Apakah perbezaan diantara aviation, aeronautic dan aerospace?

Apakah perbezaan diantara aviation (penerbangan), aerospace (aeroangkasa) dan aeronautic (aeronautik)? Buat pertama kali nya Asri akan menerangkan perbezaan diantara ketiga-tiga bidang ini.
Aviation (Penerbangan)
Merangkumi bidang kejuruteraan dalam bidang penerbangan seperti bermulanya daripada sekeping kertas cadangan hingga lah ke sebuah pesawat yang mampu terbang.
Aviation juga meluas kepada pembelajaran mengenai teori dan praktikaliti mengenai sesebuah pesawat udara, baik pulih kapal terbang mahupun helikopter seperti pembuatan, penyelengaraan, baik pulih dan modifikasi dan juga teori merangkumi teori seperti aeronautical dan aerospace.
Aviation terbahagi kepada dua bahagian:
- General Aviation: Merangkumi seluruh penerbangan dan pesawat terbang untuk tujuan komersil dan membawa penumpang seperti airlines kapal terbang dan helikopter sahaja dimana undang-undang penerbangan (Air Legislation) diguna pakai oleh airliners dan aviation engineer.
- Military Aviation: Ini tertakluk kepada military sahaja dimana pesawatnya dikategorikan sebagai combat aircraft, fighter dan bertujuan untuk military dan peperangan sahaja.
Aeronautic (Aeronautik)
Merupakan sebahagian daripada aviation engineering. Merangkumi pembelajaran melibatkan teori mengenai pesawat dan udara. Bagaimana pesawat itu boleh terbang, apa kesan jika pesawat itu terbang dalam keaadan macam ini dan macam itu. Biasanya, aeronautical engineers berkerja di industri aeronautic dan manufacturing industri, walaupun ada juga bekerja di syarikat penerbangan.
Kekeliruan sering berlaku pada mereka yang sukar untuk membezakan di antara aeronautical dan penerbangan. Bagaiamanpun prospek aeronautikal di Malaysia begitu kecil jika dibandingkan dengan kejuruteraan penerbangan. Bidang aeronautikal tiada kena mengena dengan kejuruteraan pesawat terbang (aircraft engineering) seperti baik pulih kapal terbang selain susur jalur dari segi jawatan, skop pekerjaan dan perlesenan yang amat berbeza.
Aerospace (Aeroangkasa)
Selain dari aviation dan aeronautic. Pembelajaran ini merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk teknologi masa depan seperti NASA.
Aerospace Engineers terlibat dalam semua aspek Aeronautic (bekerja sama dengan pesawat) dan Astronautics (bekerja sama dengan pesawat ruang angkasa). Mereka melakukan kajian, dan merancang dan mengembangkan sistem untuk kenderaan di luar ruangan atmosfera bumi serta persekitaran angkasa lepas sahaja.
Jadi bagaimana nak membezakan diantara aeronautik dan aeroangkasa? Ha, jawapanya senang sahaja. Aeronautik ialah pengajian yang melibatkan di bawah lapisan atmosfera bumi dan mengambil kira daya tarikan graviti, manakala aeroangkasa pula pengajian melibatkan kawasan di luar lapisan atmosfera bumi yang tidak mempunyai graviti (zero-gravity).
Kesimpulan
Sungguhpun begitu, ketiga-tiga bidang ini sering berhubung kait diantara satu sama lain secara teorinya tetapi praktikaliti dan aplikasi nya jauh berbeza. Sangat keliru bukan? Sekarang anda sudah faham kan apa perbezaan nya? Tetapi kalau anda nak bertanya apa-apa boleh lah komen di komen box di bawah supaya kita boleh berkongsi bersama-sama dengan pembaca yang lain.
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Bahagian-bahagian kapal terbang (Basic)
Entri Seterusnya → Bahagian-bahagian kapal terbang (Control Surface)

















{ 1 trackback }
{ 118 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Hai, thanks for the info pasal aviation.
I memang minat pasal kapal terbang ni
By the way, website anda cantik la design dia. Suka skima warna dan gambar-gambar dalam website ni. Artikel pun senang faham!
Hai, terima kasih kerana menyokong blog AirAsri.com. Asri amat gembira saudari Shakirah faham dengan informasi yang diberikan di blog penerbangan ini. Jangan lupa datang lagi dan awak juga boleh melanggan artikel-artikel di AirAsri.com melalui email.
Terima Kasih ye!
Salam Asri,
Terdapat kekeliruan di dalam penjelasan anda. Cuba lakarkan penjelasan saya ini secara kasar.
Aerospace adalah skop yang utama dan cabang di bawahnya adalah Aeronautics and Astronautics. Cabang di bawah Aeronautics pula adalah Aviation and Manufacturing, manakala cabang dibawah Astronautic adalah Spaceship/Spacecraft dan Satellite. Cabang di bawah Aviation pula adalah Airframe, Avionic and Aviation Management. Dan di bawah Airframe and Avionic boleh pula dicabangkan kepada Maintenance , Repair and Overhau (MRO). Di bawah Manufacturing pula dicabangkan kepada Metal, Composite dan Assembly. Harap saudara Asri mendapat gambaran yang lebih jelas tentang industri dan skop Aeroangkasa ini.
Wassalam.
W’ Salam Alin,
Terima kasih di atas komen anda. Ia begitu terperinci sekali apabila anda cabangkan Aviation itu lebih mendalam kepada Airframe, Avionic dan Aviation Management. Penjelasan mengenai Aerospace juga begitu mendalam.
Namun Alin, diharap semua pelawat dapat membaca komen disetiap artikel yang berkonsepkan ilmiah kerana dengan komen sahaja sesuatu percanggahan pendapat, kekeliruan, salah faham, diskusi dan penambahan serta pengurangan dapat dilakukan.
and lagi satu ye, boleh terangkan skop pekerjaan dalam dunia penerbangan ni. masih samar-samar walaupun dah nak masuk degree. :) thank you ya asri
Skop pekerjaan dalam dunia penerbangan ini sangat-sangat lah luas lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lesen sebagai jurutera penerbangan. Kekurangan personnel dalam bidang aviation lagi-lagi pula mereka yang mempunyai lesen merupakan faktor banyak airliners mengupah pekerja professional yang mahir dari luar negara.
