Tarikh keputusan kemasukan ke UniKL MIAT bagi sesi Julai 2011

Bagi pemohon yang telah berjaya melepasi saringan ke sesi temu duga kemasukan ke UniKL MIAT baru-baru ini, tarikh keputusan penerimaan kemasukan ke UniKL MIAT bagi intake Julai 2011 akan keluar pada 11 May 2011 bersamaan hari Rabu, esok.
Keputusan penerimaan masuk dan surat tawaran universiti boleh disemak secara on-line di UniKL Admission.
Bagi mereka yang berjaya mendapat tempat di UniKL MIAT bagi sesi tahun ini, tahniah AirAsri ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan mengikut prosedur seperti di UniKL Admission.
Adakah anda antara calon yang terpilih? Kongsikan perasaan anda serta jurusan yang anda pohon bersama kami.
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Tips menghadiri sesi temuduga di UniKL MIAT

















{ 56 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
assalamualaikum..abang airasri..adakah admal dan unikl miat itu sama?
W’salam
Tidak, Admal Aviation College dan UniKl MIAT adalah tidak sama. Pelajar Admal bukan pelajar UniKL MIAT dan begitulah sebaliknya. Sila ke laman Admal Aviation College.
Assalamualikum first skali saya rasa terkilan kerana tak dapat tawaran kemasukan UniKL MIAT tapi saya cuba buat rayuan. Saya mmg berminat nak belajar disini dan nak sambung jurusan saya semasa belajar di sekolah teknik dahulu. Adakah pihak unikl MIAT akan mebuat pengambilan sesi kedua?
W’salam
UniKL MIAT tiada pengambilan sesi kedua. Pengambilan seterusnya sesi adalah kemasukan Januari 2011.
p/s: Sila gunakan ayat penuh tanpa singkatan untuk komen selepas ini ;-)
boleh ke masuk unikl pada januari?
Intake ada dua kali. Januari dan Julai.
salam.. saya ingin bertanya.. saya telah ditawarkan DIPLOMA IN AIRCRAFT MAINTENANCE TECHNOLOGY (AVIONICS)… dengan kursus ini saya akan jadi aircraft engineer tidak?
Sila baca komen-komen kami dalam blog ini tentang bagimana hendak menjadi jurutera kapal terbang ;-)
Alhamdulillah saya mendapat tempat dalam bachelor mechanical aircraft maintenance. Terima kasih kepada asri kerana banyak membantu dan memberi tips kepada saya.
Sama-sama (^.^)v {face-palm}
salam..saye dapat kos diploma engineering aeroplane maintenance.. apa beza dengan kos aircraft maintenance??
W’salam, sebelum mohon tak tahu ke apa perbezaan dia? Awak patut buat research fasal kos yang awak mohon ni sebelum pilih sahaja.
setahu saya,kalau aeroplane tu terhad kepada kapal terbang sahaja, tp kalau aircraft meliputi semua seperti helikopter dan sebagainya.. betol ke begitu??
Anda kena tahu dahulu apa itu maksud ‘aircraft’.
Assalamualaikum saya nak tanya manakah bidang yang pekerjaannya lebih cerah sama ada diploma aircraft ker atau diploma engineering
assalamualaikum saya calon yg gagal mendapat tawaran ke UNIKL miat tetapi saya dah buat rayuan , saya nk tanya bila boleh tau keputusan permohonan rayuan ke unikl miat ini.
