Jenis-jenis kapal terbang dan pesawat udara

Sejak kejayaan penerbangan pertama oleh Wright bersaudara, pesawat terbang telah dibina secara banyak dan komersil dengan pelbagai jenis kapal terbang dan pesawat terbang dan udara. Pelbagai bentuk telah dicipta untuk pelbagai fungsi, kegunaan dan keselesaan. Selepas era Wright bersaudara, muncul pula William E. Boeing iaitu pengasas kepada Boeing.
Hingga kini hanya dua sahaja pembuat utama kapal terbang yang membuat kapal terbang untuk tujuan komersil iaitu Boeing dari America dan Airbus dari Toulouse, France. Walau bagaimanapun, pesawat udara (aircraft) telah diklasifikasikan mengikut jenis-jenis nya.
Ringan daripada udara ( lighter than air)
Ringan daripada udara ialah ketegori dimana cara pesawat udara itu terbang. Jika anda lihat dalam kategori ini ada dua jenis sahaja iaitu kapal udara (airship) dan belon udara panas (hot air baloon). Pesawat udara ini diapungkan menggunakan gas Helium yang sedia maklum ketumpatan nya lebih ringan daripada udara. Pernah tengok badut sarkas bawa belon yang terapung tu? Kerana itulah airship dan hot air baloon adalah lighter than air.
Berat daripada udara (heavier than air)
Berat daripada udara ialah kategori dimana kapal terbang itu diterbangkan dengan menggunakan sesuatu supaya ia mampu terbang dan terapung. Sebagai contoh, semua jenis kapal terbang dan helikopter adalah berat daripada udara. Yang membezakan mereka sama ada daripada jenis berenjin atau tidak berenjin dan juga jenis bersayap (kapal terbang) atau bilah-bilah rotor (rotorcraft).
Kuiz AirAsri.com
OK! sekarang ni kita dah tahu apa kategori-kategori kapal terbang. Sekarang ni Asri nak tanya, yang pesawat angkasa lepas tu kita nak kategorikan sebagai apa sebab dia boleh terapung tetapi dia menggunakan roket?
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Bahagian-bahagian kapal terbang (Control Surface)
Entri Seterusnya → Empat daya bertindak ke atas kapal terbang


















{ 12 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
salam, kenapa saya mahu buka beberapa artikel untuk dibaca tetapi tidak boleh…
tertulis di situ confidential…
Adakah maksud anda http://www.airasri.com/aircrafts
Ya, halaman itu di simpan untuk tujuan yang akan diberitahu kelak ;-)
p/s: Kami akan respon e-mail anda jika hanya apabila anda perkenalkan diri seperti umur, asal dan nama. Ramai yang e-mail kami tetapi tidak mengikut arahan seperti yang dipaparkan di dalam kotak kuning tu.
kenapa kapal terbang tidak boleh jalan diatas darat?
Kerana kapal terbang tidak ada kaki ;-)
seronok ke tidak belajar di unikl MIAT
Secara ikhlas, kami tersangat-sangatlah seronok belajar di UniKL MIAT. (~.^)v Anda boleh lihat sahaja komitmen kami terhadap UniKL MIAT melalui blog ini.
NAK CARI KAT MANE EA MAKLUMAT TENTANG APE ITU LAE?
Jangan guna UPPER CASE, nampak tidak sopan.
Kapal angkasa lebih berat dari udara. Tapi bukan menggunakan enjin biasa. Enjin kapal terbang biasa menggunakan oksigen untuk pembakaran dalaman dia melalui udara dari persekitarannya. Roket naik ke angkasa. Angkasa adalah vakum. Tidak ada oksigen. Roket terpaksa membawa oksigen dia sendiri.
Assalam En Asri,
Apa perbezaan antara airbus dan Boeing.Saya kurang faham tentang ini.
Boleh terangkan kepada saya.
Terima Kasih.
if ta silap…Airbus tu besar punya,,,
Boeing keck dari Airbus..
Airbus terbaru A380.. ;)
Comel la blog awak. Haha… domain yang menarik, ‘aku mahu terbang’