Bahagian-bahagian kapal terbang (Control Surface)
Kawalan permukaan atau control surface dalam penerbangan merupakan komponen utama dalam bahagian-bahagian kapal terbang. Kawalan permukaan hanya terletak di luar kapal terbang sahaja dan merangkumi komponen yang berfungsi memberikan sesebuah pesawat itu mengawal attitude pesawat itu sendiri ketika terbang.
Kawalan permukaan memberikan kapal terbang tiga arah utama iaitu yaw, pitch dan roll. Kapal terbang bergerak menggunakan tiga arah ini sahaja. Dengan tiga arah ini, kapal terbang dapat melakukan pelbagai pergerakan yang kompleks seperti akrobatik ketika di udara.
Yaw (left and right)
Yaw merupakan pergerakan kapal terbang ke kiri dan ke kanan. Kita tidak memanggil turn atau pusing tetapi kita memanggil yaw atau menghala.
Pergerakan ini dilakukan oleh Rudder (kemudi). Rudder terletak dibahagian fin (sirip) iaitu di bahagian tail section. Rudder dikawal oleh pilot melalui pedal pemijak di kokpit. Itulah fungsi pedal, bukannya untuk melajukan atau meninggikan pesawat tetapi untuk mengemudi hala tuju kiri dan kanan pesawat tersebut.

Pitch (up and down)
Pitching merupakan pergerakan kapal terbang itu sama ada menjunam atau mendongak. Pitcing bukan bertujuan untuk meninggikan atau merendahkan altitude kapal terbang. Kita juga boleh menyebut “go up” dan “pitching up”.
Pergerakan sebegini selalunya ketika kapal terbang take-off (berlepas) dan kapal terbang climbing (mendaki). Pitching dikawal oleh kawalan permukaan iaitu Elevator (penaik) yang terletak di sirip dan lebih tepat di horizontal stabilizer. Pitching boleh dilakukan jika pilot menarik control column atau yoke iaitu alat kawalan yang kelihatan seperti steering F1.
Itulah fungsi yoke dalam kapal terbang. Jangan sesekali anda memanggil steering atau joystick!

Roll (roll left and roll right)
Rolling atau berputar mahupun berguling adalah dimana kapal terbang itu berguling di udara. Kapal terbang boleh rolling 360 darjah sama ada secara ke kiri dan ke kanan.
Roll selalunya sering dikaitkan dengan Yaw, tetapi roll ini sering dilakukan ketika aircraft itu membuat pusingan U atau U-Turn. Dalam military, pergerakan ini paling dikehendaki oleh semua pilot jet pejuang untuk mengelak daripada terkena peluru berpandu dan tembakan musuh.
Rolling dapat dilakukan dengan memusing yoke atau control column ke kiri dan ke kanan. Itulah fungsi yoke itu dipusing. Rolling dikawal oleh kawalan permukaan aileron. Jika aileron sebelah kanan turun dan aileron sebelah kiri naik, kapal terbang akan rolling ke kiri dan begitu lah sebaliknya.

Kuiz AirAsri.com
Sekarang kita dah tahu pergerakan dan macam mana kapal terbang itu digerakkan, fungsi serta kawalanya. Agak-agaknya nyer la kan, kapal terbang memecut menggunakan apa ya?
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Apakah perbezaan diantara aviation, aeronautic dan aerospace?
Entri Seterusnya → Jenis-jenis kapal terbang dan pesawat udara

















{ 2 trackbacks }
{ 10 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Jika aileron sebelah kanan turun dan aileron sebelah kiri naik, kapal terbang akan rolling ke kanan dan begitu lah sebaliknya. betulkah pernyataan ini??? bukankah Jika aileron sebelah kanan turun dan aileron sebelah kiri naik, kapal terbang akan rolling ke kiri dan begitu lah sebaliknya, harap beri komen, thank you.
Terima kasih Ashraf di atas keprihatinan anda. Kami amat menghargainya. Pembetulan sudah pun dilakukan (O_-)v
ok.. nice knowledge about aircraft here… Go on with new topic. we’ll give full support.. tq asri.
Thank you :-) Hope you can share anything related with aviation with us.
salam… asri tau tak tugas-tugas seorang marshall aircraft?? thank you
Aircraft Marshaller selalunya bekerja sebagai part-time dan selalunya Marshaller adalah orang ‘ramp agents’ dan ada sesetengah airport pula guna Airside Safety Unit Staff. Kami tak pasti jika ada pekerjaan tetap untuk Aircraft Marshaller kerana marshaling aircraft hanya ketika take-off, landing, taxiing dan parking sahaja. Jika awak berminat hendak mengetahui isyarat tangan (hand signals), kami sarankan anda Google sahaja kerana ia standard satu dunia.
owhh… begitu ke.. saya dah tengok dah hand signals tu… nmpak menarik about this jobs. anyway shukran asri..
Assalamualaikum..usually, during the interview of unikl MIAT what would be questioned? how about the exam..What kind of questions to be asked? and most recently, during an interview what the language will be used ..?
Sila ke muka hadapan blog kami untuk melihat artikel yang baru dikemaskini ;-)
okey..thanks a lot..^_^