification digunakan oleh banyak sistem penting.
Assalamualaikum,
saya cuma nak tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang melibatkan penerbangan. Saya calon spm pada tahun ini. Soalannya ialah,apakah yang saya perlu ada,lakukan dan ‘course’ yang perlu saya ambil untuk menjadi seorang pilot. Saya telah mencari maklumat tentang apa yang saya inginkan di laman rasmi UNIKL MIAT , tetapi masih tiada klu dan saya masih tidak faham. Yang kedua, adakah FE bermaksud pilot?
Terima kasih.
Wassalam, nak masuk pilot bukan di UniKL MIAT tempatnya. Anda kena cari flying school yang ada di Malaysia ni kerana UniKL MIAT tidak melatih pilot tetapi jurutera. Yang kedua, Flight Engineer bukanya pilot.
assalamualaikum,abg asri,kalau saya ambik ijazah sarjana muda pengurusan penerbangan saya boleh berkerja di bahagian mana di malaysia airlines atau syarikat-syarikat penerbangan yang lain?..terima kasih
Wassalam, tentang aviation management ni kami rasa patut anda tanya di page UniKL MIAT kerana kami dari bahagian kejuruteraan. Namun ada sahaja pelajar UniKL MIAT yang terus dapat kerja setelah praktikal management di MAS.
Assalamualaikum . .
Nak tanya. .
Bagaimana dengan METC? boleh bagi sedikit information tentangnya . .
Ada lagi tak pengambilan untuk tahun ni ? saya merupakan anak kakitangan Felda . .Bagaimana nak memohon untuk Yayasan Felda?
Wasalam. Tentang METC ni kami sarankan awak pergi ke website DILOG.
Salam Abg Asri
Boleh tak saya nak mintak pandangan Abg Asri?
Sekarang saya tengah menunggu keputusan SPM.Masalah saya sekarang, saya tak pasti pilihan kursus pengajian saya selepas keputusan SPM keluar nanti.
Sebenarnya saya berminat dalam bidang aeronautik dan mekanikal. Cuma saya tak pasti yang mana saya lebih berminat.Bidang manakah yang lebih cerah prospek pekerjaannya di masa depan nanti?
Disebabkan masih tidak pasti,saya fikir program Asasi Sains Fizikal di UM adalah yang paling sesuai untuk saya.Lepas selesai pengajian di situ barulah saya akan fikir masak-masak bidang mana pilihan saya.
Adakah keputusan saya itu betul??Atau membahayakan masa depan saya?
TQ
Wassalam.
Kami tidak boleh beri kata putus tentang masa depan awak tambahan pula kami pun masih lagi belajar. Dulu, kami merupakan pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur, ambil Kejuruteraan Awam. Ingat nak ambil kejuruteraan awam namun sebab nak jadi journalist akhirnya dapat juga jurusan Mass Comm. di UITM Lendu, Melaka. Namun, entah macam mana rasa berat hati akhirnya kami masuk UniKL MIAT. Sekarang ni dah tahun ke-4 dah kami belajar terus sambung dari Diploma ke Degree dan Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
UiTM adalah pilihan kami manakala UniKL MIAT adalah pilihan keluarga pada mulanya namun mereka tidak kisah jika kami nak belajar di UiTM asalkan kami nak belajar. Jadi nasihat kami kepada awak sebagai kapasiti seorang pelajar senior, belajar apa-apa kos pun sama sahaja janji anda nak belajar dan kalau dalam dilemma macam awak ni, ikutlah pilihan keluarga kerana selalunya itu lebih baik.
Disebabkan minat mendalam kami terhadap dunia mass comm. sejak dulu antara sebab kami bina blog ini ;-) Semoga berjaya.
Salam,
Kak nak tanya, anak kak dr Kolej Mara Kuala Nerang dlm jurusan FIST so dia dah lalui test IQ dan interview di kolej so apakah langkah selanjutnya selepas ini, selain dia akan ke latihan teknikal selama 8 minggu. Dan boleh ke Asri bagi idea kenapa dia di interview agak lama daripada candidate lain.
Kak suka blog ni kerana dia banyak membantu yg x berapa nak faham tentang aviation……thanks.
