AirAsri.com
Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih

Eagle Aircraft 150B kapal terbang buatan Malaysia

29 August 2010 · 4 comments | Aviation |

Eagle Aircraft 150B

Bagi yang belum mengetahui, Malaysia juga ada mengeluarkan sebuah kapal terbang iaitu Eagle Aircraft 150B yang dihasilkan oleh Composite Technology Research Malaysia (CTRM) dahulunya dikenali sebagai Eagle Aircraft Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Batu Berendam, Melaka bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).

Eagle Aircraft 150B merupakan sebuah pesawat sebuah enjin, dua tempat duduk yang diperbuat daripada bahan komposit sepenuhnya bertujuan sebagai pesawat latihan untuk bakal pemandu kapal terbang (pilot).

Eagle Aircraft 150B by CTRM

Eagle Aircraft 150B merupakan kategori pesawat ringan (light aircraft) dan menggunakan tiga kawalan permukaan untuk daya angkatnya iaitu canard (selalunya ada pada muncung jet), main plane (selalunya pada high wing aircraft seperti glider) dan penstabil mengufuk (horizontal stabilizer).

Eagle Aircraft pada mulanya direka dan dibina oleh Eagle Aircraft Pty Limited, Australia, tetapi kini ia dihasilkan oleh CTRM, Malaysia sahaja. Ia dimulakan oleh pereka cipta dari Australia Barat, Neil Graham dan ayah nya Deryck Graham iaitu Eagle X-TS yang dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150A.

Kemudian, seorang airfoil designer dari Amerika, John Roncz mereka bentuk semula pesawat itu untuk memenuhi syarat JAR VLA (Joint Aviation Requirements Very Light Aircraft) dan dinamakan sebagai Eagle Aircraft 150B yang menampilkan ciri-ciri kestabilan, kekuatan bahan binaan dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Kini, hak penghasilan dan pengeluaran dimiliki oleh oleh CTRM yang membeli hak pengeluaran sebagai a full Malaysian venture.

Lokasi CTRM: Terletak di belakang lapangan terbang Batu Berendam, Melaka dan bersebelahan dengan Malaysian Flying Academy (MFA).

Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!

Technorati RSS Feedburner Email Twitter Facebook MySpace Google

{ 4 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }

1 hiridi
Twitter: rainkiller92
22 January 2011 at 9:31 am

Add on Facebook Add rainkiller92 on Facebook.



hey bro!!..
thanks for the information that you give at..
hehehe…
boleh tak bagi latest information fasal aviation!!!

Reply

2 joe
Twitter: profile.php?id=100000567069910
4 February 2011 at 10:29 am

Add on Facebook Add profile.php?id=100000567069910 on Facebook.



Thank you kerana sudi berkongsi pengalaman… setelah saya baca blog kamu saya dapat banyak knowledge.

Reply

3 irfan
Twitter: tigerbuff
11 February 2011 at 1:02 pm

Add on Facebook Add tigerbuff on Facebook.



Harga kapal terbang ni berapa?

Reply

4 AirAsri
Twitter: AirAsri
12 February 2011 at 11:52 am

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Tidak pasti pula kami :-)

Reply

Have something to say about?

PERHATIAN: Anda dilarang menggunakan singkatan atau short form dalam komen-komen anda. Sila gunakan perkataan penuh dan tatabahasa yang betul. Komen yang mengandungi sebarang singkatan tidak akan dilayan sama sekali.

Tips: Untuk 'Facebook Username' sila letakkan username atau profile id anda sahaja eg: AirAsri atau profile.php?id=123456789 tanpa jarak.

← Entri Sebelum

Entri Seterusnya →

Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih