AirAsri.com
Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih

Jenis-jenis sayap kapal terbang

19 September 2010 · 13 comments | Parts of Aircraft |

Jenis-jenis sayap kapal terbang

Sayap kapal terbang merupakan bahagian utama dalam menghasilkan daya angkat bagi sesebuah pesawat terbang tersebut. Jika pada helikopter, ia dihasilkan oleh bilah-bilah rotor.

Namun, kita sering melihat ada sesetengah kapal terbang itu sayap nya dipasang dibahagian bawah fiuslaj, di atas fiuslaj dan di tengah-tengah fiuslaj. Setiap sayap yang dipasang perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan pada bahagian manakah sayap itu perlu dipasang.

High-Wing

High wing aircraftSayap kapal terbang dalam jenis high-wing terletak pada bahagian atas permukaan badan kapal terbang tersebut. Ia selalu dijumpai banyak pada kapal terbang yang menggunakan enjin kipas (propeller) dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Fireflyz dan Berjaya Air dengan pesawat ATR 72-500 nya yang menggunakan sayap jenis high-wing.

Kelebihan dan kekurangan

  1. Jika semua back-up system kapal terbang habis digunakan atau malfunction, pesawat jenis sayap ini mampu meluncur disebabkan prinsip beban di bawah dan daya pengangkat di atas. Konsep ini sama seperti glider dan payung terjun.
  2. Enjin jenis berkipas kebanyakanya menggunakan high-wing, kalau tidak bilah kipas tu apabila berputar, akan menyentuh permukaan bawah (ground) atau landasan.
  3. Faktor-faktor keselamatan iaitu, kalau sayap enjin berkipas dipasang pada bahagian tengah atau bahagian bawah fiuslaj, ia nya akan menyebakan kemalangan yang tak diduga terutama apabila bilah kipas itu berpusing ketika take-off dan ketika enjin digerakkan (engine run).
  4. Memotong bilah kipas untuk memendekkan bilah itu amat lah tidak praktikal sama sekali disamping mengurangkan daya tujahan.
  5. Disebabkan sayap nya yang terletak di atas, pesawat ini jika mendarat di atas air, akan tenggelam serta-merta kecuali yang menggunakan gear pendaratan terapung.
  6. Lebih redup dan terlindung dari hujan jika anda keluar atau masuk ke dalam pesawat jenis sayap ini mahupun duduk di tepi tingkap nya.
  7. Pemandangan bawah yang lebih luas disebabkan sayap yang tinggi dan enjin berada di bahagian hujung. Berbaloi kalau sewa penerbangan Berjaya Air!

Low-Wing

Low wing aircraftSayap jenis ini selalunya dipasang pada kapal terbang komersil seperti Airbus dan Boeing dan setakat ini hanya enjin turbin sahaja yang menggunakan sayap jenis low-wing ini.

Kelebihan dan kekurangan

  1. Semua enjin turbin selalunya menggunakan sayap jenis-low wing, kecuali enjin jenis turboprop seperti yang digunakan syarikat Berjaya Air, MAS Wings dan FireFlyz.
  2. Jika menggunakan high-wing dengan enjin turbin, amat lah tidak praktikal kerana enjin itu yang berat boleh mengakibatkan struktur sayap itu koyak dan patah.
  3. Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan disebabkan faktor pemasangan sayap yang rendah dan mudah dicapai.
  4. Pesawat yang menggunakan sayap jenis low-wing, jika membuat pendaratan cemas, akan terapung dalam jangka masa yang agak lama ditambah pula dengan struktur sayap itu yang dibina membolehkan ia terapung di atas air.
  5. Disebabkan itu lah, pintu kecemasan dipasang pada fiuslaj, terletak betul-betul di atas hujung sayap bagi memudahkan penumpang keluar dan berdiri di atas sayap ketika pendaratan cemas.
  6. Kalau lah enjin turbin dipasang dengan cara high-wing, disebabkan enjin turbin itu yang besar dan panjang, ia akan menghalang pemandangan indah anda sewaktu menaiki kapal terbang. RyanAir dan AirAsia akan memanfaatkan kekurangan ini untuk tambang murah mereka!
  7. Disebabkan itulah, gear pendaratan jenis lipatan (retractable landing gear) digunakan pada semua pesawat jenis low-wing sahaja untuk melipat gear pendaratan itu masuk ke dalam sayap kapal terbang tersebut.