Wassalam,
Tentang prosedur FIST kami kurang pasti kerana kami bukan datang dari FIST. Kalau dia di-interview agak lama, selalunya interviewer sukakan dia ;-)
Anak saya telah memohon belajar di MIAT, kiranya tidak berjaya setelah melalui saringan IQ test dan temuduga nanti…masih adakah ruangkah (tempoh masa) untuk dia memohon program lain bagi pengambilan July 2012 di UniKL?
Ya, ada. Namun anak puan perlu mohon dan jalani ujian IQ dan temuduga macam biasa untuk kali yang berikutnya. UniKL MIAT tiada kemasukan buat kali kedua, hanya sekali setiap sesi kemasukan.
Assalamualaikum…
abang Asri…saya nak tanya sikit yang pasal IQ test…..
selalunya soalan-soalan dia lebih kepada Math dan fizik ke??
Wassalam. Matematik mesti ada, Fizik tak pasti. IQ test ni ialah basic test untuk semua orang, tak kira awak budak Sains Teln atau Sains Teknikal mesti boleh jawab kerana ia melibatkan kecerdasan otak. Jangan risau kalau awak yakin mesti boleh lulus.
saya dah mohon unikl-MIAT dan tengah menunggu result , agak2nya berapa jarak masa untuk temuduga dan IQ test selepas result keluar?
Mengikut pengalaman kami, tidak sampai 3 hari. Macam kemasukan semester lepas, keputusan layak ke interview keluar tak silap dalam hari Jumaat, Isnin minggu depan tu sudah mula dah interview.
Salam,
apa yang akan di pelajari dalam subject mandarin?
Asas untuk berkomunikasi seharian. Boleh dapat harga murah kalau beli barang dengan Taukey ;-)
ooooo…
kira belajar cakap bahasa mandarin la….
terima kasih abg Asri..blog ni memang memberi banyak maklumat yang saya perlukan.saya pelajar lepasan spm,baru je ambil keputusan. untuk pengetahuan abang saya tak ambil sains tulen tapi saya punya general science A dan English saya juga A. boleh tak saya apply MIAT.satu lagi,peluang kerja bagi seorang jurutera pesawat besar ke?
Boleh apply tiada masalah. Peluang semua kami dah komen dekat dalam blog ni dan di Facebook kami baru-baru ni. Sila lihat balik old post, sebab panjang juga. Kalau komen dekat blog, sila gunakan search box tu.
saya nak tanya sikit pasal MIAT ni…course mana yang melibatkan boleh baiki enjen kapal terbang ekk??
Kalau Diploma kos Aeroplane-M06 dan Degree kos Mekanikal.
Assalamualaikum..
Saya nak tanya beberapa soalan.
1.Apa soalan yang kebiasaannya disoal semasa temuduga untuk masuk ke UniKL MIAT??
2.Tahu tak fasal APR(Aero Precision Resources)?
Sebelum masuk ke situ pun ada temuduga.Kalau abang Asri ada pernah dengar tentang APR ni,semasa temuduga APR apa yang biasanya disoal?
Respons dari abang Asri amat dihargai,terima kasih..
Wassalam,
1) Demi menjaga kualiti universiti, kami tidak boleh beri sebarang informasi namun membaca blog ini boleh mambantu anda serba-sedikit (kemungkinan sahaja).
2) Ya kami tahu mengenai APR namun mengenai selanjutnya, kami tidak tahu.
Saya nak tanya tentang update bekenaan entry requirement dari uniklmiat dan dca..kalau bahasa inggeris A- dan physic D ..adakah akan diberi kelonggaran dari pihak uniklmiat untk menerima pelajar tersebut masuk ke unikl tersebut? terima kasih
Dalam SPM Fizik bukan subjek teras tetapi subjek aliran. Jadi kalau anda menepati syarat yang seperti dinyatakan anda layak. Kalau kira Fizik dan Sains Tulen, sampai bila-bila pelajar aliran Sastera tidap dapat masuk engineering. Namun tidak dinafikan kelebihan dan keutamaan buat mereka yang dari aliran Sains Tulen.
ouh..kiranya pihak unikl miat hanya mahukan kredit dalam subjek teras je la untuk masuk ye?
salam… adakah tips ini sama untuk unikl mimet..