Dalam bidang aviation di unikl miat apakah yang dipelajari?contohnya adakah bidang baikpulih pesawat menjadi keutamaan?
UniKL MIAT adalah universiti kejuruteraan penerbangan dan bukanya kejuruteraan aeroangkasa atau pun aeronautikal dan bukan juga ‘flying school’. Di sini, pengkhususan adalah ke arah Maintenance, Repair dan Overhaul (MRO) bagi sesebuah pesawat terbang komersial sama ada kapal terbang mahupun helikopter. Anda juga akan mempelajari aeroangkasa dan aeronautikal namun pengkhususan lebih kepada ‘Aviation Engineering’. Target utama UniKL MIAT adalah melahirkan License Aircraft Engineer (LAE) dan dalam masa yang sama, anda juga memegang Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang tidak ditawarkan pada mana-mana ‘Aviation School’ yang lain.
Assalamualaikum….
Abang dari UniKL MIAT kan? Apakah kerja yang boleh diterima jika telah
konvo dari pada Unikl MIAT ni? Sebab saya baru ambil result SPM untuk
tahun 2010. Saya berminat dengan aviation, patutkah saya pilih
Universiti ini? Adakah para pensyarah sangat berkualiti atau hebat.
Contohnya macam pelajar mudah faham… Saya amat berterima kasih jika
abang membalas e-mel ini…
Waalaikumussalam,
Hai Amirul, pertama sekali tahniah di atas keputusan SPM anda, kami berharap yang anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Tentang UniKL MIAT, untuk pengetahuan anda, target UniKL MIAT adalah untuk melahirkan License Aircraft Engineer (LAE) dan dalam masa yang sama mempunyai Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda malah lebih tinggi lagi dalam lapangan kejuruteraan kapal terbang. Untuk menjadi seorang LAE anda hanya perlu tahu membaca dan menulis di dalam Bahasa Inggeris dan berkerja di dalam aviation industries selama 4 tahun serta berumur 21 tahun dan ke atas. Itu sahaja syaratnya untuk melayakkan anda menduduki peperiksaan untuk menjadi seorang LAE.
Selain UniKL MIAT terdapat empat buah lagi institusi penerbangan yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan mereka menawarkan kursus yang sama dengan durasi pembelajaran selama 4-5 tahun sebelum anda boleh mengambil lesen namun kos yang ditawarkan adalah tanpa Diploma dan Degree. Selain itu, mereka yang berkelulusan Sijil dan mereka yang terus bekerja dalam airlines selepas tamat PMR atau SPM juga layak untuk menduduki peperiksaan. Peperiksaan dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan bukannya UniKL MIAT atau pun mana-mana institusi penerbangan sama ada diiktiraf atau pun tidak dan bukan juga airlines seperti Malaysia Airlines atau pun AirAsia. Persoalannya di sini, ianya berbaloi jikalau anda berjaya di dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya mempunyai ‘basic license’. Sebelum mempunyai type rating anda perlu bekerja di dalam ‘airlines’ misalnya dan menjalani beberapa prosedur sebelum sah diiktiraf sebagai LAE. Gaji seorang LAE amat lah tinggi buat pengetahuan anda.
Namun, apakah yang anda miliki jikalau anda tidak mempunyai license? Ya, anda boleh ambil berkali-kali dan juga secara menyambil ketika bekerja mahupun belajar namun apakah kelayakan pendidikan tertingi anda? Banyak perkara yang perlu difikirkan balik di sini. Oh ya, begitu juga dengan UniKL MIAT dan semua institusi yang lain, inilah prosedur yang perlu kami, mereka malah mungkin anda sebelum menjadi seorang LAE di Malaysia. Anda juga boleh belajar sendiri dan mengambil EASA Part-66 di British Council sebelum bekerja selama 2 tahun jika anda sudah melengkapkan modul-modul mengikut pengkhususan anda sebelum diiktiraf menjadi LAE.
Kesimpulanya, dengan dua kelayakan anda boleh pilih salah satu untuk jaminan masa depan anda contohnya jika anda ada Degree + License dan jika tiada License gunakanlah Degree anda untuk bekerja atau sambung belajar ke tahap lebih tinggi. Harap semua faham untuk menjadi seorang jurutera penerbangan sehingga lah mempunyai Type Rating sesebuah kapal terbang bukanya mudah. Ia mengambil masa yang amat lama dan tidak kisah lah di mana anda belajar dan apa jurusan sekalipun, jika ada kesungguhan kejayaan milik anda ;-)
Mengenai pensyarah di UniKL MIAT, mereka ialah dalam kalangan orang aviation yang ada juga LAE, bekas jurutera TUDM, certifying aircraft personnel, lepasan graduan aerospace dan aeronautikal dalam dan luar negara serta mereka yang mempunyai certification dalam pengkhususan aviation field masing-masing seperti airframe dan power plant dan mereka sangat-sangat lah berpengalaman. Dirumuskan, pensyarah UniKL MIAT ialah terdiri daripada orang dalam kalangan aviation dan pengalaman mereka dalam teori dan lebih-lebih lagi hands-on amat lah bernilai. Sepanjang kami di UniKL MIAT kami tiada masalah untuk memahami apa yang kami pelajari, ini bukannya bidang yang di mana anda perlu membuka buku dan menelaah sendiri, mereka akan menerangkan setiap benda dengan terperinci tentang subjek yang diajar.
Sebagai seorang lepasan SPM, kami amat suka dengan sikap anda yang membuat carian sebelum memasuki mana-mana universiti. Untuk menambah pengetahuan anda juga, rajin-rajin lah berkunjung ke sebarang karnival pendidikan dan juga kerjaya kerana banyak maklumat dan pendedahan boleh anda boleh perolehi di sana. Anda juga boleh datang ke UniKL MIAT sendiri dan bertanya mengenai UniKL MIAT dan prospektus anda selepas graduate serta ‘path to become LAE’.