W’salam,
Keputusan rayuan akan dihantar kepada pemohon melalui email atau surat dalam tempoh 2 minggu, tertakluk kepada kekosongan tempat dan kelayakan pemohon.
salam,saya ingin bertanya bolehkah sekiranya lepasan Stpm ingin memasuki Miat tetapi merupakan pelajar aliran sains kemanusiaan(sastera)? kedua,apakah syarat2 Khas utk pelajar stpm bg memasuki Miat ?Adakah lepasan Stpm jurusan sains, lebih diutamakan brbnding sains kemnusiaan?saya sudah mngetahui syarat2 Am tetapi saya tidak tahu syarat2 Khas misalnya seperti MUET dan mohon penjelasan drpd abg asri ;)
Kami tidak pasti saudara Azman namun kami cadangkan anda hubungi pihak UniKL MIAT sendiri dan kata ingin bercakap dengan bahagian hal ehwal kemasukan. Ini bagi memastikan anda mendapat jawapan yang paling memuaskan.
Salam. Tau tentang politeknik shah alam tak? diorang ada gak tawarkan course yang sama.. tapi praktikal diorang 2 tahun kat mas. yuran pulak murah.. nak masuk sangat susah. ade apa-apa review tak? saya tengah runsing nak pilih mana satu nie.
W’salam
Ya, kami tahu tentang Politeknik Shah Alam ada buat course tu namun begitu tempat lain selain daripada UniKL MIAT, kami tidak boleh bagi sebarang komen dan review kerana kami tidak tahu. Anda boleh bertanya kepada mereka yang belajar di Politeknik sendiri.
W’salam
Ya, kami tahu tentang Politeknik Shah Alam ada buat kos aviation maintenance namun begitu tempat lain selain daripada UniKL MIAT, kami tidak boleh komen dan memberi sebarang ulasan kerana kami tidak tahu. Tentang tempat lain selain daripada UniKL MIAT, anda boleh bertanya kepada admin tempat itu sendiri ;-)
salam..saya nak tanya tentang peluang pekerjaan bagi kos composite dan manufacturing..mana satu yang lebih meluas peluang pekerjaannya?
Anda perlu dapatkan lesen untuk menjadi seorang engineer, composite dan manufacturing ialah pengkhususan sahaja. Namun ia membantu jika sesetengah company itu adalah manufacturing atau composite base. Walau bagaimanapun, lesen adalah perkara paling penting.
salam..terima kasih kepada AirAsri.com atas tips-tps yang berguna..alhamdulillah saya mendapat tempat diploma of engineering maintenance in aeroplane maintenance..terima kasih banyak-banyak, AirAsri.com!
Sama-sama ;-)
assalamualaikum….saya ada beberapa soalan…adakah syllibus pengajian di admal selari dengan pengajian di miat???…adakah sijil admal setelah tamat pengajian setaraf dgn miat???
W’salam. Memandangkan intake pertama Admal sahaja 3 Julai ini (esok), tiada apa yang boleh kami komen selain anda perlu bertanya dengan pihak admin UniKL MIAT dan Admal Aviation College sendiri ;-)
salam, http://admission.unikl.edu.my/ di link ni masih ada pengambilan ke 2 untuk bulan Julai tetapi tiada miat dlm senarai kampus. adakah ini bermakna miat tidak terlibat dalam pengambilan kali ini? saya kurang jelas.
UniKL MIAT tiada second intake dan kemasukan Semester Julai 2011 adalah pada tarikh 3 Julai yang lalu iaitu 2 minggu lebih awal daripada UniKL yang lain. Yang anda lihat tu, adalah laman web yang tidak dikemaskini. Sekarang sudah dikemaskini. UniKL MIAT buka 2 kali setahun. Januari dan Julai. Intake Julai tiada Degree Engineering dibuka bagi orang awam. Manakala Januari pula jurusan Degree boleh dimohon namun hanya yang diiklankan sahaja ;-) Sila ke http://admission.unikl.edu.my/ untuk kemasukan Januari 2012.
salam..
sekali pandang ingatkan AirAsia.. rupa-rupanya AirAsri.. semoga berjaya dalam apa yang dicita-citakan.. =]
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kami ;-)
Salam,
Adik Asri, aunty nak bertanya bagi course diploma of engineering maintenance in aeroplane maintenance melalui pengalaman adik Asri yang sudah mengikuti kursus ini..bagi semester pertama berapa anggaran cost yang perlu adik bayar termasuk yuran serta pembelanjaan harian di kampus? Adakah pinjaman dari PTPTN menampung penuh semua course ini berserta elaun sekali?