Lebih kurang barangkali. Tips yang kami tulis ini ada yang general jadi boleh diaplikasikan di tempat lain.
saya akan hadir temuduga pada isnin 7/4 ni , perlukah saya mengulangkaji mata pelajaran fizik dan matematik untuk mengambil iq test dan mempelajari serba sedikit tentang aircraft untuk sesi temuduga ?
tumpang tanya,kalau interview kena bawa salinan sijil yang telah disahkan…
maknanya kena minta cop/tandatangan pengetua ke?
Ya.
hello,saya nak tahu apa benda job on training tu?ada dapat gaji ke masa buat?
Istilah lain bagi praktikal. Gaji bergantung kepada syarikat yang anda buat praktikal, kalau mereka nak bagi adalah. Tak semua syarikat bagi elaun.
Assalamualaikum..
saya ada beberapa soalan nak tanya pada abang…
ok….
1.pada pendapat abang… mana lebih bagus… ambil diploma terus dekat MIAT ni atau pergi ke program metrikulasi then buat degree kat MIAT ni…
saya dapat tawaran ke matrikulasi… tetapi saya berminat dengan program berkaitan di MIAT… so… saya perlukan nasihat seseorang seperti abang…
2.jika saya pergi ke matrikulasi… berapa pointer minimum untuk sambung degree di UNIKL MIAT ni…
3.kalau tak silap saya… selepas ambil diploma berkaitan aircraft engineering ini… selepas itu ada ujian untuk mendapatkan lesen kan?
lesen apa itu yek?
4.kalau saya nak terus ambil degree di MIAT tanpa ambil diploma… iaitu dengan pergi ke matrikulasi… adakah lesen dimaksudkan tersebut perlu diambil…?
5. yang terakhir… betul ke masa interview nanti… tidak boleh memakai tai nipis… jadi… kena pakai tai yang besar la an…? waktu belajar di MIAT pun dilarang memakai tai nipis…
terima kasih…
Wassalam.
1. Bagi kami diploma jauh lebih bagus, sijil laku dan lebih selamat. Kalau matrikulasi/asasi kalau tak buat betul-betul, anda dapatlah kos-kos lelong yang student tak nak dekat IPTA.
2. Minimun CGPA 2.0, itu adalah minimum sahaja.
3. Dalam masa pengajian Diploma/Degree pun boleh ambil jikalau subjek lesen anda lulus, contohnya nak ambil lesen DCAM Part-66 Module 1-Mathematics, kalau lulus UniKL MIAT punya Engineering Mathematics 1 baru layak ambil exam.
4. Ya, lesen wajib ambil kalau nak jadi engineer.
5. Kami dah buat artikel tentang ini.
berapa ramaikah pelajar yang akan di ambil untuk program miat?
Selalunya sekitar 200 ke 300 orang pelajar sahaja.
Eagle ade tak dekat hangar miat ?
Setahu kami tiada.
Salam,
Saya nak tanya jalan ke UniKL Miat kalau saya dari arah selatan melalui exit Nilai.
Terimakasih
Kami kurang arif tentang jalan raya ini. Jadi harap awak boleh semak di Google Maps sebelum memulakan perjalanan.
abang asri,berapa minimun markah iq test nanti??
saay buat dalam internet dapat 112 jerr..cukup ke tu?
Boleh masuk UniKL MIAT 20 kali kalau 112 ;-) Cukup tu.
assalamualaikum. saya nak tanya,masa isi maklumat diri dekat kertas jawapan IQ test tu,saya tersilap isi program yg diminta. Sepatutnya saya dapat m04 tapi saya tulis m01. adakah perkara ini akan menggangu peluang saya untuk diterima dalam UNIKL MIAT ni?
lepas habis study miat, boley sambung overseas tak???
kalau boleh, negara mana yg ade???
Selalunya mereka akan ke Glasgow di UK.
hello,saya nk tanya jika seseorang itu mengalami masalah dalam pertuturan bahsa inggeris,adakah akan ditolak permohonanya.dan sekiranya semasa interview nanti menggunakan bahasa ‘campur’ adakah permohonanya digugurkan.
thanks
Boleh jadi, walau bagaimanapun terpulang pada hemat si penemuduga.
salam,.saya nak tanya abang,apa yang patut saya tahu dan patut saya ambil berat tentang interview ini?untuk pengetahuan abang saya menerima tawaran temuduga degree in aviation technology,.ini adalah kali pertama saya menghadiri sesi temuduga,.apakah soalan lazim ataupun pengetahuan umum yang saya perlu tahu?