Untuk pertanyaan tentang licensing kami sarankan anda membuat carian dan case study terlebih dahulu kerana ia lebih mudah untuk anda memahami dan jika ada masalah anda boleh bertanya di sini. Jadi tepuk dada, tanya selera ;-)
UPDATE: Senarai mengikut turutan tahun pengiktirafan ATO oleh DCAM.
1. UniKL MIAT (ATO/0001/08)
2. METC (MAS) (ATO/0002/09)
3. APR-ATC (ATO/0003/09)
4. DILOG-ATC (ATO/0004/09)
5. MATA Aviation (ATO/0005/10)
salam,
dengan sijil degree yang diperolehi oleh pelajar, apakah jawatan yang selayaknya bagi pelajar tersebut?
W’salam
Anda boleh juga menjadi Technical Service Engineer selain itu ada banyak lagi peluang pekerjaan lain, tidak semestinya anda belajar dalam pengkhususan penerbangan anda seharusnya kena berkerja di dalam industri penerbangan. Kadang-kala apa yang anda belajar tidak semestinya selari dengan pekerjaan anda. Selain itu, loji jana kuasa juga menggunakan turbin dan terdapat banyak lagi pekerjaan dalam lingkungan silibus pembelajaran kejuruteraan penerbangan yang boleh di aplikasikan di tempat lain.
Assalamualaikum.
saya lepasan spm 2010 dan saya memang berminat sangat untuk menjadi LAE. Saya dah buat kajian tentang LAE dan saya juga telah pergi ke APR dan juga MATA untuk bertanyakan tentang LAE. Saya telah apply foundation di unikl dan saya nak tahu path untuk menjadi LAE di UniKL MIAT selepas habis buat foundation and degree in aircraft engineering.
Waalaikumussalam,
Sila rujuk komen kami di: Path to become LAE.
salam…
saya nak tanya sikit boleh tak???
saya neh bakal habiskan pengajian dari matrikulasi….
saya teringin nak ambil kos aeronautik dekat UNIKL MIAT…
ada ke kos untuk program degree aeronautik dekat MIAT tu???
W’ salam,
UniKL MIAT tidak menawarkan kos kejuruteraan aeronautikal, hanya kejuruteraan penerbangan sahaja.
p/s: Sila komen dengan ayat yang penuh selepas ini ;-)
Terima kasih ;-)
Jawapan pertama:
Sila rujuk komen kami di: Path to become LAE.
Jawapan kedua:
Artikel akan menyusul selepas ini tentang pengalaman berkerja di Malaysia Airlines. Namun sekarang tengah berkerja, sibuk sedikit la dik (0_o)v
salam….saya masih keliru mengenai soalan berikut:
a)bagaimana kah cara pengambilan pelajar ke unikl miat ini?
b)apakah jalan terbaek untuk ke unikl miat ini?
c)setahu saya,unikl menawarkan program foundation in science and technology.adakah selepas menghabiskan foundation tersebut,unikl akan menawarkan saya untuk memasuki unikl miat kelak?
d)berakah bayaran yuran disana,dan adakah MARA akan menanggung semua kos pembelajaran sekiranya keputusan peperiksaan begitu cemmerlang?.
saya berasa bangga dan terharu sekali sekiranya saudara sanggup berkongsi bersama saya…terima kasih
W’salam,
a) Anda akan disaring terlebih dahulu dengan ujian IQ Test sebanyak 50 soalan dalam masa 30 minit tanpa sebarang kalkulator dan alat bantuan yang lain di dewan bersama dengan semua pemohon. Selepas itu barulah anda akan ditemuduga sama ada secara berkumpulan atau individu. Anda mesti lulus ujian IQ Test dengan syarat lulus 3/4 soalan daripada 50 soalan tersebut.
b) Masuk Diploma dahulu, kerana syarat untuk menjadi License Aircraft Engineer amat minimum disamping anda sudah mempunyai Diploma kelak berbanding mereka yang memasuki dari foundation dan matrikulasi. Namun itu pendapat peribadi kami, apa yang penting kemahuan anda, kami hanya boleh membantu.
c) UniKL memang menawarkan jurusan itu di Kuala Nerang, Kedah namun itu adalah foudation UniKL bukanya UniKL MIAT, setahu kami anda sendiri yang akan memohon untuk memasuki UniKL MIAT dan proses kemasukan adalah seperti biasa seperti di jawapan (a).
d) Setakat ini pelajar UniKL MIAT ditaja dengan Skim Pembiayaan Terbuka (SPT) atau dengan namun mudah, biasiswa mudah-alih. Anda akan diberi elaun bulanan yang berbeza sama ada Diploma dan Degree, serta yuran pengajian anda akan dibayarkan olen MARA sepenuhnya dan anda juga akan mendapat elaun tahunan seperti elaun perkakasan, buku dan tiket penerbangan (Sabahan dan Sarawakian). MARA beri pinjaman ini bersyarat dan jumlah pengurangan bergantung kepada prestasi akademik anda. Jumlah bayaran balik amatlah sedikit. Untuk mendapatkan kemudahan ini, anda perlulah seorang Bumiputra yang layak mengikut syarat yang ditetapkan oleh MARA.
Assalamualaikum….boleh tak explain pasal EASA Part 66 Programme?
Waalaikumussalam, Tentang UniKL MIAT – EASA Part 66 Programme boleh bertanyakan dengan pengelola program itu sendiri di UniKL MIAT EASA Part 66
nak tanya :
– apa beza antara avionic dan aviation?bidang yang sama ke?
