About Asri
Pramugari di AirAsri
Tentang Asri? Tentang is about, jadi about is tentang la kan? Jadi tentang Asri ialah di mana ruang bagi pemilik AirAsri.com memperkenalkan diri beliau kepada anda semua. Sejarah weblog ini dan latar belakang pemilik AirAsri.com serta sedikit informasi mengenai AirAsri.com.
Segala yang tertulis dalam entri ini adalah luahan hati dan perasaan jika entri yang anda baca tu bersifat peribadi dan tentang kehidupan Asri.
Airasri.com ialah blog yang ber-niche-kan aviation atau penerbangan dan lebih ke arah aircraft engineering. Blog ini di dedikasikan kepada airliners, peminat-peminat aviation or aviation fans, aviation schools yang ada di Malaysia terutama sekali universiti Asri sendiri iaitu, UniKL-MIAT dan tidak lupa juga kepada flying schools serta para cabin crew, aircraft engineers dan pilot.
Konsep blog ni adalah aviation dan personal blog, dimana entri atau pun artikel diselang-selikan dengan isu-isu semasa, kisah peribadi, coretan rambang dan kejuruteraan kapal terbang. Sungguhpun begitu blog ini tetap dengan niche aircraft engineering.
Ada sesiapa sini dari UniKL-MIAT atau UniKL yang lain? Jika ada nanti kenalkan diri anda diruangan komen box ya. Tetapi sebelum tu, anda baca dahulu agar korang dapat lebih mengenali diri Asri.
Sebelum Asri bercerita panjang tentang diri Asri, Asri amat berterima kasih kepada anda yang dah pernah sampai ke page yang paling personal sekali dalam blog ni. Yela, mana tak nya, semua tentang Asri akan Asri ceritakan dan “Aku” digantikan dengan Asri bagi page yang teramat-amat personal ini.
Domain AirAsri.com
AirAsri.com serta domain AirAsri.com bertujuan sebagai persediaan sekiranya domain ini dimiliki oleh pihak lain kerana cita-cita pemilik weblog ini untuk membina satu lagi penerbangan tambang murah mampu naik oleh semua orang di Malaysia.
AirAsri Unofficial Logo
Domain ini memang diidamkan sejak dari kecil lagi sebelum mengenali dunia penerbangan sewaktu aku dibangku sekolah menengah dan pada waktu itu di tingkatan 5. Domain yang megah dan bermula dari “Air” adalah sesuatu yang indah sekali tambahan pula selepas diakhiri dengan “Asri” menjadikan ia suatu domain yang mungkin bertukar kesebuah web tempahan tiket penerbangan online. Mana tahu, kita hanya merancang dan semua benda bermula dari kecil-kecilan.
Siapa tahu mungkin 10 tahun akan datang, anda naik flight dari Kuching ke KLIA guna AirAsri ke? Setakat ini, hanya domain je lah yang aku mampu beli. Nak beli Airbus A380 atau Boeing 747 tak mampu. Inikan pula menyewa tapak parking kapal terbang di Airport Malaysia yang mahal dikira perkaki darab dengan sejam.
So, Who’s behind this Awesome blog?
"The AirAsri Desk"
- Nama: Asri
- Nickname: Asri & Askray
- Age: 20-an
- Tarikh Lahir: 6 March 19##
- Locations: Selangor dan Kuala Lumpur.
- Gender: Lelaki atau Male.
- Sex Orientation: Women, Females, Ladies and Girls only. Man? Not at this moment!
- Hobby: Blogging, Chatting, Face-booking, Driving, makan dan minum, tidur, komputer, designing, study dan web surfing.
- Recent Education: Aircraft Engineering Technology at UniKL-MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology), Sepang, Selangor, MALAYSIA.
- Recent Semester: Final semester and final year of course la. I’m you super duper senior tau!
- Ambitions: Aircraft engineer atau pilot dan ingin membuka airlines sendiri yang diberi nama AirAsri.
- Siblings: 8 orang semuanya dan aku yang sulung.
- Kampung Halaman: Kedua-dua atuk dan nenek belah mak dengan ayah aku dekat Kuala Lumpur, MALAYSIA.
- Status: Setakat ini masih bersendiri dan belum pernah ada yang ‘menemani’.
Benda-benda yang paling aku suka sekali!
Buku atau bahan bacaaan: Aku selalunya bace suratkhabar dan tak berminat komik serta tidap pernah membeli mana-mana majalah sejak kecil lagi.
Novel cinta pulak aku kalau boleh nak elakkan sebab tak nak terbawa-bawa cerita novel tu ke alam realiti. Karang tak pasal-pasal yang orang yang aku jumpe jadi watak A dan aku jadi Watak B dan berada dalam Situasi C… hahaha…
Makanan: Semua tapi suka yang pedas, lauk Singang dan terbaru! Nasi Set/Bujang + Skyjuice= RM2.
Minuman: Selalunya pagi ke malam ke, ribut taufan sekali pun, aku akan pilih minuman sejuk.
Pets: Minat bela ikan sahaja dan ada impian nak bela Red Arowana tapi tak mampu walaupun anak ikan.
Muzik Genre: Aku suka yang ballads, slow pop, dan istrumental. Kalau boleh tak nak la yang ada banyak guna gitar karen. Lagu rock pun layan tapi Rock Kapak jer.