Waalaikumussalam
Biasalah mula-mula nak masuk mana-mana universiti mesti mahal, keluarkan banyak belanja lebih-lebih lagi lah IPTS seperti UniKL MIAT( walaupun sebenarnya semi-government ) cheers;-)
MOHE SETARA UniKL: http://www.mqa.gov.my/SETARA09/result_en.cfm
* UniKL adalah pada peringkat paling tinggi iaitu TIER 5: EXCELLENT dalam Setara 2009 ( 2010 akan keluar tahun ini).
Untuk persoalan Aunty Rina, pertama sekali kalau dapat masuk UniKL MIAT kena bayar RM250 sebagai yuran penerimaan yang kita pasti akan masuk ke UniKL MIAT dan sekaligus menempah tempat kita di sini.
Yuran asrama dan lain-lain ( perincian dinyatakan dalam surat tawaran) adalah RM 1040 selain itu kelengkapan untuk belajar seperti buku, jaket, baju, kasut dan lain-lain peralatan adalah RM 1055( ini berdasarkan surat tawaran semasa kemasukan Julai 2011 baru-baru ini).
Perbelanjaan harian kami tidak boleh komen kerana ia bergantung kepada individu namun daripada pengalaman belajar di UniKL MIAT hanya perbelanjaan makan, minum dan pembelajaran (beli buku itu ini, fotostat dan lain-lain) jika anda duduk di hostel lah jika duduk luar lain pula ceritanya (semester 1 wajib duduk hostel).
Pinjaman setakat ini hanya MARA sahaja yang memberi pinjaman penuh berserta elaun sara diri bulanan dan elaun tahunan yang lain. PTPTN selain tiada elaun, PTPTN juga tidak memberi pinjaman penuh. PTPTN beri pinjaman pun ada had ( paling maksimum ) dan baki yuran pengajian itu kita terpaksa tambah sendiri untuk dibayar pada UniKL MIAT.
Harap kami membantu.
assalammualaikum..saya ambil spm tahun 2011..saya nak tanya berdasarkan website ini http://admission.unikl.edu.my..keputusan spm perlu diisikan..macammana saya nak isi sedangkan keputusan spm belum dikeluarkan..adakah boleh sekiranya saya mengisi ruangan tersebut selepas mendapat keputusan spm nanti? saya kurang jelas..
Wassalam,
Kami dah lawati blog tu, dia sudah tutup permohonan untuk pelajar tempatan, namun begitu anda mohon hanya selepas keputusan SPM keluar sahaja kerana setiap permohonan perlu ada keputusan SPM atau akademik yang terkini.
salam saya nak tanya. mana yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti antara UPU atau matrik atau UniKL ? saya berasa keliru sangat.. saya rasa berasa saya minat kejuteraan tapi saya rasa saya sebenar nya pon tak tahu minat apa.. tolong saya bagi info tentang uniKL.
Kami pun asalnya minat mass comm dan sudah dapat tempat di UiTM Melaka namun kami ikut pilihan keluarga yang lebih suka kami ambil jurusuan ini. Sungguhpun begitu mereka juga tidak melarang kami jika nak ambil kos lain asalkan nak belajar. Kini sudah 4 tahun di UniKL MIAT ini, semuanya baik-baik sahaja. Kami cadangkan anda berbincang dengan keluarga.
As’salammualaikum. Saya baru sahaja menghadiri sesi temuduga di Unikl MIAT pada 8 Mei 2012 . Bila keputusan sama ada saya berjaya atau tak diberitahu oleh pihak Unikl MIAT?
Dah keluar dah.
assalam..saya nak tanya..kalau saya ambil diploma in aeroplane maintanance di admal aviation college then bila dah habis belajar boleh ke sekiranya saya nak sambung pengajian saya di unikl miat dalam course yg sama?
