Aero Carnival UniKL MIAT 2010

Aero Carnival ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkembangan penerbangan dan industri aeroangkasa di Malaysia serta peningkatan keperluan keusahawanan, inovasi dan kreativiti yang berkaitan. Kerajaan meramalkan permintaan tenaga kerja dalam industri penerbangan meningkat menjadi 16,000 pada tahun 2015. Oleh itu, UniKL MIAT telah menyahut cabaran untuk menghasilkan jurutera penerbangan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten bagi menyokong keperluan industri ini.
Aero Carnival mengumpulkan para lepasan ijazah dan para calon pelajar dari IPTA dan IPTS bagi mendedahkan mereka mengenai prospek kerjaya di dalam industri penerbangan dan aeroangkasa. Aero Carnival juga diwujudkan bertujuan menyediakan industri dengan lepasan ijazah yang berpotensi berdasarkan kepakaran mereka yang hanya bukan sahaja tertumpu dalam teknologi dan kejuruteraan , tetapi juga pakar dalam bidang technopreneurial dan pengurusan. Justeru, dengan memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk para lulusan, acara ini mencipta platform yang sangat bernilai bagi memenuhi target Malaysian National Aerospace Agenda.
Aero Carnival UniKL MIAT 2010
Lokasi : Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Aviation Technology
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2010
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Masuk adalah percuma!
Objektif Aero Carnival UniKL MIAT
- Untuk mempromosikan industri penerbangan dan aeroangkasa sebagai peluang kerjaya yang cerah bagi lulusan dan mahasiswa calon dari IPTA dan IPTS di Malaysia.
- Untuk menyediakan platform untuk para lulusan dan calon pelajar untuk mendapatkan maklumat, bimbingan dan pengetahuan tentang pasaran kerja.
- Untuk menyediakan platform yang baik untuk kegiatan keusahawanan dan bimbingan bagi pelajar, lulusan dan masyarakat.
- Untuk membina hala tuju yang lebih baik bagi sektor swasta dan awam untuk merekrut lulusan sesuai bagi memenuhi keperluan syarikat.
- Untuk mempromosikan UniKL MIAT sebagai satu-satunya MTO (Maintenance Training Organization) yang diluluskan oleh DCA (Jabatan Penerbangan Awam) di Malaysia dan EASA kepada masyarakat dan industri.
Aktiviti Aero Carnival UniKL MIAT
Diantara aktiviti yang dijadualkan akan berlangsung sepanjang dua hari tersebut adalah:
- Pameran prospek kerjaya oleh syarikat penerbangan (in/out) Malaysia.
- Helicopter Joyride (Bersiar-siar menaiki helikopter)
- Pameran Pesawat (kapal terbang, jet dan helikopter)
- Forum Kerjaya “The Excitement in Aviation Career”
- Bengkel Seni ‘Sewing & Clay Demonstration’
- Taklimat Buku “Understanding Jet Engine”
- Flight Simulator Briefing & Practical
- Pertandingan Kreatif dan Inovatif
- Young Aviators Coloring Contest
- Pertandingan Roket dan Glider
- Acara Cabutan Bertuah
- Bazar Keusahawanan
- Temuduga Terbuka
Maklumat lanjut mengenai Aero Carnival UniKL MIAT
Sebarang pertanyaan mengenai Aero Carnival ini sila hubungi:
- En. Ahmad Razif Ahmad, Pengurus Projek – mrazif@miat.unikl.edu.my
- Pn Mahyana Mukhtar, Pen. Pengurus Projek – mahyana@miat.unikl.edu.my
- Cik Faziha Mamat, Penyelaras Projek – faziha@miat.unikl.edu.my
Sila kunjungi juga laman web UniKL MIAT atau hubungi di talian:
- 03 – 8768 8487 (Ofis)
- 03 – 8768 8485 (Faks)
Alamat UniKL MIAT:
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu,
Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor,Malaysia.
Untuk maklumat lengkap atucara majlis » AirAsri on Facebook
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!
← Entri Sebelum Bagaimana kapal terbang boleh terbang
Entri Seterusnya → Tips menghadiri sesi temuduga di UniKL MIAT

















{ 1 trackback }
{ 7 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Salam Ziarah. First time dengar ada syarikat penerbangan terbaru ni. Good luck bro.
(o_-)v Terima kasih. Good luck to you too.
xde vacancy ke kt airasri ni??? hehe…
We don’t think so :-)
hehe.. just kidding..
Salam,saya nak tanya ,apakah kelayakan SPM untuk menceburi bidang jurutera penerbangan ni?
Wassalam,
Syarat Kemasukan Ke UniKL MIAT 2012
Syarat Minimum:
Lulus SPM/SPMV dengan sekurangkurangnya lima (5) kepujian dalam
subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains / Teknikal**
e. Dan satu (1) subjek lain.