Movies & TVs: Korea, British, Latin, Espanyol dan America. AXN, Granada TV dan Hallmark Channel.
Favourite Singer: Mariah Carey, Britney Spears dan Siti Nurhaliza sahaja. Tak minat band atau kugiran.
Favourite Actress: Kalau nak listkan banyak, jadi aku narrow-list kan:
- Sari Kaya Yanti: (tu pun dah kahwin dah) Aku kali pertama minat time dia buat kommersil top-up Hotlink dengan Bront Palarae.
- Faezah Elai: (belum kahwin tapi rasa cam mustahil jer untuk aku) First time tengok masa iklan Radox. Dia ni kalau berlakon Cempaka Berbunga di TV2 ayu jer!
Idola: Ayah aku dan Dato’ Tony Fernandes of AirAsia.
Dunia penerbangan dan kejuruteraan pesawat terbang
Ya, aku obses gila pasal kapal terbang, helikopter hinggakan sampai aku nak buka airlines sendiri diberi nama AirAsri. Aku juga di universiti ambil kos kejuruteraan kapal terbang atau aircraft engineering. Satu-satunya aviation school yang diiktiraf oleh DCA di Malaysia iaitu UniKL-MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology) dan di sekolah ini lah aku masih menuntut sekarang.
No description for this one
Petik gitar atau plucking bukan strumming
Mmm… aku dah ada akustik gitar iaitu Santa Cruz colour hitam lagi tu. Aku suka main style plucking dan ada gak la cita-cita sampingan nak jadi Fingerstyle Guitarist. Fuh… tetapi disebabkan UniKL-MIAT telah ambil ¾ daripada masa-masa aku di dunia ini, aku petik waktu cuti semester sahaja. Mungkin sekarang ni tune dia dah lari kot, dah lama tak main. Nantilah, tunggu kelapangan. Pelajaran mesti didahulukan.
Mengumpul koleksi model kapal terbang
Hobi unik ni bermula dari lepas SPM lagi, masa cuti dekat 7 bulan tu macam-macam kerja buat. Jadi, dapat la beli sikit-sikit model kapal terbang ni. Bermula dari keychain, paper clip, pen, model berskala kecil hingglah ke model berskala besar. Koleksi masih lagi dalam meramaikan almari display. Ada model-model yang susah nak jumpa, kena pandai cari. Kepuasan dia bila kita ada semua, letak satu tempat dan pandang je. Belek-belek kadang-kadang tu. Kalau lah satu rosak ker, calar ker boleh jadi moody gak la aku satu minggu tu.
A part of my massive collection
Budak atau pelajar antarabangsa di Malaysia
Huh, cukuplah dengan empat orang budak kelas aku yang selalu tak datang dari Oman dan Maldives ni. Diorang buat kita macam rendah jer. Cakap tak nak dengar, kelas tak nak datang, dekat kelas bising, pastu bila markah sikit, carry mark sikit, nak melenting dan bodoh sombong pulak tu.
Mana lah budak-budak kelas aku tak bengkek! Yang best tu, diorang tak datang pun masih tak kena barred, boleh lulus lagi tu Final Block… hebat! Menyampah dan benci sebab rata-rata pelajar asing ni perangai semua sama sahaja. Banyak timbulkan masalah. Pelajar tempatan 1000 kali ganda baik dari diorang tak kisah lah Cina, Melayu atau India.
Pengalaman ketika belajar di UniKL MIAT
Oh ya, di UniKL-MIAT ni kelas sampai larut malam dan so far sampai pukul 11 malam. So calculation, habis 11 malam + jalan dari kelas ke tempat parking +start enjin + panaskan dan keluar dari perkarangan mahu pukul 11:20 malam.
Perjalanan dari rumah aku ke kampus kalau malam aku driving slow so dalam 1 jam 15 minit, lagi-lagi la lepas aku kemalangan tempoh hari. Balik-balik letih walaupun bawa kereta, kalau bawa motor lagi la letih. Tambahan pula, dipukul angin sejuk dan yang susah kalau masa-masa hujan. Aku lalu dekat jalan yang kiri kanan hutan, bukan pakai highway atau jalan-jalan biasa ni. Sampai rumah dalam pukul 12:++ pagi. Letih dan memang letih, dah la besok ada kelas pukul 8:30 pagi dan malam kang ada lagi kelas malam?
Suasana bising ketika sesi belajar atau mengulangkaji
Aku selalalunya tak kisah dan memang tak kisah kalau dalam kuliyah bising tapi bukan time ulangkaji. Masa ulangkaji aku adalah paling bernilai kerana aku akan belajar dan ulangkaji sampai faham sesuatu subjek tu dan akan fahamkan sefaham-faham nya dan tak akan ulang kali kedua.
Jadi, aku bukan nyer jenis yang sambil ulangkaji dengar MP3, layan lagu-lagu atau belajar depan TV dan tempat terbaik ialah di rumah.
Kalau bising pun adik-beradik, tak apa lah hati pun tak la sakit. Aku kalau dekat kuliyah tumpuan tak la banyak sebab aku habiskan masa dekat revision dan aku kalau tak faham aku akan tanya kawan aku kejap-kejap tu jugak. Kalau tak sempat besok la kan.
Orang yang sangat sial atau sosial
Jadi diringkaskan aku bukan jenis yang selalu keluar rumah, lepak-lepak kat shopping complex atau pergi kelab-kelab dangdut malam atau lepak-lepak sampai pekat larut malam walaupun dengan soul classmate melainkan ada sebab tertentu. Limit keluar sampai pukul 11 malam je. Duduk dengan keluarga kena lah ikut rules sikit.