assalamualaikum,
saya terpilih untuk temuduga pada minggu hadapan..adakah panel yang menemu duga itu seorang ataupun lebih ??..kebanyakan comment memberitahu bahawa ujian IQ tersebut sangat sukar..biasanya soalan nya berkaitan dengan apa??matematik??pengetahuan am??
assalamualaikum abg ,
nak tanya sikit la, kalau interview uniKL MIAT ni kan diaorang interview secara group ke secara individu or dua-dua sekali? terima kasih :)
Salam,
Saya akan menduduki temuduga untuk Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance (M06), adakah soalan tentang matematik tambahan akan ditanya……. terima kasih :)
Assalamualaikum..
saya adalah pelajar lepasan diploma kejuruteraan elektrik. saya telah mendapat panggilan temuduga miat. adakah saya akan ditanya soalan berkaitan berkaitan penerbangan juga atau soalan berkaitan kursus saya dahulu? peluang untuk saya berjaya sesi temuduga ni agak tipis tak?
Boleh jadi dua-dua. Lecturer di UniKL MIAT jadi panel interview ramai yang dari latar belakang avionics, jadi mesti mereka akan tanya basic tentang E&E dan nak masuk UniKL MIAT pula mesti mereka akan tanya apa yang anda tahu tentang UniKL MIAT.
assalamualaikum abang asri,,
saya nak tanya,,
IQ test markah minima berapa??
assalam….boleh tak abang asri bagi tip2 untuk temuduga….esok saya ada temuduga di unikl miat…sekarang ini pun,saya membaca tentang aviation je…….saya tak boleh nak agak apa yang di tanya oleh juri………tolong….
assalamualaikum .
just nak tanye bang , MIAT provide ke type rating ?
kalau die provide , jenis die ?
Tidak. Type Rating syarikat yang beri dan selalunya kena bond dalam lima tahun macam tu sebab Type Rating sangat mahal.
Salam asri,
Kalau status kemasukan KIV jan2013 tu maksudnye adakah layak masuk atau simpanan sahaja.. Adik saya mendapat tawaran tapi KIV.. Saya ingin tahu apa maksudnya.. Adakah dapat? Kalau tidak boleh saya meneruskan dia dengan permohonan yang lain,
Salam…
kalau kita ambil kos diploma penyelenggaraan helikopter di unikl miat
kalau degree nak ambil apa plak…
Terpulang. Mekanikal, Avionics atau Management. Boleh pilih. Degree bukan license.
What the differences between diploma in aircraft technology(avionics/composite/manufacturing) and why it takes 3 1/2 years to finish it?
Itu pengkhususan sebab tu ada 3 kos berbeza dan kerana itu kos lama yang mengikut sistem perlesenan lama iaitu LWTR.
Salam abang Asri, saya calon Spm2012, saya berminat sangat untuk mengambil course Aircraft Engineering di UniKl dan interview ini hundred percent in english but i not fluent in english it’s makes me worry about that interview. Boleh bagi tips untuk mengukuhkan pertuturan bahasa inggeris tak ? This is my biggest problem and it can do I didn’t pass in that interview ;)
saya nak tanya, saya akan mengiut kursus di institut kemahiran mara tidak lama lagi dalam bidang elektronik instrumen selama 2 tahun pada peringkat sijil. jika saya mahu mengikuti kursus di UNIKL MIAT adakah saya juga akan di interview seperti saudara asri katakan.?
Ya, semua calon akan diinterview dan perlu melalui ujian bertulis terlebih dahulu. Ini adalah prosedur wajib.
Salam..Apa perkara yang ditanya semasa temu duga nanti untuk kursus MIAT???
Assalam’mualaikum. Saya sekarang berumur 16 tahun, sejak kecil lagi saya mempunyai impian menjadi seorang Juruterbang. Tetapi, saya mempunyai masalah rabun jauh, soal pelajaran itu insya’Allah tiada masalah. Soalan saya, adakah masalah rabun boleh menghalang saya menjadi seorang Juruterbang? saya harap soalan ini dapat dijawab. Terima kasih.
Wassalam, susah kami nak kata kerana kami dari kejuruteraan. Kawan kami pun pakai spek mata dan dia rabun namun dapat tempat di APFT. Ada juga kawan kami yang rabun tetapi tidak dapat. Kami sarankan anada hubungi flying school unutk khidmat nasihat.
