Empat daya bertindak ke atas kapal terbang

Seperti yang kita maklum, setiap objek yang berada di bawah liputan atmosfera bumi ini tidak akan terapung. Apa yang ada di atas jika tidak disokong pasti akan jatuh ke bawah. Tidak kisah la kapas ke, partikel-partikel halus ke, selagi ade jisim, ia pasti jatuh, sama ada cepat atau lambat. Tetapi mengapa kapal terbang yang berat nya bertan-tan tidak akan jatuh?
Sebelum anda semua didedahkan dengan prinsip penerbangan, anda mesti mengetahui dahulu apakah daya yang bertindak ke atas kapal terbang ini. Apabila sesebuah pesawat terbang, terdapat empat daya yang bertindak ke atas nya. Empat daya ini bertindak hanya di atas dua paksi iaitu paksi mengufuk (horizontal) terdapat daya tujahan (thrust) dan daya seretan (drag). Manakala pada paksi menegak (vertical) pula terdapat nya daya angkat (lift) dan daya berat (weight).
Daya tujahan (thrust) ialah daya yang menujah atau menolak kapal terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Tidak kira lah sama ada enjin itu jenis turbine (turbin) atau propeller (kipas) dan juga jenis-jenis enjin yang lain. Semakin kuat daya tujahan enjin, semakin laju sesebuah kapal terbang itu bergerak ke hadapan.
Daya geseran (friction) pula merujuk kepada daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapatnya rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya geseran yang besar. Sesetengah orang memanggil daya seretan dan ada juga yang memanggil daya geseran, namun maksudnya tetap sama.
Kita ambil contoh kereta, sebab itu lah kereta sport tidak menggunakan tayar yang besar dan tebal kerana untuk mengurangkan geseran pada permukaan jalan. Bagi kapal terbang pula, reka bentuk nya yang aerodinamik (aerodynamic) dan permukaan yang licin serta tanpa halangan mengurangkan daya geseran.
Daya angkat (lift) pula merujuk kepada daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap (wings) dan elevator (penaik). Daya angkat bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran (air density), halaju pesawat terbang (velocity), luas sayap (wing span) dan jenis sayap yang digunakan.
Berat (weight) pula merujuk kepada daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan dan menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan daya tarikan graviti ke bumi dan nilainya bergantung pada jisim sesebuah kapal terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan semakin susah untuk sesebuah kapal terbang itu terbang. Disebabkan itu, berat merupakan faktor paling utama ketika di udara.
Kesimpulan
Secara logiknya, untuk sesebuah kapal terbang bergerak ke hadapan, daya tujahan nya mestilah lebih besar daripada daya geseran. Manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada daya berat. Seperti kereta, jika kereta menggunakan enjin yang besar tetapi mempunyai badan yang ringan, kereta akan bergerak lebih laju berbanding kereta yang berenjin besar juga tetapi dengan badan yang berat.
Kuiz AirAsri.com
Sebuah kereta pada pandangan anda, kenapa perlu ada spoiler dan kenapa sesebuah kereta itu tidak memerlukan spoiler? Jika anda tahu apa itu spoiler dan fungsinya, Asri pasti anda tidak akan mengubah suai kereta anda dari sudut kejuruteraan tetapi anda mengubah suai untuk faktor hiasan.
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Jenis-jenis kapal terbang dan pesawat udara
Entri Seterusnya → Ryan Air memperkenalkan kerusi berdiri dalam penerbangan

















{ 2 trackbacks }
{ 11 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
hye just nak tanya. bukan ke daya seretan = drag and daya geseran= friction?
Hai, terima kasih kerana sudi komen, menjawab kepada soalan anda, kami terangkan dalam bentuk termudah dan senang difahami.
Kami tidak boleh menerangkan secara ‘literal’ sahaja, tetapi kami tidak mengubah mana-mana fakta dalam artikel kami. Kami amat menghargai keprihatinan anda (0_o)v
UPDATE: Kami baru perasan apa yang anda katakan, ayat telah ditukar dan sedikit penambahan telah dilakukan.
assalamualaikum, saya nk tanye sedikit.. memang semua artikel dalam blog abang perlu di langgan..?? perlu di bayar..??
Waalaikumussalam, langganan artikel bermaksud anda akan dapat artikel terus ke e-mail anda, itu sahaja. Sebarang kemaskini terbaru anda akan dapat terus melalui e-mail dan boleh baca dalam mailbox sahaja tidak kisah lah Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain. Tiada sebarang bayaran dikenakan, hanya masukkan email anda, dan tekan ‘Langgan’ dan jika kami kemaskini blog kami, jadi kemaskini tersebut akan masuk juga ke email anda ;-)
Hi bro assalamualaikum,
nak tanya adakah License EASA Part 66 sama taraf dengan LWTR? Saya tahu LWTR license dibawah BCAR dan EASA bawah EU countries tapi agak musykil mungkinkah sebenarnya level EASA lagi ‘up’ tarafnya kalau dibanding dengan LWTR.Macam matrikulasi dengan diploma, kan sama level dia (hanya sebagai perbandingan, u know what im trying to say) :) thanks a lot yo
Waalaikumussalam,
Ia bergantung kepada anda hendak berkerja dimana nanti. Jika di EU belajarlah EASA, kalau di Malaysia pula menggunakan LWTR dan walau bagaimanapun setiap negara mempunyai Air Law ataupun Law of The Land mereka sendiri. Malaysia menggunakan DCAM Part 66 manakala Singapura pula CAAS dan Australia pula ialah CASA. Dari sebuah negara nak bekerja ke sebuah negara, anda perlu convert license anda yang memerlukan anda melalui beberapa posedur. Secara amnya, ia lebih kurang sahaja dan semuanya adalah basic license.
Mengenai antara matrikulasi dan diploma, level dia tidak sama. Pelajar matrikulasi tidak belajar course seperti pelajar diploma. Selain itu, matrikulasi tidak mempunyai taraf pendidikan. SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah ini adalah taraf pendidikan atau pun education level. Anda tidak boleh memohon mana-mana kerja dengan matrikulasi ataupun asasi. Perlu diingat yang tujuan asasi dan matrikulasi adalah untuk sebagai jalan pantas ke Ijazah Sarjana Muda dan dengan tanpa kredit transfer. Selain itu, kalau anda mengimpikan jurusan kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan, pointer kenalah tinggi dan jika rendah, anda akan ditawarkan course lelong di universiti sahaja.
terima kasih airasri.com. Info anda banyak membantu menjawab persoalan saya.saya amat berbesar hati jika saya dapat mengikuti perkembangan anda melalui emel.
Sama-sama (~.~)v Kami harap anda dapat sedikit sebanyak informasi daripada blog kami ni sebagai panduan di hari interview nanti.
soalan saya senang je . apa sebenarnya fungsi spoiler kereta dari sudut kejuruteraan ? tolong explain sikit :)
Sila lihat artikel Apakah makna dan konsep Aerofoil. Kebanyakan kereta yang ada dipasaran sekarang, spoiler berfungsi hanya sebagai nilai kosmetik atau hiasan sahaja.
Spoiler bentuk dia macam tuh kan.
Kalau untuk kereta lumba, ia bertujuan nak suruh kereta kekal lekat kat tanah. kalau tak silap la.