- saya pelajar lepasan spm 2010, apakah program degree yang boleh saya ambil selepas saya selesai program diploma dalam aeroplane maintenance? bolehkah saya ambil program Aircraft Maintenance License Programme – EASA Part 66 ?
terima kasih kerana sudi membantu : )
1) Sila buat carian, tentang apa itu avionik ada di komen salah sebuah artikel di blog kami. Boleh cari di sana Tentang AirAsri
2) Dua-dua awak boleh ambil, program Degree di UniKL MIAT ada 3, boleh pilih salah satu. EASA Part-66 pun awak boleh ambil juga.
salam..
saya tengah keliru sangat ni..
saya sebenarnya nak jadi aeronautik engineer, adakah aeronautik engineer pun ade lesen juga?
apakah pendapat awak kalau saya nak belajar course ni di Toulouse, France?
kalau boleh, tolong terangakan lebih lanjut tentang aeronautik ni…tolong ye..
thanks.
W’salam,
Tentang aeronautik kami tidak boleh komen secara mendalam kerana ia bukan dalam bidang kami. Nak belajar di Tolouse lebih baik ambil aviation kerana Toulouse adalah bandar penerbangan Perancis kerana pesawat Airbus lahir di situ.
thanks for suggestion..
nak tanya lagi, saya pernah dengar ada orang cakap yang LAE ni valid di negara komenwel sahaja..betul ke?
kalau saya nak sambung belajar di tolouse dalam aviation, adakah saya pun kene ambil lesen seperti LAE?
Jika awak nak sambung belajar, sambung sahaja belajar, tidak perlu ambil lesen. Lesen sebagai LAE hanya sah di negara dimana lesen awak itu dikeluarkan contohnya DCA dan conversion ke lesen lain mengikut air law negara itu jika negara itu menerima pakai atau mengiktiraf lesen sesebuah negara lain.
assalamualaium..
manakah lebih baik..masuk diploma dahulu atau buat foundation dengan UniKL untuk menjadi seorang LAE..
*kalau boleh huraikan dengan lebih lanjut the pros and cons kalau ambil diploma dan foundation di UniKL
…..
thanks
Kami ada komen tentang soalan ini di artikel ini. Sila baca komen itu kerana ia diterangkan dengan amat panjang lebar.
salam…
Asri saya dah baca mengenai LAE, dan Asri kata sesiapa yang bekerja dalam aviation industries selama 4 tahun dan berumur 21 tahun ke atas boleh mengambil peperiksaan LAE. Adakah pekerjaan sebagai aviation manager juga boleh mengambil lesen itu?
W’salam,
Tidak, hanya mereka yang terlibat dengan aviation engineering sahaja, berpengalaman selama 4 tahun dalam industri penerbangan dan bekerja dengan ‘live’ aircraft sahaja. Ia merujuk kepada aviation engineering sahaja.
assalamualaikum…
saya lepasan spm 2010 telah ditawarkan masuk ke foundation unikl…
nak tanya
a) jika nak masuk degree ke UNIKL MIAT perlu ditemuduga.. dan jika seseorang itu gagal temuduga.. apakah perlu dibuat..
b)gaji basic seorang jurutera kapal terbang berapa??
c)jika pelajar UNIKL MIAT selesai konvoi apakah syarikat penerbangan akan mengambil secara automatik untuk bekerja???
terima kasih atas semua jasa baek anda…
Waalaikumussalam,
1) Gagal ujian IQ, anda tidak dibenarkan ke sesi temuduga, kena balik rumah. Gagal interview anda akan tahu setelah semak status anda secara online setelah ditemuduga. Kalau gagal cuba lah buat rayuan tetapi jangan mengharap sangat masa rayuan. Prosedur rayauan sila lihat di UniKL Admission.
2) Bergantung kepada syarikat mana anda berkerja, gaji adalah rahsia. :-)
3) Selesai konvoi? LOL… Tidak anda tidak akan terus diambil berkerja. Namun jika anda seorang engineer, mereka akan cari awak. Jadi kesimpulanya lesen itu penting.
Sama-sama (~.~”)v
satu lagi soalan…
jika seseorang itu tidak layak untuk mengambil lesen… adakah ia boleh bekerja sebagai jurutera kapalterbang..
terima kasih… he9:)
Mestilah tidak dik :-)
I am very interest in the aircraft … I want to ask some more questions … airasri please do not mind … for the knowledge …
questions
a) you talk to get Lae worked for 4 years and if after I get out of UNIKL MIAT do that job opportunities are very large for an aircraft engineer?
b) how I want to work in the airline in malaysia?
c) if I can not work as aircraft engineers .. Can I work as an engineer who has no majors section planes?
d) how many UNIKL MIAT graduates who worked as an aircraft engineer?
e) Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics) with
Bachelor of Aircraft Engineering Technology (Hons.) in mechanical scope of work for which highly large ..?
millions thanks immensely for spend time to answer this question ..
all is greatly appreciated kindness .
a) Semestinya, jangan target MAS dan AirAsia sahaja, besarkan skop anda.
b) Macam-macam position kerja ada di airlines ni, kalau nak sebagai engineer kena ada lesen juga. Tanpa lesen walaupun anda ada Degree atau Master ia tidak boleh menjadikan anda sebagai jurutera penerbangan.
c) Jawapan sama seperti di jawapan (b)
d) Kami hanya pelajar biasa, boleh cuba hubungi UniKL MIAT untuk penjelasan lanjut, lesen bukan dikeluarkan oleh pihak UniKL MIAT jadi belajar mana-mana pun sama sahaja tiada unsur ‘bias’. Siapa yang belajar bersungguh-sungguh dia akan berjaya.
e) Jawapan sama seperti di jawapan (b) dan (c)
Salam En Asri, kalau saya sudah mempunyai Diploma kejuruteraan elektrik. boleh ke saya sambung buat degree in avionik. apakah cabang yang saya boleh terima selaras dengan diploma kejuruteraan elektrik.
W’salam
Boleh. Kalau sudah ada Diploma dalam Elektrikal, kami rasa Degree dalam Avionik paling sesuai.
Saya pernah tengok macam mana engineer dan technician bekerja untuk membuat maintenance di MAS Subang. hmm dapat la tengok macam mana kapal terbang tu bogel.hehe… tak silap ade level A,B,C, dan overhaul kan ? dan lagi satu avionik ni pasal wayar/elektrik kan ? kalau saya berjaya dapat Degree in avionik. adakah saya dikira technician or engineer ?