Terima kasih atas replied yg diberikan. Boleh bagi tahu saya secara satu per satu, selepas saya menduduki SPM, apakah yang patut saya buat untuk menjadi Juruterbang? adakah saya perlu apply atau register di mana-mana Flying School?
Salam abang asri, ada tak student yang masa diploma dia buat lesen sekali pastu dia abis diploma terus kerja dan tak sambung degree ? Dan memang boleh ke terus apply airline mana-mana dengan diploma ja tetapi dah ada lesen ?
Ada dan ya boleh mohon kerja dengan lesen tanpa Diploma, Degree atau yang lebih tinggi.
salam. masa abang asri melalui saringan IQ. ada tak soalan yang ditanya lebih kepada fizik. sebabnya saya amik subjek fizik , addmath, kimia dan adakah kimia juga penting untuk syarat kemasukan MIAT nanti ? sebab saya tidak target untuk subjek kimia disebabkan tidak dapat menguasai kimia dari dulu lagi. ?
Kami tidak boleh jawab soalan ini. Namun sedikit tips, bacalah komen-komen di blog kami.
saya ada satu soalan, apakah 4 konsep yang membuatkan kapal terbang boleh terbang diudara ?
Ada dalam blog ini, sila cari artikel berkaitan di sitemap.
salam..abang asri, saya nak tanya.kalau saya lepasan A-level, boleh tak mohon untuk degree di MIAT?
Boleh, tapi kena tunjuk certificate A-Level awak tu dahulu.
salam. abang adakah temuduga untuk pelajar UniKL MIMET juga sama seperti temuduga untuk pelajar UniKL MIAT? selain itu bolehkan kita menggunakan bahasa melayu semasa ditemuduga nanti??
Kami tidak pasti bagi dua-dua soalan di atas namun bagi UniKL MIAT semua interview adalah dalam Bahasa Inggeris.
salam abang asri. saya sekarang calon SPM 2012. dan sudah tentu result akan keluar pada bulan 3. tapi masalah sekarang, intake MIAT adalah bulan januari 2013. Jadi bila saya dapat isi borang secara online ?
Kami sudah jawab pertanyaan awak di Facebook.
TerimaKasih. :)
# saya sangat hargai jawapan airasri
Assalamualaikum ~ airasri saya nak tanya . kalau saya ambil stpm bukan jurusan sains , boleh ke untuk saya apply di unikl miat ini?
Wassalam,
Boleh, mohon sahaja.
salam..saya hendak bertanya,jika pointer diploma melebihi 2.5 keatas,adakah masih perlu melalui proses interview.saya kurang jelas.
Wassalam,
Semua calon wajib menjalani ujian bertulis dan selepas ujian bertulis kalau lulus baru ditemuduga. Ia prosedur wajib dan tidak ada pengecualian walau apa sebab pun.
terima kasih atas nasihat yang diberi..alhamdulillah saya akan mendaftar di MIAT pada januaru 2013 ini…
Kasih diterima.
assalamualaikum Encik Asri
terima kasih atas tip dan perkongsian Encik Asri.
Saya mohon izin untuk share artikel encik di blog saya, boleh?
saya akan kredit ke blog encik Asri, ya.
Kebetulan beberapa ari lepasa da beberpa pelajar saya di sekolah baru saya ni bertanyakan cara nak jadi pilot..tqvm
p/s; suka dgn url blog ni. Berwawasan jauh. teruskan.
Wassalam.
Boleh silakan ;)
Terima kasih (^.^)v
good evening asri, saya nak tanya, berapa anggaran kos untuk Avionics, Aviation Management and Aircraft Engineering Technology? and another 1 question, is there any loan for non-bumi student in MIAT?
Hi Shiva,
Harga kos Degree RM9000 satu semester manakala Diploma adalah RM7500 satu semester. Non-Bumi mereka menggunakan PTPTN.
Assalamualaikum, semasa temuduga, pakaian baju kurung dibenarkan bagi perempuan?
Wassalam. Mestilah dik. Sini perempuan wajib menutup aurat.
Terima kasih. Abang Asri ada tak web berkaitan composite dan manufacturing aircraft?