Aku bukan jenis yang up-to-date dengan fashion yang datang dari luar negara ni. Paling pelik seasonal fashion di Malaysia. Ada ke patut baju masa winter (sweater) pakai tengah-tengah panas kat KL? Aduhai, aku tau la memang smart dan cool tapi biar la praktikal kan? Bergaya tapi jangan la lari dari fungsi pakaian tu, contoh nya orang pakai kaca mata gelap masa malam?
Sebab aku membuat weblog dan terus blogging?
"The AirAsri Table"
Disebabkan aku memang minat menulis, minat komputer, kaki internet dan aku punya bahan-bahan pembelajaran pun boleh katakan banyak juga powerpoint dengan microsoft word, jadi apa salah nya sambil menyelam minum air.
Aku juga boleh buat website tapi tak la pro mana pun. Pengalaman dengan CPanel dan FrontPage 2003 memang tak dapat aku lupakan. Itulah titik permulaan aku melangkah dari Blogspot.com ke .com. Dari blank paper, aku karyakan sehingga lahirnya sebuah website yang lengkap. Inilah pertama kali aku rasa aku dapat sesuatu sepanjang aku asyik berkomputer ni. Teringat masa mula-mula upload web ke hosting, index.html, contact.html, bla… bla… hahaha…
Kini dengan WordPress, aku lebih bersemangat sebab mudah dan kini Adobe Dreamweaver? Tiada masalah lagi! Adalah tapi tak ada lah macam dulu, pandang jer Adobe Dreamweaver terus tutup sebab tak tahu nak start dari mane nak edit web template tu macam mana.
Blog ini banyak menggunakan PHP CODE menggantikan plugin dan dari sini lah aku kenal apa itu PHP. Susah juga PHP ni ye? Nak tak nak kita kena belajar juga dan memang seronok belajar PHP ni. CSS adalah bende paling seronok selepas PHP. Blog ini ambil mase dekat 11 bulan juga la nak publish sebab nak belajar PHP. Lari satu code terus error la, blank page la. PHP pulak aku belajar dekat web yang lagi satu sebagai web percubaan dan pembelajaran. Selain itu, faktor pelajaran juga menyumbang kepada kelambatan blog ini dikemaskini.
Antara sebab lain, aku nak dedahkan pasal kejuruteraan kapal terbang dan dunia penerbangan supaya dapat dikongsi dengan korang semua. Seronok bila belajar benda yang jarang orang ambil kat universiti ni.
The UniKL MIAT, Sepang, MALAYSIA.
Paling utama, aku beli domain ni sebagai persediaan nak membina airline baru di Malaysia. Tambang murah, tetapi lagi murah dari AirAsia.com punya. Impian aku memang tinggikan? Tetapi pelaksanaan nya Allah saja yang menentukan. Ok tak kalau, One Way: KUL → KCH only RM100?
Harapan dan penutup
Terima kasih sekali lagi kepada yang sudi baca tentang kisah peribadi Asri ni dari mula sampai akhir. Diharapkan segala yang terlanjur ke, terkasar bahasa ke atau pun tersinggung tu Asri mohon maaf dengan ikhlas dan dengan hati terbuka.
Tidak lupa juga kepada ketua kelas Asri dan semua housemate nya yang sudi memberikan Asri ruang menumpang rumah diorang tatkala menunggu kelas seterusnya dan juga pada bila-bila masa Asri nak datang.
Korang bertujuh memang kawan yang paling baik. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik korang. Aku doakan korang berjaya time OJT nanti.
Tidak lupa juga kepada dua orang sahabat Asri yang paling akrab sekali semenjak kami di Semester 2 lagi. Korang banyak tolong aku sama ada susah atau senang, sama ada satu kumpulan atau pun terpisah. Yang Cina dari Sarawak dan yang handsome pulak jejaka Sinu-Kadhazan, Sabah. “Xie-xie meh!”
Akhir sekali, terima kasih tak terhingga kepada keluarga Asri yang menyokong untuk pembinaan blog ini dari segi moral support serta bantuan-bantuan yang lain.
Good Bye UniKL MIAT
Eh, nanti dulu! Nak balik dah ke? Kongsilah bersama yang lain. Anda hanya perlu klik pada icon dibawah untuk berkongsi artikel ini. Terima Kasih!

















{ 89 komen… Baca semua komen atau komen lah sekali! }
Assalamualaikum.
Baguslah website awak ni. Kemas, bersih dan menarik. Ni la about page yang paling panjang saya pernah jumpa kat blogosphere ni… LOL
Anyway, keep up the good work and I will supporting you! Go Aviation!
Terima kasih di atas sokongan anda. :-)
Nice blog bro..aku tabik sama kamu punya cita-cita..Insyallah..Dimana Ada Kemahuan..Disitu ada Jalan..aku doakan kamu punya impian terlaksana..maybe one day aku dapat rasa naik AIR ASRI plak..(^_^)..
p/s: aku pun budak UniKL juga..aku study UniKL MIIT dlm bidang IT @software engineering..