Ya, ada pelbagai level check, kami rasa jawapan yang lain pada soalan anda sudah dijawab dalam komen-komen artikel ni.
salam
question
dah macam mana nak dapat lesen jika tidak bekerja selama 4 tahun??
asri cakap kene bekerja dulu untuk dapatkan lesen.. saya tidak berapa faham la.. saya dah baca semua komen diatas…
Ya betul, itu kalau awak nak masuk di aviation school yang selain daripada Approve Training Organization. ATO dalam Malaysia yang diiktiraf oleh DCA ada 5 buah sahaja. UniKL MIAT adalah yang pertama dengan approval number AT0 0001/08 pada 24 Jan 2008. Jadi semua ATO ada kelebihan iaitu selepas tamat sahaja training, awak kena kumpul segala kerja yang awak lakukan selama 6 bulan praktikal dan terus hantar ke DCAM melaui UniKL MIAT. Kalau awak belajar di aviation school yang tiada approval, anda kena berkerja dahulu seperti biasa sebelum layak untuk menduduki peperiksaan LWTR.
Tetapi sekarang DCA dah ke arah rules baru mejelang penggal ke dua tahun ini. Sebarang kemaskini akan diberitahu kelak. Boleh ke website DCA dan buat research sediri untuk keterangan lanjut tentang DCAM Part-66.
maaf kurang penjelasan…
abg asri cakap jika mahu mendapatkan lesen LAE syarat dia mestilah bekerja selama 4 tahun.. apakah pekerjaan yang dilakukan?? dimana mahu bekerja??
Kerja sebagai engineering and maintenance crew di mana-mana aviation company.
salam..
apakah pekerjaan dalam bidang kejuruteraan mekanikal(aeronautik) di UTM?? adakah di malaysia mempunyai pekerjaan seperti itu.. dan adakah ia juga perlu mengambil LAE untuk bekerja??
thanks for everthing..
Skop pekerjaan dalam bidang aeronautikal dan aeroangkasa di Malaysia kami tidak pasti. Anda boleh bertayakan soalan ini kepada mereka yang menceburi lapangan ini :-) Namun, aviation industries hanya memerlukan LAE sahaja dan mereka mestilah mempunyai latar belakang aviation seperti tempat belajar, pengalaman bekerja dan log book.
ok2 thanks for everything…
blog asri telah menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang aviation.. saya dah buat a good decision saya akan masok study kat kolej mara kuala nerang dan sambung pengajian kat UNIKL MIAT… saya nak tanya jika saya dapat skore masa degree nanti adakah bayaran pinjaman mara akan dikurangkan.. boleh beri penjelasan..
thanks
(~.~”)v Terima kasih ~~~
Memang ada pengurangan dalam bayaran balik yuran pengajian oleh MARA namun prosedur dan jumlahnya apabila awak masuk UniKL MIAT nanti mereka akan beri taklimat kepada awak. Pertama masa memohon dan kedua masa nak bayar balik masa disemester akhir.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadikan blog kami medium sebagai tempat anda membuat carian sebelum masuk mana-mana menara gading :-)
satu lagi..
saya cuma mahu tahu jew.. berapa basic salary jurutera MAS.. adakah gaji mempengaruhi pangkat pengajian kita?? i hope you give the best answer.. please.. ini untuk menambahkan my passion to be successful..
thanks.. I hope you do not fiber to my question..
all help is greatly appreciated
Secara kasar kalau MAS ‘fresh LAE’ dalam 4K. Skim gaji termasuklah basic salary+elaun teknikal+elaun type rating :-)
Assalamualaikum.
lepas habis degree kat miat.
nak ambil lesen berapa lama?
dengan degree aircraft maintenance tanpa lesen ada kerja tak?
sambil nak tunggu lesen?
W’salam,
Lesen yang LWTR nak ambil satu hari sahaja, nak study tu yang lama. Walau bagaimanapun, tentang perlesenan DCA Malaysia akan menggunakan “New Regulation ” bermula Julai 2011 jadi untuk junior kami tiada lagi LWTR.
Sambil nak tunggu lesen buat lah benda yang berfaedah dan cari lah kerja dengan menggunakan Degree tu.
antara aeronautic dan aviation mangement,yang mana satu lg bagus dan berpotensi untuk mendapat pekerjaan kelak?
Secara peribadi adalah aviation management.
salam..
jika saya gagal untuk interview DEGREE miat.. dan juga gagal untuk rayuan miat.. adakah ada cara lain untuk masuk MIAT… yang itu saya paling risau kerana tujuan saya masuk UniKL untuk semata mata ingin masuk ke MIAT.. saya sekarang nie tengah pening.. saya dapat tawaran asasi kejuruteraan UiTM, matrik teknikal kedah n Fist KMKN.. yang mana satu dapat menjamin kerjaya masa depan??
thannks99.. hope you reply… pleaze
Semua asasi dan matrikulasi, tidak mohon mana-mana Diploma ke? Awak patut tahu apa itu asasi dan matrikulasi dan tiada jaminan apa-apa bagi asasi dan matrikulasi. Anyway, awak ada tiga pilihan, jadi terpulanglah kepada anda, pilihlah yang mana anda rasa bagus ;-)
salam,saya ingin bertanya sekiranya saya mengambil degree avation management di miat selepas itu bolehkah saya ingin mengambil lesen untuk menjadi seorang LAE? Saya memohon maaf sekiranya pertanyaan saya agak mengarut. Berdasarkan komen di atas “sekiranya ada degree atau diploma tetapi jika tidak mempunyai lesen tetap tidak boleh menjadi LAE”.