Mid-Wing atau Middle Wing

Middle wing aircraftSelalunya digunakan untuk tujuan akrobatik dan mempunyai daya stabiliti yang tinggi serta kendalian yang baik. Ini disebabkan sayap nya yang terletak di tengah-tengah fiuslaj dan beban di atas dan di bawah dibahagikan sama rata.

Selalunya digunakan pada jet pejuang untuk membuat rolling dan quick banking untuk mengelak daripada terkena tembakan musuh.  Antara sebab utama jet pejuang dan sukan udara menggunakan mid-wing adalah respon kawalan yang cepat disebabkan faktor simetri (sama rata) dan kelebihan mengawal attitude yang baik ketika terbang.

Simetri termasuk dalam konsep Aerofoil, sila lihat artikel tentang konsep Aerofoil untuk pengetahuan lanjut.

Sila lihat artikel ini »Apakah makna dan konsep Aerofoil

Kesimpulan

Setiap  orang mempunyai pilihan mereka sendiri dan bagi juruterbang, setiap jenis sayap mempunyai pengalaman penerbangan yang berbeza begitu juga dengan jurutera penerbangan yang memandang pilihan ini dari aspek kejuruteraan.

Kuiz AirAsri.com
Yang mana satu kah yang paling praktikal? Sayap tinggi, sayap di tengah atau sayap rendah? Ada diantara anda pernah lihat burung dengan sayap di bawah?

Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!

Technorati RSS Feedburner Email Twitter Facebook MySpace Google

{ 1 trackback }

Apakah makna dan konsep Aerofoil — AirAsri.com
19 September 2010 at 9:30 pm

{ 12 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }

1 pakyat 5 October 2010 at 1:57 am

Bro mantap,

Tahniah, infomasi berguna bagi peminat aviasi tempatan. Tapi bro izinkan saya menambah sedikit fakta pasal design wing (kedudukan).

Semua design wing ini bergantung kepada kepenggunaan pesawat. Contohnya pesawat pengankut kargo, (payload), pesawat penumpang, pesawat aerobatik dan pesawat pejuang.

Ini merupakan empat kategori utama layout wing yang berbeza. Ia berbeza dari segi stabiliti pesawat. Stabiliti pesawat pula ada dua jenis iaitu stabil dari segi statik dan stabil dari segi dinamik.

Dari segi Statik
Apabila kita buat keratan rentas pesawat-pesawat di atas semasa penerbangan kita akan dapati lah bentuk high, low dan middle tu. Pensil sebagai fuselage. Kertas sebagai sayap.

High-Wing
Dari segi yang paling stabil adalah bentuk HIGH WING yang ada sedikit sudut dihedral . Bayangkan sekeping kertas yang melengkung berbentuk seakan U dan ini wing kita. Letakkan sebatang pensil. Pensil akan berada ditengah-tengah kertas bukan? OK bayangkan ada angin dari tepi kanan dan bentuk U tersebut menyendeng sedikit ke kiri. Pensil pun bergerak ke kanan kerana tarikan titik gravitinya. Kemudian angin hilang dan U tersebut akan kembali ke bentuk asal. Pergerakan ini seiras seperti pendulum jam. Pada akhirnya ia akan kembali ke kedudukan asal. Pesawat yang selalu menggunakan sayap ini adalah pesawat latihan asas penerbangan, pesawat penumpang dan pesawat kargo. Ingat walaupun pesawat Air Asia dan pesawat MAS kebanyakannya Low Wing, tapi sebenarnya ia memiliki sifat High Wing disebabkan wing span atau panjang sayap yang amat panjang, apabila daya-daya diaplikasikan hujung sayap akan terangkat tinggi mambentuk U atau sudut dihedral.