Terima kasih saudara kerana menyokong! Walaupun lambat harap-harap ia akan menjadi kenyataan (o_0)v
Hai Franky…best tak dekat unikl MIIT??ahak~
Blog you cantik bro, ni ke rupa blog baru belajar? Macam professional jer saya tengok ;-p
Anyway, teruskan usaha menyebarkan ilmu kejuruteraan penerbangan melalui blog pendidikan awak ni. Blog dah la cantik, laju dan senang baca pula tu.
Teringin pula nak ada blog sebijik macam ni :-)
Acai Subang, terima kasih di atas kata-kata semangat yang awak berikan, saya amat menghargainya :-)
Okla.. semoga berjaya bro.
Terima Kasih Rexalleo.
lulusan SPM utk masuk Miat kena brape eh ?
Alep,
SYARAT KEMASUKAN KE UNIKL MIAT BAGI LEPASAN SPM
Lulus SPM dengan mendapat 5 Kredit.
Serta, lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
Namun begitu, ini adalah syarat kelayakan untuk memohon sahaja, lebih banyak A yang anda perolehi, lebih cerah peluang anda untuk masuk ke UniKL MIAT.
okay thank you.
Kalau lepasan matrik boleh masuk tak ?
Lepasan Matrikulasi pun boleh masuk UniKL MIAT.
LEPASAN DIPLOMA atau MATRIKULASI
Lulus Diploma atau Matrikulasi dalam bidang-bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.00 dan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM.
aigoo…cute la .. lupa pula dari mana i dapat website and blog ni..tapi tak rugi baca… inspired me…syukran-syukran!
Terima kasih (0_o)v
Dear Asri,
Congratulations!! kerana mempunyai blog sendiri tentang Aerospace..i like it!
Teruskan usaha anda untuk jadikan ia realiti..Chaiyook!! tapi apabila berjaya nanti jangan sombong dan lupa pemberian Allah ta’ala..itu cuma pinjam sahaja.
Cuba explore tentang penerbangan di Jepun..i mean their technology and how their attitude in working..and muatkan di blog anda..i think many interesting to share with others..
Lastly, thanks a lot coz ur infomation help me in presentations..:)
Dear Eiy,
Terima kasih di atas sokongan anda, kami amat menghargainya :-)
Kami akan buat research tentang industri penerbangan di Jepun serta budaya mereka ketika bekerja.
By the way Eiy, jika anda ada sebarang material menarik yang ingin dikongsi untuk semua, kami amat mengalu-alukannya. (o_0)v
salam..saya budak unikl..baru nak daftar..ahak~ nak tahu boleh tak..saya ni aliran sastera form 6…tapi dapat tawaran unikl MIIT information software engineering..korang rasa aku ni boleh bawa tak??
semangat belajar memang tinggi…wohoo.. ^^…aku tak percaya dapat kos tu…ALLAH MAHA BESAR…
Awak boleh bawa kos tu, peralihan dari sekolah menengah ke universiti macam awak belajar benda yang baru. Cuma kelebihan jika awak ni daripada golongan IT, techie dan computer geek banyak membantu disepanjang awak di UniKL MIIT. Contohnya, budak sekolah teknik yang kos kejuruteraan awam ke universiti dan ambill kos kejuruteraan ukur bahan.
Ianya lebih mudah kerana mereka sudah ada fundamental atau asas selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, ia tidak menjamin kecemerlangan kerana di universiti banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi fokus anda ketika belajar dan faktor paling utama adalah pergaulan dengan kawan-kawan.
Duduk dekat rumah, ada orang tengok-tengokkan, ada orang pantau, tetapi duduk di rumah sewa dan asrama tiada siapa yang peduli walaupun warden asrama atau fellow kerana anda perlu jaga diri anda sendiri.
Jadi, mengenai jawapan kepada soalan awak tu kami rasa kami dah jawab, lagi satu di UniKL MIIT tu, malam-malam heaven tu. Dekat sekitar kampus dan tempat awak tinggal tu, 24/7 hidup, tahu-tahu jer la UniKL MIIT tu di segi tiga Kuala Lumpur :-)
p/s: Malam-malam jangan keluar ye! (o_0)v
oh…ya ke asri?? thank you sangat-sangat asri..hehe..banyak membantu saya…:)..tetapi saya tak faham apa maksud ni..Dekat sekitar kampus dan tempat awak tinggal tu, 24/7 hidup, tahu-tahu jer la UniKL MIIT tu di segi tiga Kuala Lumpur :-)
..bapok ramai ke??ahak~~
ramai tak orang ambil kos ni??
Bukan bapok ramai, macam mana kami nak terangkan, kehidupan sebenar Kuala Lumpur semua ada dekat sana. Apa yang kami maksudkan adalah mall, night club dan tempat lepak yang heaven. Pendek kata, nanti awak masuk UniKL MIIT, awak akan ditempatkan di rumah sewa disekitar Kampung Baru.
Ramai yang ambil kos ni, UniKL universiti teknikal, jadi pelajar mereka selepas sahaja tamat pengajian, terus boleh bekerja dengan industri.
oh,,..hehhee..tempat hiburan banyak ni..ish, ish..mesti bising je..ish, ish..hehe..tapi awal-awal masuk kena duduk hostel kan??
Dear Asri,
Saya tak ada artikel yang dimaksudkan..tetapi saya penah tengok cerita Jepun tentang seorang gadis sangup jadi technichian kerana ingin selamatkan para penumpang. Dia tidak mahu para penumpang menerima senasib dengannya kerana parents dia meninggal semasa dia kecil kerana masalah teknikal flight yg dinaiki.