W’salam,
Tidak. Komen tersebut tertakluk kepada Diploma dan Degree dalam aircraft engineering sahaja :-)
salam,saya mendapat tawaran dari admal aviation college.saya agak terkilan kerana tidak dapat belajar di unikl miat.adakah pembelajaran,yuran dan pinjaman mara disediakan di admal aviation college?saya dengar khabar angin bahawa kos di admal aviation college lebih mahal berbanding unikl miat yang menyediakan pinjaman mara.adakah saya akan mendapat lesen dari DCA jika belajar di sana?
W’salam
Yuran kos di Admal Aviation College, walaupun mahal sedikit daripada UniKL MIAT namun ia tetap murah, tiada IPTA yang tawarkan kos ini di dalam Malaysia. Ia ditawarkan oleh organisasi persendirian sahaja. Harga yuran pengajian di UniKL MIAT dan Admal Aviation College jika dibandingkan dengan Approve Training Organization yang lain, macam langit dengan bumi.
Tentang Admal, ia masih baru walaupun ia membuat kolaborasi dengan UniKL MIAT dan UniKL mengeluarkan sijil Diploma anda. Kami sarankan anda menelefon Admal untuk penjelasan yang memuaskan tentang skop seperti licensing path setelah belajar di Admal ;-)
tapi saya lebih berminat untuk belajar di unikl miat.saya memohon untuk program diploma of aircraft maintenance technologhy ketika sesi temuduga yang lepas.di admal aviation college,saya ditawarkan diploma of engineering technologhy(aeroplane/avionics).adakah kos ini berbeza dengan aircraft maintenance?saya telah membuat keputusan untuk membuat rayuan kepada unikl miat.apakah cara paling sesuai untuk membuat rayuan?surat atau e-mail?
Prosedur rayuan ada di laman UniKL Admission.
Ape pendapat anda mengenai kursus jurutera pesawat di malaysia airlines engineering training centre(metc) dan bagaimanakah cara untuk menyertai aviation school ini ?
METC hanya terbuka untuk anak-anak MAS dan FELDA sahaja. Untuk pengambilan orang awam, sila ke aviation school yang bernama Dilog ;-) Kedua-dua aviation school ini adalah Approve Training Organization sama seperti UniKL MIAT cuma yuran pengajian mereka adalah harga sebenar sebuah kos aviation engineering ;-) Lain-lain tentang mereka, sila buat carian sendiri (~.~)’)v
saya nak tahu peluang pekerjaan untuk engineer aeronautik di malaysia
Kami tiada apa-apa sumber tentang aeronautikal engineering, mungkin awak boleh bertanya kepada mereka yang belajar dalam bidang ini seperti UIA, UTM dan UPM.
Boleh terangkan sikit pasal perbezaan courses MIAT ni?
1.Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance
2.Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
3.Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance
4.Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composite)
5.Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing)
6.Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics)
dan kenapa MIAT sahaja yang memecahkan course berkaitan dengan Maintenance Engineering sedangkan institut2 lain seperti di Nilai hanya menyediakan satu jenis? Terutamanya 1 dengan 6,serta kewujudan pengkhususan 1,4,5,6.
PS:
1.Any idea when it will be reopened for the next batch?
2.Would my CGPA be of any use when applying?
Secara kasar 1,3 dan 4,5,6 lebih kurang sahaja kerana kos 4,5,6 ialah kos lama manakala kos 1,3 ialah kos baru. Perbezaan paling ketara ialah durasi pengajian dan pengkhususan setelah di 2 Semester terakhir bagi kos 4,5,6. Selain daripada itu ianya lebih kurang sahaja. Untuk penjelasan yang memuaskan boleh bertanya dengan admin UniKL MIAT sendiri.
Intake seterusnya ialah pada bulan Januari 2012 dan tarikh bila boleh mohon sila rujuk akhbar-akhbar tempatan dan laman rasmi UniKL MIAT dari masa ke semasa dan CGPA anda memang digunakan ketika memohon masuk nanti.
Assalamualaikum… :)
Adakah peluang untuk menjadi engineer aircraft luas setelah mendapat degree dan mendapatkan lesen?
Adakah saingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini sangat sengit?
Thousand of appreciations….
Assalamualaikum… :)
Apakah subjek SPM yang paling patut dikuasai untuk menjadi seorang engineer aircraft?
Sains Teknikal dan Sains Tulen. Lain-lain aliran pun boleh sebenarnya nanti masuk sini anda akan belajar benda baru ;-) Don’t worry =.=
Assalamualaikum… :)
Apakah kriteria fizikal untuk menjadi seorang engineer kapal terbang dan mendapatkan lesen? adakah mereka tidak membenarkan yang contohnya fizikalnya rabun jauh dan dekat, ataupun rabun warna dan lain-lain? adakah semua ini diambil kira…
Thanks….
W’salam
Rabun warna mungkin kerana dalam aviation engineering warna banyak memainkan peranan seperti membezakan jenis-jenis pipeline dalam aircraft. Sila rujuk UniKL MIAT tentang status rabun warna bagi mereka yang membuat medical check-up sama ada boleh diterima masuk atau tidak.
Jadi maksudnya orang yang mempunyai masalah rabun warna memang tidak dibenarkan untuk mengambil lesen lah?
Tidak, jangan terus ke situ, itu hanya kemungkinan yang belum pasti sahaja. Sebab itu kami sarankan anda tanya dari mereka yang lebih arif tentang aviation engineering ini. Anda jangan risau, tiada apa perlu dibimbangkan ;-)
salam abang…boleh abang kongsi bagaimana masuk ke Unikl MIAT…saya ada cita cita ke sana….bagaimana study abang? mohon di kongsi
W’salam,
Semua tentang kami sila baca di halaman About AirAsri ;-)
Salam,
Baru-baru ni saya mendapat tawaran pre russian engineering di unikl miat.boleh saya tau,sekiranya saya tamat program foundation ni adakah saya boleh pilih sama ada untuk mengambil bidang marine atau aeronautik?dan adakah pelajar foundation juga harus mengikuti orientation day di situ?terima kasih
Kalau sudah Pre-Russian di UniKL-MIAT masuk Aviation Engineering la nanti, namun Pre-Russian amat berbeza dengan Diploma/Degree yang ada di UniKL MIAT selain ia amat terpencil dan terasing ;-) Untuk maklumat tentang jurusan anda sila tanya senior course-mate anda.
salam En Asri,
Saya seorang fresh graduate Chemical Engineering. Saya nak minta pendapat En Asri tentang cara-cara untuk mendapatkan lesen untuk menjadi Aircraf Maintenance Engineer ni. Adakah saya perlu mengambil degree skali lagi (4 tahun) ataupun saya layak mengambil program EASA part 66 ( 2 tahun ) di UNIKL. Macam mana dengan intake? berapa kali setahun?