Middle-Wing
Sekali lagi kertas yang sama. Cuma dalam kedudukan rata. Letakkan kan pensil di atasnya, dibahagian tengah. Apabila ada angin dari tepi kertas akan membentuk sudut dan pensil mula tergelincir. Katakan angin disebelah kanan. Apabila angin hilang kertan kita kembalikan pada kedudukan asal, tapi malangnya pensil tersebut masih disebelah kanan. Pesawat yang mempunyai sayap MIDDLE ini masih dalam kategori stabil tetapi ia tidak mempunyai keupayaan untuk kembali ke kekedudukan asal atau “tendency to correct it self” . Ia mempunyai penerbangan yang sangat tepat dan mudah untuk mengawal prilaku pesawat . Sangat sesuai untuk tujuan aerobatik. Ia dapat mengekalkan kedudukan pada ketika dalam persembahan dan lain-lain.

Yang terakhir Low-Wing
Kertas yang sama. Kali ini kita bengkokkan kertas itu kebawah, bentuk macam anti-U. U terbalik. Pada titik tangent U tersebut perlahan-lahan berhati-hati letakkan pensil tersebut di atas titik tengen tersebut, ingat JANGAN SAMPAI JATUH. Apabila telah berjaya, bayangkan ada angin menolak kertas (sayap) dari arah kanan. Maka pensil tersebut mula bergolek, kadang-kadang ke kanan kadang-kadang ke kiri dan apabila kita membetulkan kembali kedudukan kertas (sayap) ia masih lagi menggelungsur dan jatuh. Sayap jenis ini adalah yang paling tidak stabil. Sukar dikawal. Tetapi atas sebab inilah pesawat pejuang menggunakannya. Ia membolehkan pesawat membuat corak penerbangan yang lebih berbahaya, bagi mengelak dari serangan musuh dan bagi mengejar musuh.

Contohnya pesawat SKYHAWK yang adar di hanger UniKL MIAT. Kebanyakkan pesawat jenis ini mulai menggunakan komputer bagi membantu ia terbang dengan kawalan baik tetapi pesawat dahulu menggunakan kecekapan pilotnya untuk maneuver.

Reply

2 AirAsri
Twitter: AirAsri
5 October 2010 at 9:13 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Hai Pakyat.

Terima Kasih di atas penerangan yang diberikan. Ia nya sungguh lengkap sekali. Satu penjelasan yang saya kira Pakyat datang dari dalam bidang Aeronautikal.

Ya, kami pun bersetuju yang High-Wing adalah sayap paling stabil selain paling selamat sekali digunakan dibabkan faktor seperti yang Pakyat nyatakan.

Katakan angin disebelah kanan. Apabila angin hilang kertan kita kembalikan pada kedudukan asal, tapi malangnya pensil tersebut masih disebelah kanan.

Tapi kami ingin sedikit penjelasan lagi daripada Pakyat. Di atas adalah ungkapan daripada komen Pakyat.

Jadi soalan kami ialah jika angin itu menolak dari arah sebelah kanan, maka pensil akan tertolak disebelah kiri tetapi mengapa anda nyatakan pensil tersebut masih disebelah kanan? Adakah anda bermaksud yang kertas sahaja akan bergerak atau bagaimana? Dan kami juga tidak memahami apa yang dikatakan sebagai ‘kertan’?

Harap Pakyat boleh memberikan lagi sedikit penjelasan mengenai Middle-Wing ini. Informasi Pakyat ini sangat berguna sekali buat pengunjung yang ingin mencari perbezaan dari segi sayap high-wing, low-wing dan midle-wing.