Drama itu juga menceritakan seorang lelaki yang ingin menggapai awan..dan akhirnya dia berjaya..menjadi seorang pilot. semangat kedua-dua watak tersebut perlu ada pada mereka yang ingin berjaya dan tidak kenal erti putus asa..
Yang menarik perhatian saya ialah semangat dan cara bekerja orang sangat bagus. Sistematik, saling menghormati, memberi semangat antara satu dgn yg lain..jika ada rezki saya ingin melancong ke sana. Kalo Asri dah tubuhkan Co Air Asri boleh saya booking tiket flight..:) hehehe
Dear Eiy,
Co AirAsri? Mmm… idea yang bagus untuk sebuah permulaan yang bijak. Terima kasih di atas cadangan anda :-)
hmm, blog awak menarik..saya juga salah seorang peminat airline dari dulu sampai sekarang dan selamanya,terutama sekali bila bercakap tentang pramugari..teruja sungguh..tapi oleh kerana sebab tertentu, terpaksa melupakan dan sekarang kerja di travel agent..kira okaylah boleh tau pasal airlines..:) kalau impian anda jadi kenyataan untuk buka AirAsri, saya orang pertama pergi interview jadi airstewardess..walaupun kena training 3months sebelum tu..:)
Izan, terima kasih banyak-banyak, kami amat menghargainya. Anda nak jadi pramugari AirAsri? :-) Awak orang pertama akan kami temuduga.
hi there,i am a student waiting for spm results…i really want to about the work prospects after graduating from MIAT….?as we all know there are only two aviation companies in malaysia so is there are job vacancies after graduate from miat and what is it?
Actually there’s a lot of aviation company in Malaysia. Job vacancies is always available as far as we concern. We do internship at MAS and all position from Aircraft Technician until Licence Aircraft Engineer always demanding and never occupied. You can work at small airlines like Hornbill Skyways and Sabah Air but from our point of view, you are like a hot cake if you have a license. Thus, while or after study at UniKL MIAT, go pursue for you license ;-)
Really nice blog. interesting ;) Still in MIAT ye? Sudah semester yang ke berapa ni? Cita-cita tinggi, bagus! ini yang kita nak. good luck! nanti jangan lupa amik budak-budak ni jadi staf kat AirAsri, k :D
Terima kasih. Kami mengambil inisiatif supaya orang awam ‘aware’ tentang kewujudan kejuruteraan penerbangan ini di Malaysia kerana apa yang mereka tahu hanyalah ‘Pilot’ dan pramugari. ;-) By the way, kami memerlukan sokongan semua untuk sebarkan tentang kami dan UniKL MIAT kepada umum. So, please spread the news ya!
Salam , nak tanya apa beza avionics dengan mechanical ?
W’salam,
Kami bagi anda penerangan yang ringkas, untuk lebih terperinci anda boleh buat carian sendiri.
Skop hanya tertumpu pada sistem dan litar dan juga yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Avionik juga merangkumi radio, komunikasi dan navigasi sesebuah kapal terbang.
Manakala Mechanical pula skop di dalam kejuruteraan penerbangan adalah Airframe {Struktur} dan Power Plant {Enjin} serta bahagian elektrikal. Di dalam kejuruteran penerbangan, licensing thread terbahagi kepada:
A=Airframe
C=Power plant
E=Electrical
I=Instrument
R=Radio
Di dalam kejuruteraan penerbangan ada dua sahaja kategori License Aircraft Engineer iaitu Mechanical yang memegang lesen A,C dan E dan Avionics pula E, I dan R.
Foundation dekat UniKL ada interview tak ?
Tidak pasti kerana kami bukan masuk dari Foundation UniKL.
Macam mana cara nak apply UniKL MIAT ?
nice blog. . . wahh. . saya dah jatuh hati dengan semangat asri. . . well. . tunggu saya di miat k. . hahahaha. . . tengah berusaha untuk masuk ke sana. . harap-harap boleh. . . sangat-sangat berminat nak jadi pilot. . ^-^
Terima kasih, by the way UniKL MIAT tidak buat kos pilot ;-)
hahahha thank you information yang diberi huhu
Sama-sama, Alip boleh kongsikan lagi bagaimana IQ Test UniKL MIAT?
p/s: Lepas ni sila komen dengan ayat tanpa singkatan.
salam, asri, boleh tak kalau saya nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya sebagai jurutera penyelengaraan kapal terbang? setelah menamatkan diploma, apa yang harus kita buat? apa jawatan kita yang pertama? berapa tahun untuk kita menjadi jurutera pesawat yang diiktiraf? saya ni bakal pelajar Unikl Miat untuk sesi julai ni.
salam..saya nak tanya pasal unikl miit di kl,pasal course engineering telecommunication computing..adakah susah course ini?
W’salam.