Terima Kasih kerana membantu.
Tidak perlu rasanya lebih-lebih lagi dengan ‘new rules’ yang telah dilaksanakan sekarang oleh DCA Malaysia. Untuk licencing path yang terkini boleh baca Airworthiness Notices 1101 di website DCA dalam kategori Airworthiness. Intake UniKL-MIAT setahun 2 kali dengan Degree untuk Mechanical dan Avionic sekali setahun bagi ‘open intake for public’. Bagi EASA Part-66 di UniKL MIAT, ia amat berbeza dengan Diploma dan Degree, untuk itu sila hubungi UniKL MIAT dan berbincang dengan coordinator program.
terima kasih..
now everyone can fly with air asri
Mohon share (:
boleh saya tanya?berape pointer saya kena dapat untuk masuk ke UniKL MIAT?sekarang saya tengah ambil asasi kejuruteraan …terima kasih..
CGPA 2.00, itu ialah standard bagi semua IPT dibawah MOHE. Namun kelebihan jika CGPA anda tinggi dan datang dari Asasi UniKL ;-)
Assalamualaikum,,
saya ingin bertanya apa yang kita belajar dalam bidang aviation management??
Waalaikumussalam.
Kami dari Engineering, untuk pengetahuan anda, Bach. Hons. Aviation Management tidak sama dengan Diploma/Bach. Hons. Engineering dari segi silibus pembelajaran dan juga kalendar akadmik, pendek kata tiada kena mengena. Mungkin anda boleh bertanya di Facebook AirAsri atau Facebook UniKL MIAT ;-)
ASSALAMUALAIKUM
saya ingin bertanya, apakah perbezaan MATA dengan UNIKL MIAT?
dan pada cadangan encik Asri, pusat pengajian manakah yang terbaik untuk di pilih
Waaalaikumussalam,
Semuanya sudah dijawab di dalam komen-komen dalam artikel ini dan untuk jawapan pada soalan no. 2 anda, saya rasa setiap pengunjung yang datang ke blog kami tahu mana institut terbaik pilihan kami, ianya sangat jelas.
Abang asri saya cukup minat la ngan blog abang.Sebab itu la saya nak tanya mengenai kelayakan jika saya ingin menjadi jurutera kapal terbang ni.Lagi pun saya tak lama lagi nak habis sekolah dah so i really need your advise about this.Tolong ya
Terima kasih, untuk menjadi seorang jurutera kapal terbang the complete guide adalah Airworthiness Notices anda perlu baca bermula daripada AN 1101 – AN 1201 sebagai basic untuk anda faham bagaimana, bila dan dimana ;-)
Salam Asri
Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kerana mendapat banyak maklumat dari blog saudara dan untuk pengetahuan saudara saya telah pun diterima masuk untuk intake JAN 2012.
Saya ingin bertanya kepada saudara tentang skop pembelajaran bagi kos Banch. Of Aircraft Engineering Mechanical..adakah ia mengenai bahagian kerangka(frame) atau engine..
Penerangan anda amat dihargai…terima kasih..
Wassalam,
Alhamdulillah, sama-sama apa yang kami ada kami kongsi dan yang selebihnya datang dari usaha anda dan keberkatan daripada Allah.
Tentang persoalan awak, Degree Mechanical di UniKL MIAT adalah sebuah jurusan versatile yang multipurpose kerana anda akan belajar Mechanical Engineering dan Aviation Engineering pengkhususan Mechanical. Ya, airframe and power plant SERTA electrical and electronic fundamental yang menjadikanya Mechanical Engineering serta subjek yang requirement industri kejuruteraan seperti CAD dan subjek lain yang bukan kejuruteraan seperti keusahawanan dan lain-laian sebagai persedian melangkah ke alam pekerjaan. Jadi selepas awak graduate sahaja daripada UniKL MIAT, bukan aviation industri sahaja awak boleh kerja malah pelbagai.
Sebagai pelajar Degree dan pelajar baru awak harus menerima input positif dan selalu mencari yang yang positif tentang UniKL MIAT kerana ianya akan memudahkan awak sepanjang di UniKL MIAT nanti.
assalamualaikum,
saya ingin bertanya beberapa soalan,
1- bolehkah sekiranya saya dari diploma mechanical (pure) untuk melanjutkan pengajian saya dalam degree aeronautik,aviation, mro or etc.?
2- adakah saya perlu menamatkan bidang mechanical saya ke tahap degree terlebih dahulu??
thanks.
salam asri,
saya ada soalan yang ingin ditanyakan..
1)kalau kita nak ambil course aeronautic or aerospace,adakah kita perlu menghadiri interview terlebih dahulu?
2)apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang itu untuk mengambil jurusan ini seperti ukuran tinggi,berat badan dan keupayaan mata(rabun atau tidak)?
Wassalam.
1) Bergantung kepada universiti, contohnya UniKL, UniKL MIAT dan UniKL MIMET ada interview, lain-lain kampus UniKL tiada. Lagi satu UiTM, kos TESL dan Mass Communication ada interview tetapi engineering tiada.
2) Setakat ini tiada namun bagi kos Aviation, buta warna tidak boleh kerana dalam Aviation banyak menggunakan color coding.
thanks asri..
it’s help me a lot
Assalamualaikum…..saya nak tanya , apakah pekerjaan yang boleh saya ceburi selepas grad kursus Aeronautical Engineering (Professional Piloting) kelak ?
