Apakah makna dan konsep Aerofoil

Aerofoil atau Airfoil sering dikaitkan dengan aerodinamik dan apabila disebut tentang aerofoil perkara pertama yang kita bayangkan adalah sayap kapal terbang. Namun begitu, aerofoil bukan nya bermaksud aerodinamik atau sayap kapal terbang.
Definisi Aerofoil atau Lelayang Angin dalam penerbangan
Aerofoil atau Airfoil bermaksud satu permukaan yang bergarisan arus (streamline) yang menyebabkan udara mengalir disekitar permukaan nya menghasilkan perbezaan tekanan dan tegasan ricih, lalu menghasilkan daya angkat dan daya seretan.
Dalam erti kata lain, aerofoil bertujuan untuk menghasilkan daya angkat yang banyak serta mengurangkan daya geseran atau seretan.
Buat pengetahuan anda, aerofoil boleh juga dikatakan sebagai ‘bentuk’ yang dicipta bagi menghasilkan daya angkat yang tinggi. Aerofoil bagi sayap kapal terbang terbahagi kepada dua iaitu permukaan atas dan permukaan bawah. Permukaan atas aerofoil lebih panjang daripada permukaan bawah. Selain itu permukaan atas aerofoil selalunya berbentuk melengkung atau separuh bulat atau juga disebut sebagai kamber (camber).
Konsep Aerofoil
Setiap udara atau angin yang melepasi aerofoil akan terpisah lalu melepasi bucu hadapan (leading edge) dan akhirya bercantum di bucu belakang (trailing edge). Oleh itu angin di bahagian permukaan atas aerofoil bergerak lebih laju daripada permukaan bawah aerofoil disebabkan permukaan atas aerofoil tadi yang berkamber (camber) atau melengkung dan lebih panjang. Angin yang terpisah tadi akan bercantum semula dibahagian hujung belakang aerofoil yang tirus ini.
Angin di atas permukaan aerofoil ini lebih laju daripada angin dipermukaan bawah aerofoil. Oleh itu, tekanan udara di atas sayap kapal terbang lebih rendah dan disebabkan angin dibawah permukaan aerofoil bergerak perlahan, tekanan di bawah sayap amat tinggi. Kesimpulanya, perbezaan tekanan yang tinggi dibawah permukaan sayap menghasilkan daya angkat (lift) atau boleh juga disebut daya angkat terhasil disebabkan tekanan udara di permukaan sayap yang berbeza.
Sila baca artikel tentang Prinsip Bernoulli » Bagaimana Kapal Terbang Boleh Terbang
Adakah aerofoil ini sayap? Jawapan nya tidak. Aerofoil ialah suatu bentuk 2D yang menghasilkan daya angkat. Disebabkan sayap pesawat yang
panjang, sayap pesawat terbang diperbuat daripada aerofoil yang berlapis-lapis sehingga menghasilkan sayap yang berbentuk 3D. Oleh itu, aerofoil dipanggil sebagai seksyen sayap (wings section) dan sayap diperbuat daripada aerofoil.
Jenis-jenis Aerofoil
1) Asymmetrical Aerofoil atau Aerofoil Tidak Bersemetri
Ini adalah aerofoil yang biasa digunakan di semua sayap kapal terbang komersial. Asymmetrical aerofoil ialah aerofoil yang diatas nya ada permukaan melengkung (curvature) dan dibawah nya ialah rata.
2) Symmetrical Aerofoil atau Aerofoil Bersemetri
Aerofoil yang tidak mempunyai kamber (zero camber) dan aerofoil ini digunakan untuk kapal terbang akrobatik, missil, sayap jet pejuang dan bilah–bilah rotor helikopter disebabkan bentuk melengkung (camber) aerofoil di kedua-dua permukaan nya sama. Aerofoil ini selalunya dipasang pada kapal terbang bersayap tengah (middle wings aircraft).
Untuk penerangan lebih lanjut mengenai jenis-jenis sayap kapal terbang dan aerofoil bersemetri:
Sila lihat artikel » Jenis-Jenis Sayap Kapal Terbang
Jenis-jenis aerofoil dan bentuk aerofoil bergantung kepada kegunaan dan kelajuan pesawat itu sendiri. Aerofoil untuk kapal terbang yang berkelajuan subsonic, super sonic dan transonic berbeza di antara satu sama lain. Namun jenis yang utama ialah Asymmetrical Aerofoil dan Symmetrical Aerofoil.
Aerofoil juga terdapat pada fiuslaj, sayap, kawalan permukaan dan bahagian kapal terbang yang membantu dalam menghasilkan daya angkat seperti spoiler, slats dan tab. Anda boleh lihat artikel ini yang berkait rapat dengan konsep aerofoil dan bagaimana kapal terbang boleh terbang.
- Bahagian-bahagian Kapal Terbang (Control Surface)
- Empat Daya Bertindak Ke Atas Kapal Terbang
- Bagaimana Kapal Terbang Boleh Terbang
Konsep Aerofoil Dalam Kejuruteraan Automotif
Konsep Aerofoil ini diguna pakai dan diaplikasikan dalam bidang automotif iaitu kereta paling laju didunia, jentera F1. Aerofoil ini dipasang pada bahagian belakang iaitu pada spoiler belakang dan juga spoiler hadapan atau muncung. Namun aerofoil ini dipasang secara terbalik bagi menghasilkan daya tekanan ke bawah supaya kereta F1 tadi tidak terbang dan terbalik serta memberi kestabilan ketika berada diselekoh.
Kesimpulan
Aerofoil ini sudah wujud sebelum manusia menciptanya. Aerofoil ini berada pada sayap burung. Jadi manusia mengambil kejadian tuhan yang menakjubkan ini dan menukarkan nya kepada sebuah teknologi kejuruteraan yang tinggi.

Dalam penerbangan, aerofoil sangat lah penting sehingga wujud nya aerofoil designer yang mereka dan mengkaji bahagian aerofoil ini sahaja. Skop pekerjaan dalam bidang penerbangan amatlah luas sekiranya anda pandai mencarinya dan kejuruteraan penerbangan juga diaplikasikan pada seluruh teknologi dan kejuruteraan di dunia.
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Bagaimana kapal terbang mengelak daripada disambar kilat
Entri Seterusnya → Jenis-jenis sayap kapal terbang


Aerofoil atau Airfoil bermaksud satu permukaan yang bergarisan arus (streamline) yang menyebabkan udara mengalir disekitar permukaan nya menghasilkan perbezaan tekanan dan tegasan ricih, lalu menghasilkan daya angkat dan daya seretan.















{ 1 trackback }
{ 3 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Memang bagus penerangan aerofoil ni. Last belajar Fizik SPM.
Saudara Nizam, terima kasih.
Tekanan yang lebih tinggi bawah aerofoil menyebabkan tekanan udara menolaknya ke atas.ini konsep Atmospheric pressure kan?