Cik Syira, kami dari UniKL MIAT tetapi jika nak bertanya tentang UniKL MIIT, sila ke UniKL.org ;-) Have a nice day~
salam, asri, boleh tak kalau saya nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya sebagai jurutera penyelengaraan kapal terbang? setelah menatkan diploma, apa yang harus kita buat? apa jawatan kita yang pertama? berapa tahun untuk kita menjadi jurutera pesawat yang diiktiraf? saya ni bakal pelajar Unikl Miat untuk sesi julai ni… =)
Minimum untuk menjadi seorang engineer adalah 5 tahun, dan dalam masa ini juga lah anda juga perlu bekerja dengan live aircraft. Paling utama dalam aviation engineering adalah lesen, tanpa lesen anda tidak boleh menjadi seorang engineer. Memandangkan anda masuk Julai ini, satu briefing akan diadakan buat junior intake Julai ini memandangkan DCA pun akan mula menggunakan regulation baru bulan hadapan.
Salam Asri, bagaimana untuk mendapat lesen jurutera tersebut? boleh terangkan lebeh lanjut. adakah program diploma juga perlu mempunyai pengalaman 5 thun, begitu juga dengan degree? MIAT tidak keluarkan lesen DCA? saya bakal pelajar MIAT sesi julai Dip Kejuteraan Teknologi Avionik. harap boleh terangkan lebih mendalam mengenai program ini selepas saya menamatkan pengajian.
Sila baca AN 1101 di website DCA ;-)
wow… Beznyer… Dulu saya memang bercita-cita nak jadi pilot… Tapi kos pengajian terlalu mahallah.. Dan satu result spm 2010 tak berapa okay…. Erm. Kejuruteraan penerbangan ni macam bez jer. Saya dah apply unikl.. Tapi ambil kursus lain… Hmmm… Harap-harap application saya approve…. Anyway…nice blog… Blog ni bez.. :)
salam,good website to read.this website can add my knowledge about aircraft.and i can learn more about aircraft.thanks asri.by the way, saya baru je nak daftar masuk unikl miat ni.saya nak tanya something,bagaimanakah keadaan di hostel di sana? dan boleh tak kalau nak duduk dekat dalam campus sampai habis pengajian? and tidak tinggal dekat luar…
W’salam,
Terima kasih ;-) Tentang penempatan tempat tinggal hostel di UniKL MIAT, UniKL MIAT tidak boleh menampung semua pelajar dalam sesuatu masa ini kerana jumlah pelajar lebih ramai daripada hostel yang disediakan. Oleh itu jika anda aktif kokorikulum dan memegang jawatan penting dalam UniKL MIAT sahaja dibenarkan duduk.
p/s: Please no more ‘short form’ after this.
salam…AirAsri.com..thank you so much! this is the best aviation blog yang saye pernah jumpe kat malaysia…saya nak bertanya kan pendapat.. Saya dapat diploma of engineering in aeroplane maintenance kemasukan july..saya cume nak tanye la ‘senang’ or ‘susah’ untuk bawak course nie..saye punye result spm biase je..add math penting tak? saya tak pernah lulus add math mase kat skolah dulu..cume time SPM alhamdulillah lulus pulak..so, takot la jugak nak carry that course..ape pendapat AirAsri.com?
Kalau ada kesungguhan boleh punya bawa course tu ;-) Ramai dah buktikanya di UniKL MIAT ni even dalam kelas kami sendiri pun yang tiada add math boleh cemerlang ;-)
saya nak tahu..berapa kos yang diperlukan untuk mengambil bidang kejuteraan penyelenggaraan kapal terbang di unikl?
Diploma RM 5K satu semester dan Degree RM 6, 250 satu semester.
maaf nak tanya .seperti yang anda ketahui ,malaysia memang kurang pekerja dalam sektor kejuruteraan kapal terbang macam ni ..nak tanya ,perempuan adakah dibenarkan ambil kos ni?dan apakah peluang belajar di luar negara lebih baik berbanding di dalam negara dalam bidang ni?apakah kelebihannya belajar bidang ini di luar negara atau sama saja?universiti mana di dunia yang terbaik ?maaf sebab banyak soal .terima kasih xD
Perempuan dibenarkan ambil kos ini di uniKL MIAT, ramai juga jurutera penerbangan perempuan di Malaysia ni. Seeloknya belajar di Malaysia pun boleh, ianya mengenai ‘perlesenan’ dalam menjadi seorang jurutera penerbangan. Setiap negara mempunyai ‘Law of The Land’ mereka sendiri dalam bentuk termudah, lesen jurutera penerbangan dikeluarkan oleh DCA Malaysia dan hanya sah untuk bekerja di Malaysia sahaja. Jika nak kerja di luar negara kena ‘convert’ dan ambil peperiksaan lain lagi untuk ‘comprehend’ sistem penerbangan negara luar itu. Di dunia kebanyakan aircraft engineering dibuat oleh private organization jadi kalau nak kira organisasi terbaik banyak juga.
Hye AirAsri.. just want to know,if I join MIAT, can I be a pilot? or MIAT just for engineering in aviation only?? thank you… :)
slm bro.
tahniah diucapkan kepada bro sebab mempunyai sebuah website yang lengkap, kemas, dan padat dengan info kejuruteraan aerospace..
sebenarnya saya juga merupakan seorang peminat bidang penerbangan ni.saya juga ada memohon untuk menjadi seorang pilot selepas SPM. akan tetapi tidak dapat meneruskan di dalam bidang tersebut atas sebab masalah kewangan maka saya masuk UITM sahaja.
diharap bro dapat mengupdate info-info terkini mengenai dunia penerbangan tidak kira dari segi apa pun.teruskan usaha bro untuk membuka syarikat penerbangan AirAsri.Saya berdoa bro berjaya dalam bidang bro.
sekian.
assalamualaikum asri..baca artikel awak ni best jugak yerk..novel cinta-cinta vs artikel awak ni saya pilih artikel awak…banyak benih semangat mula mekar lepas baca artikel ni…
owh ya…politeknik kat shah alam tu ok kew..?? urm 5hb 09 ni saya dapat ujian bertulis diploma penyenggaraan pesawat..
leh cite sikit kew camna soalan dia..???
pasal course ni saya tak apply pun tapi dapat tawaran,…ok tak..?