Wassalam, tiada apa yang boleh kami komen kerana Aeronautikal dan Aviation adalah dalam skop yang jauh berbeza. Mungkin anda boleh cari jawapan pada soalan anda di sumber yang lain.
salam,
apakah perbezaan antara aircraft design engineer dan aircraft maintenence engineer???
bagaimanakah cara untuk menjadi aircraft design engineer???
salam,
saya amat berminat dalam bidang kejuruteraan aeronautik dan bercadang untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang tersebut.saya ingin mengetahui sama ada bidang ini mempunyai peluang pekerjaan di Malaysia.bagaimana pula dengan pendapatan sebagai seorang jurutera aeronautik.
Wassalam.
Kami tiada sumber yang banyak tentang Kejuruteraan Aeronautikal. Oleh itu kami sarankan anda membuat carian mengenainya pada sumber yang lain.
salam,saya baru berusia 17 tahun,jadi saya sangat minat dengan kapal terbang ni.ape patut saya buat selepas terima result pada tahun 2013 nanti.adakah saya perlu mendaftar dengan unikl ataupun mana-mana kolej yang menawarkan kursus yang sama dan satu lagi apakah syarat kelayakan untuk menceburi bidang ini?
Wassalam.
Bagus anda merancang hala tuju anda sangat awal dan soalan anda menunjukkan anda mempunyai target yang tersendiri. Syarat kemasukan ke mana-mana universiti dibawah MOHE adalah sama sebenarnya iaitu 5 Kredit / Kepujian tidak kisahlah IPTA/IPTS. Walaupun anda bukan dalam jurusan sains tulen atau sains teknikal, anda masih lagi boleh memohon.
Namun ramai pelajar tidak faham apa itu syarat minimum oleh itu sesiapa lebih bagus, lebih banyak A, lebih cemerlang dalam sesi temuduga lebih senang dipilih.
salam..saya lepasan diploma in electrical engineering.so,saya bercadang untuk menyambungkan pangajian dalam bidang aircraft.in aircraft engineering technology ada 2 course yang bebeza iaitu in mechanical and avionic.yang mana satu ada berkaitan dengan electrical??
Wassalam.
Kos Avionic Engineering lah yang paling sesuai untuk anda ;-)
salam..tumpang lalu..hehe
saya pelajar lepasan spm 2011..saya sedang mencari-cari pekerjaan yang sesuai untuk saya kelak.blog ini telah memberi minat kepada saya untuk bekerja sebagai engineer kapal terbang.saya memang berminat untuk menjadi engineer,tapi bingung dengan bidang kejuruteraan apa yang harus saya ambil.so,saya nak tanya beberapa soalan ni..
a) berapa gaji permulaan dan maksimum utk engineer bidang ni?bagi tahu please?thanks
b)kalau kerja dalam bidang ni sibuk?berapa jam sehari?thanks
c)ada scolarship yang boleh tawarkan pembelajaran dalam bidang ni?thanks
d)apa pekerjaan dalam bidang ni yang mempunyai pendapatan paling tinggi?thanks
itu sahaja soalan-soalan saya.terima kasih encik asri kerana membuka blog ini :D
Waasalam,
a) Fresh engineer basic + elaun teknikal + elaun Type Rating hampir RM 3.2K
b) Minimun 10 jam atau 12 jam.
c) Kalau awak anak FELDA sila mohon masuk ke DILOG. Di UniKL MIAT tiada sebarang biasiswa awak ada pilihan MARA/PTPTN.
d) Setakat ini, mana-mana industri pun nak gaji tinggi kena duduk dekat management atau dunia korporat.
Assalamualaikum.
Em, result SPM saya lagak seorang yang pintar dengan 5B1C1D3E.
E-physic chemistry and civil engineering.
D-addmath
C-english
B-selebihnya
agak agak dengan berbekalkan result terbabit, ada tak peluang untuk saya diterima ? saya dah apply Unikl MIAT.
thanks a lot.
Wassalam, kalau ikutkan dari syarat kelayakan minimum anda layak, namun kami bukanya staf di bahagian pengambilan pelajar ;-)
salam
boleh tak Bro Asri explainkan apa perbezaan antara DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN AVIONICS MAINTENANCE and DIPLOMA IN AIRCRAFT MAINTENANCE TECHNOLOGY (AVIONICS) ?
Mana lagi yang menjadi pilihan? :)
Wassalam,
Kalau nak pilih kami sarankan pilih jurusan Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance kerana ia jurusan baru yang diulangkaji dari jurusan lama iaitu Diploma of Aircraft Maintenance Technology (Avionics) selain silibus yang lebih bertepatan dengan sistem perlesenan sekarang iaitu DCAM Part-66.
DET durasi pengajian adalah 3 tahun, manakala DAMT adalah 3.5 tahun. Kami secara peribadi menggalakkan sesiapa yang bertanya agar memilih kos yang baru itu selain silibus lebih baru, pengesahan MQA pun ada ia juga satu sem lebih pendek berbanding kos lama.
Betul ke saya dengar tak ramai perempuan yang belajar di MIAT ? Saya dah apply MIAT dan masih terfikir tentang nasib saya kalau tak ramai kawan perempuan ;( Terimakasih .
Ada lah, kalau awak ada dengar macam itu memang ada sebenarnya tetapi itu dulu. Sekarang semenjak kemasukkan 2011 yang baru-baru ni ramai juga perempuan tetapi memang nisbah kalau dalam kelas dan jurusan memang lelaki ramai tetapi dalam satu satu jurusan tu mesti ada lelaki dan perempuan. Ala, kalau tak ada orang nak kawan dengan awak, kami kan ada. Kita boleh jadi kawan baik apa ;-)
temuduga untuk MIAT biasenya dia tanya apa ya?
Cuba rajin-rajinkan diri baca artikel di blog ini terutamanya dibahagian komen. Mesti anda akan dapat sesuatu ;-)
Saya perlu hadirkan diri dalam temu duga kejuruteraan aeronautik(penerbangan profesional).Adakah anda ada tips yang boleh dikongsi?