
Bagi pemohon yang telah berjaya melepasi saringan ke sesi temu duga kemasukan ke UniKL MIAT baru-baru ini, tarikh keputusan penerimaan kemasukan ke UniKL MIAT bagi intake Julai 2011 akan keluar pada 11 May 2011 bersamaan hari Rabu, esok.

Pertama sekali, tahniah AirAsri.com ucapkan buat semua pemohon yang berjaya ke fasa kedua iaitu temu duga ataupun interview. Buat pengetahuan anda sebelum anda masuk ke UniKL MIAT anda disaring sekali lagi dengan melalui ujian IQ dan sesi temu duga. Ramai yang beranggapan nama-nama yang berjaya ke sesi temu duga adalah berjaya juga masuk ke UniKL MIAT. Buat pengetahuan anda, hanya UniKL MIAT (Kejuruteraan Penerbangan) dan UniKL MIMET (Kejuruteraan Maritim) sahaja yang mempunyai sesi temu duga.

Aero Carnival ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkembangan penerbangan dan industri aeroangkasa di Malaysia serta peningkatan keperluan keusahawanan, inovasi dan kreativiti yang berkaitan. Kerajaan meramalkan permintaan tenaga kerja dalam industri penerbangan meningkat menjadi 16,000 pada tahun 2015. Oleh itu, UniKL MIAT telah menyahut cabaran untuk menghasilkan jurutera penerbangan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten bagi menyokong keperluan industri ini.

Bagaimana dan macam mana kapal terbang boleh terbang? Anda mesti selalu terfikir dan terbayang macam mana kapal terbang yang berat nya bertan-tan ini boleh terbang dan terapung di udara. Kalau ikut kan logik, disebabkan daya graviti bumi, jisim lagi berat dan kapal terbang akan terhempas ke bumi.