Secara peribadi kami tidak nampak kenapa tidak boleh kerana Admal adalah kolej bersekutu UniKL MIAT. Tetapi kami sarankan masuklah UniKL MIAT.
assalam airasri..saya nak tanya kalau saya ambil diploma dekat admal aviation college , boleh tak kalau saya nak sambung ke ijazah di unikl miat?
Kami tidak nampak sebab kenapa tidak boleh.
terima kasih ^^ atas tips2 abang k alhamdulillah saya dapat tawaran sesi kemasukan julai
Assalamualaikum , saya ingin bertanya bagaimana ingin masuk ke uniKL MIAT bagi pelajar lepasan SPM ? Wajarkah saya masuk ke Admal College dan ambil diploma sebelum ke MIAT ? Jurusan diploma apa yang perlu saya ambil jika saya ke IPTA ? Adakah lebih baik jika saya ambil diploma di MIAT selepas SPM ? Terima kasih kerana memberikan penerangan kepada saya .
I love Aircraft ^^
1) Tunggu permohonan online dibuka di http://www.unikl.edu.my
2) Secara peribadi, kami rekemen anda masuk UniKL MIAT berbanding Admal dan itu lah yang seeloknya.
3) Soalan umum, tanya diri anda. Kami dapat UiTM kos mass comm. tapi mungkin rezeki di UniKL MIAT.
4) Ini tentang masa depan anda, AirAsri bukan meyakinkan mereka yang belum membuat pilihan lebih-lebih lagi kalau bukan daripada aviation.
Sedikit pesanan: “Ikut kata keluarga lebih senang hidup walaupun keluarga tak tahu apa-apa”
saya nak tanya.adakah course di unikl MIAT yang menawarkan pelajar ke luar negara dalam aircraft??bolehkah pelajar lepasan spm memohonnya??dan apakah syarat-syaratnya???
Setakat ini tiada melainkan Pre-Russian Programme bagi pengajian asasi.
saya ade satu soalan ape beza diploma of engineering technology in aeroplane maintenance dengan diploma of engineering technology in avionics maintenance ? perlukan bantuan abang asri…
Bagus soalan ni.
Beza dia Dip. Eng. Tech tu durasi pengajian adalah selama 3 tahun. Manakala Dip. Aircraft Maint. Tech. adalah 3.5 tahun. Kedua-dua diploma ini ada pengesahan dari MQA/LAN iaitu Akreditasi Penuh. Cuma yang 3.5 tahun tu berdasarkan prosedur peperiksaan Jabatan Penerbangan Awam yang lama. Kami dulu ambil diploma Aeroplane. Kami amat syorkan awak ambil yang 3 tahun itu kerana masa lebih singkat, praktikal di akhir sem dan subjek pun sedikit.
terima kasih. abang Asri masih belajar lagi kat UniKL MIAT ke ?
Sila tanya Sir Jaldin. Haha…
ASSALAMUALAIKUM.. SAYA NAK TANYA PASAL IQ TEST . FULLY ENGLISH KE? KATAKAN SAYA TAK LEPAS TARGET YANG PIHAK MIAT NAK , ADAKAH SAYA AKAN TERUS DIBERITAHU UNTUK PULANG SEBELUM INTERVIEW ? HARAP DAPAT JELASKAN . THANKS .
Ya.
Semuanya lebih kurang sahaja, cuma kos DAMT kos lama dan DET kos baru serta durasi pembelajaran DAMT lebih lama. Perbezaan paling ketara tiada cuma DAMT jika manufacturing/composite/avionics, anda akan ada satu tahun pengkhususan dalam bidang itu selepas tamat OJT di Semester 5 manakala kos DET, selepas tamat OJT mereka terus boleh graduate ;-) Lain-lain, tiada perbezaan yang ketara dan skop kerja bergantung kepada lesen. Jika nak jadi engineer, ambil lesen.