Assalamualaikum…sy baru lepasan spm..nak tanya..interview list itu diumumkan bila?? bagaimana sy hendak mengetahuinya?? adakah melalui panggilan telefon atau email??..dan cara pembelajaran adakah 100% dlam bahasa inggeris>??
terima kasih terhadap maklum balas anda…
26 April di website UniKL Admission. Semua dalam Bahasa Inggeris termasuk interview.
salam .
abg Asri, saya bakal lepasan matrik , and sekarang sedang final exam . hari tu , saya ada apply for unikl miat nie . dan result untuk interview is just released :) and my name was selected for the interview :) im really love the things involve in aviation . btw , i got interview for M12 – BACHELOR OF AVIATION MANAGEMENT (HONS) . and the interview will be held by this 11 may 13 :) im just being so happy to know that im manage to be selected for the interview session , and my question is bout the venue and date of the interview . in case saya tak dapat hadir ke interview pada tarikh tersebut , adakah nama saya akan terus di eliminate drpd list ? or saya still boleh postpone the interview for the next day ? and another one more question , is there any quota of taking female students or its just equal with the male . based on research saya , mostly student unikl miat nie nisbah lelaki memang lagi ramai . thanks :) and wish me luck for the interview session :)
Wassala. Kalau tak hadir, memang automatik akan kene reject. Jangan risau kuota, Management ramai perempuan daripada lelaki. Date and venue dan dikeluarkan dah. Boleh semak masukkan IC.
Hey Abg Asri,
MIAT ada offer foundation ka? Saya tengok dalam pilihan, semua nya diploma. Job prospect untuk MIAT graduates boleh sampai ke luar negara tak?
Really looking forward to your reply. :)
Ada Asasi tapi kami tak tahu kemasukan dia macam mana. Sebab tak pernah ada iklan. Nama asasi program itu adalah Pre-Russian program.
Salam sejahtera. Saya bakal menghadiri ujian IQ dan temuduga pada 8 Mei akan datang. Saya tinggal di Sandakan dan tempat temuduga saya di Kota Kinabalu. Jaraknya agak jauh. Oleh itu,saya ingin bertanya,adakah ujian IQ dan temuduga dilakukan pada hari yang sama ataupun selepas ujian IQ saya perlu menunggu beberapa jam ataupun beberapa hari untuk mengetahui keputusan jika saya berjaya untuk pergi ke sesi temuduga? Itu sahaja,terima kasih. :)
Salam sejahtera. Hari yang sama juga bah.
Assalamualaikum..saya baru mendapat tahu yang saya terpilih untuk temuduga unikl miat. Boleh saya tahu soalan yang biasa digunakan dalam temuduga. Saya juga nak tahu cara berpakaian ketika temuduga. Adakah baju kemeja lengan panjang yang dimaksudkan adalah seperti baju yang sering digunakan oleh orang yang bekerja di pejabat atau bebas memakai apa sahaja jenis baju kemeja. Saya juga nak tahu tentang seluar dan kasut yang sesuai untuk dipakai.Lagi satu,ujian bertulis itu macam mana..boleh abang terangkan tak??..Harap abang tak jemu dengan soalan bertubi-tubi saya ini..
Salam. Baca blog kami dan Facebook.
Assalamuallaikum abg asri, nak tanya sikit.. Tangan saya patah setahun lepas. Dapat diterima masuk ka waktu temuduga nanti?
Wassalam. Boleh apanya tak boleh pula.
Selamat pagi asri..Ptptn boleh dapat full loan atau tidak bagi non bumi ?
Kami tidak pasti. Tetapi dulu non-Bumi student kena tambah duit sedikit kerana PTPTN bagi sampai 4K sahaja. Sekarang harga program dan revised. Kami tak tahu kalau PTPTN bagi full loan.
Assalamulaikum waarahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah saya mendapat tawaran temuduga dalam diploma in aircraft maintenance technology(avionics) dekat MIAT…yang saya nak tanya apakah contoh soalan yang pihak penemu duga akan tanya kepada saya? Adakah mereka akan tanya mengenai course ini? Sekian, terima kasih,,,
Sila baca blog kami.
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI.
Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2012 dan hari ini saya akan menghadiri temuduga UNIKL. Saya sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran tinggi saya bidang kejuruteraan terutamanya dalam kejuruteraan kapal terbang. Blog ini telah banyak membantu saya untuk membuat persediaan untuk temuduga. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada EN.ASRI.
TERIMA KASIH.