AirAsri.com
Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih

Bahagian-bahagian kapal terbang (Basic)

31 July 2010 · 3 comments | Parts of Aircraft |

AirAsia.com Figure at LCCT, Sepang, MALAYSIA.

Kapal terbang (airplane, plane, aeroplane) merupakan sebuah pesawat terbang (aircraft) yang mempunyai dua sayap yang tetap. Berbeza dengan helikopter yang meggunakan bilah berputar atau bilah rotor (rotating blade, rotor blade) untuk terbang. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor.

Sebelum kita mempelajari prinsip bagaimana kedua-dua pesawat ini boleh terbang, kita haruslah mengenali beberapa bahagian-bahagian kapal terbang ini terlebih dahulu.

AirAsri.com Parts of Aircraft

Fuselage: Fiuslaj merupakan badan kapal terbang yang berbentuk silinder. Di sini lah tempat anda duduk, tempat dimana terletaknya beban seperti penumpang dan passenger crew. Fuselage, wings dan tail dipasang secara assembly part.

Wings: Sayap atau dalam erti kata lain sayap yang disambungkan pada fiuslaj. Pada sayap terdapatnya control surface (kawalan permukaan) yang lain. Sayap juga menghasilkan daya angkat untuk terbang dan tempat dimana bahan api dimasukkan.

Portwing: Port Wing merupakan sayap kiri bahagian kapal terbang. Jadi selepas ini anda jangan lagi sebut left wing ya kalau boleh. Gunalah istilah penerbangan yang sesuai.

Starboard Wing: Starboard Wing merupakan sayap kanan bagi kapal terbang. Apa yang ada pada Port Wing ada pada Starboard Wing begitu juga dengan apa yang ada pada Starboard Wing ada juga pada Port Wing.

Landing Gear/Undercarriage: Sebuah sistem dan selalunya beroda, kadang-kadang boleh jadi skid (helicopter) dan float gear (water aeroplane). Ia merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mendarat dan berlepas.

Landing Gear berfungsi menampung beban kapal terbang dan juga terbahagi kepada dua jenis, boleh dilipat (retractable) atau tetap (rigid). Jadi selepas ini jangan lagi panggil tayar kapal terbang ya. Tayar kapal terbang ialah tayar seperti tayar kereta anda tetapi landing gear merupakan sebuah sistem pendaratan termasuklah tayar, sistem hidraulik (hydraulic system) dan rim tayar.

Nose landing gear: Bila kata nose jadi mestilah di depan. Nose landing gear terletak di bahagian depan kapal terbang dan merupakan satu-satu nya landing gear yang boleh berpusing ke kiri dan ke kanan. Jadi, nose landing gear yang mengawal arah haluan apabila kapal terbang di darat.

Main landing gear:  Terletak di bawah dan berhampiran dengan Centre of Gravity kapal terbang. Selalunya ada banyak dan berpasangan. Ia juga berfungsi menyokong beban utama kapal terbang terutamanya dibahagian penumpang dan bahagian kargo.

Empennage: Bahagian belakang kapal terbang. Selalunya ada horizontal stabilizer dan vertical stabilizer.  Merangkumi semua permukaan kawalan bahagian belakang kapal terbang sahaja. Ini adalah bahagian tail section.

Airframe: Ini maksud dia struktur dan rangka kapal terbang. Kita tak panggil dia sebagai body, compartment atau fairing. Airframe adalah istilah bagi rangka dan struktur kapal terbang manakala fiuslaj adalah badan kapal terbang.

Power Plant: Power plant bermaksud engine. Merupakan istilah yang diguna pakai dalam kejuruteraan penerbangan. Power Plant mempunyai banyak jenis. Namum begitu, anda juga boleh memangil turbine engine atau propeller engine. Penutup atau cover bagi turbine engine pula disebut turbine nacelle dan bilah-bilah di dalam turbine engine pula dipanggil turbine blade (bilah turbin).

Kesimpulan

Jadi bagaimana semua? Ini semua merupakan bahagian-bahaian kapal terbang yang paling asas sekali. Setelah anda mempelajari informasi di atas tadi, mulakan lah menggunakan istilah penerbangan yang betul. Penggunaan istilah yang betul dalam sesuatu bidang menunjukkan seseorang itu, seorang yang mempunyai pandangan yang luas serta ilmu pengetahuan am yang tinggi.

Kuiz AirAsri.com
Pada pandangan anda lah, kenapa ya sayap kapal terbang komersil seperti Boeing dan Airbus dipasang di bawah fiuslaj? Kenapa tidak dipasang di atas atau di tengah-tengah fiuslaj?

Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!

Technorati RSS Feedburner Email Twitter Facebook MySpace Google

{ 1 trackback }

Bagaimana kapal terbang boleh terbang — AirAsri.com
19 September 2010 at 10:24 pm

{ 2 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }

1 miss nur 14 October 2010 at 9:20 pm

for stability..commercial aircraft used dihedral wing.
nice website :)

Reply

2 AirAsri 14 October 2010 at 10:15 pm

Add on Facebook Add AirAsri on Facebook.



Ya, true indeed. Thank you for the compliment.

Reply

Have something to say about?

PERHATIAN: Anda dilarang menggunakan singkatan atau short form dalam komen-komen anda. Sila gunakan perkataan penuh dan tatabahasa yang betul. Komen yang mengandungi sebarang singkatan tidak akan dilayan sama sekali.

Tips: Untuk 'Facebook Username' sila letakkan username atau profile id anda sahaja eg: AirAsri atau profile.php?id=123456789 tanpa jarak.

Entri Seterusnya →

Aku bangga dapat masuk UniKL-MIAT nih