Waaalaikumussalam, terima kasih. Kami agak kabur dengan soalan awak, awak dapat interview UniKL MIAT atau Politeknik Shah Alam dalam bidang Penyenggaraan Pesawat? Dan jika interview pada 5 September, rasanya dah berlalu. Jurusan di UniKL tidak ditawarkan melainkan ada yang memohon sahaja. Untuk kepastian, sila ke web UniKL Admission dan masukkan nombor IC anda.
Assalamualaikum wbt. Thanks for sharing a little about yourself here :) Love the way you wrote and penggunaan kata-kata yang bagus :D
Assalamualaikum,
saya ingin bertanya, adakah mendapat kredit dalam subjek matematik tambahan adalah salah satu syarat untuk memohon UniKL MIAT…
saya terlalu berminat untuk menerajui bidang engineering yang berkaitan dengan aircraft.
TQ
Waalaikumussalam.
Tidak, hanya kredit dalam Matematik Moden dan English sahaja serta 4 kredit yang lain. Sila rujuk syarat permohonan UniKL MIAT, ini kerana syarat ini juga digunapakai untuk anda mengambil lesen. Jadi tidak guna jika kriteria yang perlu dalam mengambil lesen tiada pada pemohon sedangkan dia belajar di UniKL MIAT dan apa guna jika tidak layak mengambil lesen jika English tidak kredit dalam SPM.
Assalamualaikum,
Tahniah kerana anda mempunyai cita-cita yang hebat, semuga ianya menjadi kenyataan satu hari nanti.
Sebuah blog yang bagus. Teruskan usaha anda. Tahniah sekali lagi.
Terima kasih ;-)
Salam . saya tak amik matapelajaran fizik . boleh ke masuk MIAT ni ?
just amik ADD SCIENCE .
Wassalam.
Ya, anda boleh masuk ke UniKL MIAT walaupun ambil Sains Tambahan
Syarat Kemasukan Ke UniKL MIAT 2012
Syarat Minimum:
Lulus SPM/SPMV dengan sekurangkurangnya lima (5) kepujian dalam
subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains / Teknikal**
e. Dan satu (1) subjek lain.
Tidak pasti.
Salam,
Betulkah UniKL Miat tak diiktiraf Board of Engineering(BEM) dan Engineering Accreditation Council Malaysia(EAC) sebab kawan saya ada e-mail kepada dua agensi ni dan mereka reply macam tu dan cakap UniKL MiAT lebih kepada bidang teknologi bukan kejuruteraan.Saya pening sebab ada orang kata susah nak dapat kerja kalau kos tak diiktiraf BEM dan EAC ni.Satu lagi kalau saya terus ambil Lesen DCAM Part 66 tanpa degree,peluang kerja tu lebih luas atau perlu juga ambil degree dalam Aircraft Maintainance .Saya ada dengar yang graduan MiAT ni kebanyakannya lepas habis belajar terus dapat kerja dengan syarikat penerbangan MAS dan AirAsia.Peluang kerja tu kena apply sendiri atau memang lepas grad nanti ada representative mereka datang MiAT dan offer kerja? Target saya nak kerja sebagai Engineer Aircraft Maintainance.Minta tolong jelaskan sedikit sebanyak mengenai ini.
Wassalam.
Ya betul tu. BEM untuk ‘Kejuruteraan’ sahaja. UniKL adalah ‘teknologi kejuruteraan’. Beza kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan ialah kejuruteraan adalah lebih kepada reka bentuk dan reka cipta manakala teknologi kejuruteraan ialah lebih kepada aplikasi bermaksud hands-on.
Dalam senarai MQA atau LAN, ada tertulis bidang setiap jurusan dan bagi UniKL MIAT ia tertera ‘teknologi kejuruteraan’. Selain itu, level of deep sesuatu subjek kejuruteraan yang dietapkan oleh MQA seperti Thermofluids, Mechanics of Materials, Applied Solid Mechanic dan sebagainya tidaklah sedalam pelajar jurusan ‘kejuruteraan’. Jadi tiada istilah Ir dalam teknologi kejuruteraan kerana badan yang mengiktiraf adalah berbeza iaitu MALAYSIAN SOCIETY FOR ENGINEERING AND TECHNOLOGY (MSET).
Sila lihat pautan: http://www.mqa.gov.my/portal2012/default/bm/pubs_circular_2011.cfm
Maksud susah nak dapat kerja di sini ialah, jika anda mohon industri kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam dan lain-lain yang general namun ada sahaja pelajar UniKL MIAT yang kerja dalam industri di atas bukanya seorang ramai antaranya industri automotif dan makanikal menggunakan Degree mereka.
Soalan kedua mengenai tidak mahu ambil Degree pun boleh. DCAM Part-66 adalah peperiksaan modul jadi anda hanya perlu masuk aviation school yang hanya menawarkan program professional sahaja. Menjadi aircraft engineers, Sijik SKM Tahap 1 dan 2, Diploma, Degree, Master dan Ph.D tidak diperlukan sebaliknya anda hanya perlu melengkapkan peperiksaan modul sahaja. Ya kebanyakkan aircraft engineer adalah setakat SPM sahaja kerana mereka terus masuk ke aviation school yang menawarkan licensing course.
UniKL MIAT secara amnya adalah sebuah universiti jadi tidak boleh disamakan dengan aviation school yang lain. Tentang prospektus kerja pula, semua persoalan awak itu ada dilaksanakan seperti wakil dari syarikat datang dan interview dijalankan di UniKL MIAT, pelajar terus diserap menjadi staf kekal ketika praktikal dan yang mohon sendiri pun mestilah ada.
Untuk menjadi seorang pelajar yang menyerlah dalam aviation ialah lesen, jadi jika anda mempunyai lesen DCAM-Part 66 peluang anda diambil kerja amatlah tinggi dan amat berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai lesen.
Kalau yang ambil Diploma atau Ijazah kat MIAT,betulkah lepas grad kerja paling tinggi pun jadi technician bukannya engineer sebab saya survey macam-macam website,kebanyakannya kata nak jadi engineer aircraft perlukan license DCAM Part 66 tu.Benarkah license DCAM Part 66 tu akan diconvertkan menjadi lesen DCA? Mengenai peluang kerja yang ditawarkan syarikat-syarikat yang menghantar wakil ke MIAT,kerja yang ditawarkan mencukupi untuk graduan tahun itu atau kurang dan still kena bersaing untuk dapatkan kerja tu.Kalau tak dapat,selalunya ke mana lagi halatuju kerjaya? Silibus pelajaran untuk dapatkan license DCAM Part 66 tu lebih kurang sama dengan silibus Degree/Diploma Aircraft Engineering atau sangat berbeza? Minta tolong jelaskan sedikit sebanyak mengenai ini.
Terima Kasih.
Ya, boleh jadi technician sahaja. DCAM Part-66 itu adalah dari DCA Malaysia lah. Ia bergantung kepada pencapaian akademik juga dan saringan semasa interview bagi syarikat yang datang untuk mengambil prospective employee dari UniKL MIAT, mesti wujudnya persaingan.
assalamualaikum abang,saya nak tanya,kalau diploma in aircraft maintenance technology (composite) ni banyak berkaitan dengan apa? adakah ia berkaitan dengan enjin-enjin pesawat?
Tidak. Ia banyak berkaitan dengan composite seperti fiber glass dan lebih banyak ke arah airframe iaitu struktur kapal terbang.
salam..gembira jumpa blog ni..saya baru nak berjinak dalam bidang aviation..thanks sebab dapat banyak info dari blog ni..impian saya nak jadi pilot..tapi sekarang kat uiam ambil bidang sains..domo cuaea..^^
hi Asri,
one short question ie. hostel. was told that it is a 2/room & 4/rooom. what is the condition?
i meant for MIAT.
Wassalam,
Hostel + student = Heaven ;-)
Keputusan SPM saya semua credit tetapi bahasa English saya sahaja hanya lulus. Lepas tak untuk permohonan
Mereka yang mendapat kredit English akan diberkan keutamaan berbanding yang lulus. Walaupun begitu, permohonan adalah percuma.
Tak kan cita-cita saja. Kalau nak tubuhkan syarikat membuat microlight aircraft, saya berhasrat menjadi pelabur. Asal ada business plan yang kuat .
Haha… Terima kasih ^_^
hai bro, i’m still form 5 dan ambil course mekanikal kat teknik. By the way senang atau susah bagi perempuan nak menceburi bidang aviation ni?
Senang sahaja. Belajar sahaja macam biasa. Pelajar teknik lagi banyak advantage dari pelajar biasa. Kami pun dari SMTKL.
Awal-awal masuk memang kena duduk hostel, tetapi kalau tak silap kami budak UniKL MIIT, Semester 1 dah duduk dekat rumah yang disediakan dekat Kampung Baru sebab UniKL MIIT tu tiada kemudahan hostel.
UniKL MIIT tiada hostel di dalam kampus, awak akan duduk sama ada di Kampung Baru atau di Bangsar. Ada dua buah hostel di Bangsar dan sebuah hostel di Kampung Baru.
oh..camtu…hmm…jauh tak dari campus?? hmm..harap-harap tak ada masalah berada disana..aminn…biasanya orentasi pakai baju apa ye asri?? ramai tak budak-budak MIIT?? pensyarah diorang ramai perempuan ke lelaki?? ( soalan yang banyak ) jangan marah..:3
Paling dekat di Kampung Baru, Hostel Wisma Aida. Orentasi di UniKL secara umumnya ada baju mereka iaitu sehelai baju kemeja korporat rasmi dan sehelai t-shirt. Namun lain kampus lain corak dan warna tetapi selalunya yang baju korporat tu, untuk satu-satu intake katakan awak intake 2011, semua UniKL warna sama cuma yang t-shirt tu mungkin berbeza. Pensyarah di UniKL MIIT kami tidak tahu populasi mereka mengikut pecahan jantina.
oh..camtu..hehe..thank you asri..budak software eng. ramai tak?? berdebar nak masuk nie..heee
`
Alep, permohonan kemasukan sudah pun dibuka, sila ke halaman Admission untuk memohon.