Reply

3 Pakyatail.com 6 October 2010 at 1:06 am

Dear Asri
Terima kasih kerana bertanya, Itu adalah kesalahan koordinasi saya kerana terlalu gairah dalam penulisan. My typing goes beyond my mind.
Middle wing menarik, kertan tu ialah kertas, dan benar jika angin itu menolak dari arah sebelah kanan, maka pensil akan tertolak disebelah kiri. maafkan saya.
apabila kita memberi sudut secara perlahan-lahan pada kertas maka pencil akan bergolek, dan kembalikan kertas pada kedudukan asal dan pencil tetap pada kedudukannya, dan tidak pula kembali ke kedudukan asal apabila kertas dalam keadaan mendatar.

thanks Asri

Reply

4 AirAsri
Twitter: AirAsri
6 October 2010 at 2:55 pm

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Ya. Terima kasih Pakyat. Akhirnya komen Pakyat ini memecah kebuntuan kami semalam. Diharap pengunjung yang melawat blog pendidikan tidak sekadar membaca artikel sahaja, tetapi sebaliknya isi komen sekali kerana perbincangan diadakan disitu.

Terima kasih Pakyat. Harap Pakyat sudi menyertai kami di Fb AirAsri. Jika Pakyat ada artikel-artikel menraik mengenai penerbangan atau aviasi, Pakyat boleh lah mengirim nya kepada kami!

Reply

5 p young
Twitter: pyoungy
14 January 2011 at 1:07 am

Add on Facebook Add pyoungy on Facebook.



salam air.asri, ape beza tiga structure sayap iaitu semi cantilever, full cantilever dan externally braced dia antara low-wing, high-wing and middle-wing..saya konfius ar….tolong terangkan….

Reply

6 AirAsri
Twitter: AirAsri
14 January 2011 at 11:05 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



W’salam.

Semi-cantilever tu yang ada external braces ataupun dipanggil ‘wing struts’ dan full cantilever yang tidak menggunakan ‘wing struts’ atau apa-apa jenis sokongan pada sayap. Braces pada semi-cantilever atau non-cantilever sama ada menggunakan wire atau struts dan bertujuan untuk memindahkan flight and landing loads high-wing tadi melalui external braces atau wing struts dan terus ke fiuslaj kapal terbang, tetapi sayap jenis ini mempunyai daya seretan yang tinggi. Berbeza pula dengan full cantilever, tanpa sokongan dan sayap jenis ini dipasang terus ke fiuslaj memberikan pengurangan daya seretan yang maksimum.

Sebagai tambahan, semi -cantilever dipanggil kerana selalunya external braces atau wing struts dipasang ditengah-tengah sayap dan kini semua model pesawat tidak menggunakan lagi wing struts dan semuanya menggunapakai struktur cantilever yang berat tetapi kuat. Harap membantu.

Reply

7 hafiz
Twitter: Hafiz Hamzah
9 February 2012 at 7:55 pm

Add on Facebook Add Hafiz Hamzah on Facebook.



Blog yang sungguh informatif. Saya menjadi begitu teruja dengan hanya membaca artikel-artikel menarik ini selama satu jam. Tiba-tiba terbayang seperti sedang berada di udara. Diharap akan ada lebih banyak lagi artikel yang boleh menjadi rujukan kepada peminat bidang ini. Saya juga menanti ‘update’ terbaru dari abang Asri :D

Reply

8 AirAsri
Twitter: AirAsri
24 March 2012 at 7:53 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Terima kasih ;-)

Reply

9 yuhaaa... 4 March 2012 at 6:32 pm

Assalamualaikum..

Saya suka informasi yang berkaitan dengan industri penerbangan ni.
Info yang diberikan sangat menarik dan berguna…

Reply

10 AirAsri
Twitter: AirAsri
22 June 2012 at 11:15 pm

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Commercial Pilot License.

Reply

11 amin 1 January 2014 at 2:56 pm

Boeing dan airbus ada bezakah??

Reply

12 AirAsri
Twitter: AirAsri
10 April 2014 at 10:19 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



BWM vs Volvo

Reply

Have something to say about?

PERHATIAN: Anda dilarang menggunakan singkatan atau short form dalam komen-komen anda. Sila gunakan perkataan penuh dan tatabahasa yang betul. Komen yang mengandungi sebarang singkatan tidak akan dilayan sama sekali.

Tips: Untuk 'Facebook Username' sila letakkan username atau profile id anda sahaja eg: AirAsri atau profile.php?id=123456789 tanpa jarak.

← Entri Sebelum

Entri Seterusnya →

Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih