AirAsri.com
Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih

Hooters Air syarikat penerbangan paling seksi di dunia

29 August 2010 · 6 comments | Aviation News |

Hooters Air Crew

Hooters Air, ya kali ini Asri sendiri amat tergugat dengan kehadiran sebuah airlines yang boleh menggugat keimanan para lelaki di dunia. Hooters Air yang berasal dari sebuah syarikat makanan menampilkan bahan pelarisnya, gadis comel atau “hot chicks” sebagai pramugari atau flight attendant di Hooters Air.

Hooters Air tahu yang penumpang ialah manusia dan servis ekstra adalah satu pelaris selain daripada tiket penerbangan yang murah. Pramugari Hooters Air tampil dengan uniform berwarna oren ala-ala FireFlyz dengan potongan seluar pendek (shorts) atas lutut dan T-Shirt dengan bukaan dada luas tanpa lengan (tanktop) yang singkat, padat dan jarang.

Hooters Girl

Hooters Air beroperasi dipangkalan utamanya di Myrtle Beach, South Carolina, USA. Mereka pada asalnya menawarkan perkhidmatan udara di Baltimore dan Atlanta dan kemudian menambah Fort Myers di Florida dan Bahamas untuk meneruskan tradisi keseronokan ketika sun party theme. Hooters Air menambah beberapa Hooter’s Girl pada setiap penerbangan mereka sebagai “servis tambahan pelanggan”.

Hooters Cute Chicks

Hooters Air juga menawarkan perkhidmatan sewa penerbangan (flight charter) kepada golongan yang berkemampuan disamping perkhidmatan penerbangan yang biasa seperti Berjaya Air yang membuat servis sewa penerbangan ke Koh Sumui, Thailand.

Hooters Air Hostess

Hooters Air merupakan sebuah jenama terkenal untuk makanan dan hiburan yang menampilkan suasana tema pantai yang bersahaja, makanan laut, sandwich dan menu popularnya iaitu Hooter’s chicken wing dan perkhidmatan layanan nya disediakan oleh kumpulan sorak dari Amerika Syarikat sendiri.

Hooters menggunakan burung hantu sebagi maskot nya iaitu “Hooters The Owl” dan terkenal dengan daya tarikan seks nya dalam semua servis yang ditawarkan dan Hooters juga bermaksud “buah dada” atau “breast” dalam sesetengah loghat American.

Hooters Air memulakan operasinya pada tahun 2003 dan beroperasi menggunakan kapal terbang Boeing Jets, B757-200 dan B737-300 dan sehingga kini Hooters menawarkan 8 destinasi penerbangan di sekitar Amerika. Hooters juga mempunyai sebuah cawangan restoran di Asia yang paling terhampir di Malaysia iaitu di Singapura dan merupakan cawangn restoran luar Amerika nya yang pertama.

Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!

Technorati RSS Feedburner Email Twitter Facebook MySpace Google

{ 6 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }

1 Mochik
Twitter: babylikes
14 September 2010 at 6:56 pm

Add on Facebook Add babylikes on Facebook.



perghhh… gila lah, kalau camni aku pun nak naik!
Hot tuhh.
cayalah Hooters Air!!!
p/s: mmm… kalau ada pakej tambang murah kasi tau ek!
:p

Reply

2 AviasiBest 21 October 2010 at 12:02 am

lemah la iman para Muslim diseluruh dunia sekiranya diperkenalkan secara globalisasi…

>>kalau ada interesting fasal Concorde post k… :^D

Reply

3 AirAsri
Twitter: AirAsri
21 October 2010 at 12:30 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Hahaha… betul tu, elok jangan naik dan harap perkhidmatan macam ini tidak dibuat di Malaysia.

Mengenai Concorde kami akan usahakan, segala artikel buat masa ini akan di post di Facebook page kami.
Harap and sudah ‘LIKE’ Facebook AirAsri (0_o)v

Reply

4 AviasiBest 21 October 2010 at 6:17 pm

Perkhidmatan sebegitu harus diharamkan sekiranya wujud di Malaysia…

Ya, saya sudah ‘LIKE’ Facebook AirAsri :^D

Reply

5 AirAsri
Twitter: AirAsri
21 October 2010 at 6:58 pm

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Ya, kami sokong!

Reply

6 r
Twitter: smileluckyday
26 March 2011 at 6:05 pm

Add on Facebook Add smileluckyday on Facebook.



hebat dan satu cabaran kearah keseronokan berkongsi maklumat

Reply

Have something to say about?

PERHATIAN: Anda dilarang menggunakan singkatan atau short form dalam komen-komen anda. Sila gunakan perkataan penuh dan tatabahasa yang betul. Komen yang mengandungi sebarang singkatan tidak akan dilayan sama sekali.

Tips: Untuk 'Facebook Username' sila letakkan username atau profile id anda sahaja eg: AirAsri atau profile.php?id=123456789 tanpa jarak.

← Entri Sebelum

Entri Seterusnya →

Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih